Bagai Singa Hilang Taring

290 6 1
                                    

Masa susah akan mengajar kita siapa kawan, siapa lawan.

Lelaki itu menjuihkan bibirnya ke arah rakannya yang baru muncul di kelab itu. "Dah datang hero kita." Ujarnya kepada kawan di sebelahnya.

"Bro!" sapa Radit ceria kepada kedua-dua orang kawannya.

"Joe dengan Bob mana?" tanya Radit selepas berjabat dengan mereka. Hanna kelihatan sedang terkinja-kinja di atas pentas tarian.

"Belum sampai lagi. On the way katanya."

"Korang kena belanja aku malam ni." Ujar Radit ketawa-ketawa.

Sam mengerutkan dahinya. Tak jadi dia hendak minum. Kerana selalunya, Raditlah yang banyak belanja mereka berseronok.

"Bapak aku pecat aku. So, korang kena tanggung aku mulai malam ni." Radit menepuk bahu Arman. Kata-katanya itu berbentuk gurauan.

Arman dan Sam saling berpandangan. Oh, tidak. Mereka berani masuk ke sini hanya kerana mereka ada Radit untuk menanggung perbelanjaan mereka. Kalau tidak, di mana nak cangkul duit.

Arman mencuit bahu Sam. "Eh! Bro, aku dengar kau kena bangun awal esok. Ada apa?" Arman mengangguk mengisyaratkan Sam supaya mereka cerita.

Sam pantas menangkap. "Oh, ya. Betul aku ada mesyuarat dengan cikgu sekolah anak aku. Hui, awal pagi bro. mana boleh lewat. Aku blah dulu." Sam sudah bangun.

"Aku pun sama, nak hantarkan Sam, dia tumpang kereta aku. Okay Dit. See you." Arman bingkas bangun. Sam juga berjabat kalut dengan Radit yang terpinga-pinga melihat dua rakannya yang sudah menjauh.

Radit tersengih-sengih seperti orang bodoh. Sekarang dia faham makna kawan susah dan kawan senang. Tak guna!!

"Baby. You dah lama ke datang? Apasal tak pesan apa-apa lagi ni?" sapa Hanna melingkarkan tangannya ke bahu Radit. Hairan Hanna melihat meja Radit masih kosong.

"I dah miskin sekarang. You pun nak tinggalkan I kan?" terus sahaja Radit menyerang Hanna.

"What do you mean?" tanya Hanna hairan.

"I kena pecat dengan bapak I, sekarang I dah tak berduit." Beritahu Radit, tegar.

"Oh you, poor thing. I kan ada. You nak apa malam ni, I belanja. I ada nampak Sam dengan Arman tadi, mana dorang?"

Radit tidak menjawab hanya membisu. Dia terasa seperti harimau hilang taring. Tak pernah dia terasa tidak memiliki apa-apa seperti malam ini. Dia teringat ketika Sam pernah tidak punya duit untuk membayar pendahuluan keretanya. Juga Arman yang meminjamnya wang untuk membawa teman wanitanya pergi bercuti. Radit langsung tidak berkira malah memberi sahaja atas dasar sahabat. Sekarang, jangan kata nak membelanjanya, mungkin mereka akan lenyap terus jika tempoh hari Radit meminta tolong selepas papa menghalaunya dari syarikat.

Dia meraup wajahnya, kesal.

**************************************

Matahari sudah mencanak naik. Tetapi Rheya masih di situ, meromok di dalam selimut dengan penghawa dingin yang direndahkan suhunya di tahap minima. Rheya mengambil cuti sehari. Dia tahu, projek usahasama antara syarikatnya dan syarikat Ammar hendak dijalankan segera. Janice sudahpun ke Perak bersama lelaki berdua itu. Semalam dia memutuskan hubungannya dengan Ray. Atau, Raykah yang memutuskan hubungan dengannya? Entahlah... Selepas pulang, Rheya tidak tahu pukul berapa dia tertidur. Sedar-sedar, Subuh juga sudah berada di penghujung.

Rheya merasakan kepalanya berat sekali. Nak kata demam, tidak juga. Terus dia menghantar teks kepada Janice yang dia mahu bercuti sehari hari ini. Mujur Janice faham dan membawa bersama suaminya buat teman.

Rheya membuka selimutnya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan hari ini. Rheya bangun ke dapur membancuh semug kopi. 'Agaknya kalau letak tiga bungkus terus, aku sihat tak?' Rheya berkira-kita sambil mengoyakkan sepaket serbuk minuman kopucino ke dalam mug berwarna merah cili. 'Ah! Peduli apa. Habis sangat jadi penunggu tandas hari ni. At least ada juga benda yang nak dibuat.' Dia lantas memasukkan lagi dua paket serbuk kopi segera itu. Beberapa minit kemudian, Rheya duduk di depan televisyen melayan kartun Spongebob Squarepants.

Telefon yang berbunyi tidak diendahkan. Dia mahu bersendirian hari ini. Kali ini telefon rumahnya pula berbunyi. Malas mahu pekakkan telinga, Rheya mengangkat panggilan dari entah siapa.

"Rheya?"

Dahinya berkerut. Macam mana lelaki ini mendapat nombornya?

"Rheya?" panggil Radit lagi. Dia risau sebaik sahaja mengetahui dari Janice yang Rheya tidak sihat apabila hanya Janice seorang sahaja yang berada bersama mereka di Perak.

"Mana dapat nombor I? No. No. tak payah bagitau. So, I letaklah ye. Takde benda nak cakap dengan you." Tak payah Radit beritahu kerana sudah pasti mama yang memberi nombor rumahnya kepada lelaki itu.

"Rheya, wait!" gesa Radit.

Rheya tidak jadi memutuskan panggilannya. "What? Tak cukup ya, pinang I di luar kemahuan I, dan semalam Ray putuskan hubungan dengan I. Seumur hidup, belum pernah I benci seseorang macam I benci you. You dah rampas kebahagiaan I, sekali lagi. Terima kasih! Jangan nak tunjuk muka buruk you tu di rumah mama dan papa I Sabtu ni, or I'll make you suffer, dan I tak peduli apa yang akan jadi pada maruah keluarga you!" telefon dilemparkan ke hujung ruang.

Mug kopinya diambil lalu dihirup. Matanya ditala ke televisyen, bagai tak berperasan. Hari ini Rheya tanamkan di dalam hatinya. Tiada lagi air mata. Rheya paksakan dirinya kuat. Mungkin ada dosa silamnya yang belum Allah ampunkan dan ujian kali ini adalah untuk dia muhasabah diri. Mungkin dirinya tidak layak untuk bersama dan bahagia dengan lelaki sebaik Ray. 'Hikmah apa yang hendak Kau berikan kepadaku, Ya Allah?' rintih Rheya. Sungguh dia berasa keseorang saat ini.


to be continued...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now