PART 34 - Kau Takkan Pernah Jadi Milikku!

226 4 0
                                    

Jangan terkejar hati yang bukan milikmu...


"Aku tak nak kena tangkap dengan Julia! Aku boleh kena buang kerja tau!" rengus Alin, membangkang sekerasnya arahan Hanna yang mahu dia menyiasat apa kaitan Radit dan Ray. Kerana Hanna terasa ada sesuatu perkaitan di antara Radit dan Ray mengenai Rheya.

"Kau buat ajelah. Aku bayarlah." Suruh Hanna lagi. Dia hampir muntah mengingatkan isi diari Rheya. Sakit hatinya membaca semua memori indah antara mereka bertiga. Walau pada hakikat dia tidak pernah serius dengan Radit mahupun Ray.

Tetapi melihat Rheya mendapat kedua-dua lelaki yang menjauhkan diri darinya selepas ada Rheya, dia tidak boleh menerima perkara itu dengan hati yang terbuka. Dia lebih suka mereka menderita sama-sama. Fair and square!

"Tengoklah apa yang boleh aku buat. Kau bertanggung jawab kalau apa-apa jadi." Alin memberi amaran.

"Yalah, janji kerja jalan." Hanna memutuskan panggilan.

Dia cuba menghubungi Radit. Tetapi seperti biasa panggilannya diputuskan tanpa bertangguh. Hanna tersengih sinis. Radit dan Ray di dalam genggamannya.

Dia mahu bertemu Radit sekarang. Rindu pula dengan lelaki itu.

***************************************

"Tak boleh lah Rheya. Sorry. I ada meeting kejap lagi. Esok, insyaAllah." Ujar Radit. Senyum bergayut di bibirnya. Alahai..manis sungguh perasaan. Lantas Radit beristighfar di dalam hatinya. Dia kembali mendengar dengan teliti apa yang Rheya cakap di hujung talian.

Dia sibuk kebelakangan ini, dengan projek-projek yang masuk. Rezeki mereka murah sekarang. Radit bersyukur. Setidak-tidaknya dia dapat mengalih sedikit fikirannya daripada Rheya dan bertumpu kepada kerja.

Namun, agak terkilan kerana tidak sempat meluangkan masa buat tunangnya. Ah! Lepas kahwin kan boleh menghadap Rheya di rumah. Sekarang Rheya mahukan pendapat dia mengenai warna kain meja di majlis resepsi mereka. Radit rasa kalau kaum lelaki lain tentu bosan dengan segala pertanyaan kaum perempuan mengenai hal-hal yang dianggap remeh seperti kain tutup meja tetapi bukan dia.

Radit sedar untuk mendapatkan Rheya sudah sukar, dan sekarang Rheya hanya mahukan sedikit keterlibatannya dalam persiapan majlis mereka. Bagi Radit itu bermakna dia orang yang penting dalam rancangan Rheya.

Radit ketawa tiba-tiba.

"Apa yang kelakar?" tanya Rheya hairan.

"Takde apa-apa. I just like you being clingy like this, I feel important." Usik Radit.

"Isy! Takde clingy pun la. I cuma nakkan pendapat you je. This is OUR wedding. Tentulah pendapat you penting. And yes you are important coz who else will be standing next to me on the pelamin, but you?" ujar Rheya dalam ketawa. Manja.

"Hahaha..now you are the one whose laughing. Okaylah, sayang. Esok I tengok. You pun tau I tak boleh cakap apa-apa kalau tak tengok sendiri dengan mata ni." Balas Radit.

"Tau. Okey Dit. Jumpa esok. Love you! Assalamualaikum." Ujar Rheya ceria.

"Love you more! Waalaikumussalam." Balas Radit tersenyum meleret. Gembira Rheya selesa menyatakan perasannya. Seperti dulu.

Pintu diketuk. "Masuk." Arah Radit. Wajah cerianya bertukar keras. Marah.

"Apa you buat kat sini?!" suara keras Radit tidak langsung mengubah ekspresi 'tahu semua' Hanna itu. Dia duduk di depan kerusi Radit tanpa dipelawa.

"I nak bertanya khabar je. Janganlah garang sangat. I mean no harm Dit." Ujar Hanna.

Radit menarik nafasnya menenangkan dirinya. "You nak apa ni, Hanna? Tak elok lah datang office I macam ni. Apa kata boss I nanti? Mana you tau I kerja kat sini sekarang?"

"Tak payah taulah dari mana I tau. Zaman duit ni, Dit, senang sangat nak cari you. Oh, lupa pulak ini bukan office your daddy. Bolehlah you buat sesuka hati, even dengan I..." Hanna mengenyitkan matanya. Radit menghempaskan pennya bengang. Hanna cuba mengembalikan memori lama mereka.

Radit bangun mengitari mejanya dan menuju ke pintu. "Sudah, I tak tau tujuan you yang sebenar datang sini, lebih baik you pergi sekarang dari you cuba nak cakap bukan-bukan hal dulu. I dah berubah. Dah bertaubat! You should too, Hanna!" kata-kata Radit itu menyapu bersih wajah sengih Hanna itu.

"You jangan nak kurang ajar!" Hanna bangun berdepan dengan Radit. Lelaki tak malu!

Giliran Radit pula tersengih. "I tak tak tau pulak suruh you bertaubat tu kurang ajar. You dengar sini Hanna..."

Hanna memotong cakap Radit. "You pun kotor macam I, jijik I dengar your suruh I taubat sedangkan you sendiri tak ubah macam sundal!" suaranya separuh membentak.

Radit mengangkat tangannya tanda damai. "Okay, I'm sorry. Tapi I dah berubah sekarang. I nak jadi yang lebih baik. Untuk I, untuk Rheya."

Hanna mencekak leher kemeja Radit. Merah padam wajahnya. "I yang sepatutnya hidup dengan you! Kenapa tiba-tiba ada dia?"

"Dia tu ada dalam hidup I sebelum you, in fact, you tak pernah ada dalam hidup I. You yang tetapkan peraturannya, Hanna. I moved on! Deal with it." Suara Radit merendah mengancam. Dia mencekak tangan Hanna dan melurutnya kasar, terlepas dari bajunya, sebelum menjarakkan tubuhnya dari Hanna. Radit kembali ke kerusinya.

"So, I gugurkan peraturan tu. Kembali pada I, Dit. I cant live without you..." rayu Hanna.

Radit tersengih. Minah sasau! "You takkan faham, I sayangkan Rheya. I nak hidup dengan dia. You carilah kehidupan you." Radit mengendurkan suaranya. Berharap yang Hanna akan faham dan berhenti mengganggunya.

"Apa hubungan you dengan Ray, Radit?" kata-kata Hanna yang tiba-tiba itu membuatkan Radit terpaku. Peluh dingin terasa di dahi dan belakangnya.

Radit memandang Hanna seolah-olah dia baru perasan akan kehadiran Hanna di situ.

"Ray, siapa?" Radit cuba menyelindungi rasa gemuruhnya. Dan di mana pula Hanna tahu tentang Ray??

Hanna kembali duduk di kerusinya. Wajahnya kelihatan seronok. "Buat-buat tak kenal pulak. Takpe Dit. I akan siasat sendiri apa hubungan korang. Oh ya, Rheya pun ada kaitan dengan hal ni. It's okay, Dit. Kalau I tak dapat hidup bahagia, you pun sama. Bye Dit." Hanna terus mencapai begnya dan melangkah keluar dari situ meninggalkan Radit yang terpinga-pinga.

'Oh, crap!' Radit terduduk di kerusinya. Peluh dingin di dahinya.


bersambung...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now