Part 9 - You've ruined everything!

343 5 1
                                    

*****************

Rheya melemparkan beg di atas sofa. Lalu dia mencapai bantal di atas sofa lalu menekupkannya ke muka. Jeritannya meredam. Hatinya terlalu sakit dengan kejadian sebentar tadi. Rasa nak pecah urat sarafnya. Air matanya merembes, pantas diseka. Astaghfirullahhalazim... 

Rheya berulang kali beristighfar menenangkan dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rheya berulang kali beristighfar menenangkan dirinya. Seingatnya rasa kali terakhir dia berasa begini adalah enam tahun dahulu. Ya, pada malam Radit curang dengannya! Sungguh Rheya tak sangka lelaki itu jugalah menjadi penyebab dia merasa perasaan ini lagi. Radit! Radit! Radit tak guna!!!!

Rheya mencapai telefonnya. Nombor Shita didail. Sekejap sahaja panggilannya bersambut.

"Hey, babe!"sapa Shita. Dia menyumbat kerepek kentang ke dalam mulutnya rakus. Telinganya menangkap bunyi esakkan di hujung talian. Dan Rheya masih tidak bercakap.

"Rheya? Kenapa ni?"tanya Shita, risau, dia pantas menurunkan volume televisyennya.

"Shita...aku..aku.."Rheya tidak dapat berkata-kata. Sedih sungguh apabila memikirkan kata-kata papa dan mama. Langsung tidak berbincang dengannya dahulu. Dan kenapa Radit yang menjadi pilihan mereka dalam jutaan lelaki lain yang juga tidak mungkin Rheya mahu selain daripada Ray!

"Tenang Rheya. tarikh nafas dalam-dalam. Sekarang beritahu aku apa yang tak kena. Kau okay ke ni? Pasal Ray ke? Apa Ray buat?"tanya Shita bertalu-talu.

Rheya berusaha menenangkan dirinya untuk bercakap dengan Shita. "Takde apa. Ray tak buat apa. Mama dengan papa. Radit." Rheya melepaskan tangisannya. Hampir meraung kecewa.

Shita semakin cemas. Apa pulak nama Radit tiba-tiba naik? "Kenapa pulak nama Radit tiba-tiba ni? Kenapa dengan mama, papa? Cakap Rheya!"tegas Shita.

"Dorang jodohkan aku dengan Radit! Mak dengan ayah dia datang rumah parents aku dan dia pun ada sekali, merisik. Papa pulak dah setuju dengan rancangan nak satukan aku dan Radit! I mean, how could this happen to me??" Rheya luahkan segalanya.

Shita pula terdiam lama sebelum dapat mencerna apa yang baru sahaja didengarnya. "I'm on my way." Kata Shita akhirnya sebelum memutuskan panggilan.

**********************************

Shita menghulurkan segelas teh hangat tanpa gula kepada Rheya yang menyambutnya senyap. "Minum." Arah Shita bersahaja apabila Rheya hanya memegang gelas itu.

Rheya menurut. Air hangat itu melalui rengkungnya. Lega sedikit. "Thanks."Ucapnya.

Shita sudah duduk di sebelah Rheya. Mata sembab itu direnungnya. "Ray dah tau belum?"Rheya menggeleng. "Aku tak faham macam mana semua ni boleh terjadi. I mean, kenapa tiba-tiba aje dia masuk meminang kau. Err...kau dengan dia dah putus berapa lama? Dah lima tahun, kan?"

"Enam."Sampuk Rheya memperbetulkan.

"Right. Enam. Sebelum ni pun kau tak pernah contact dia kan? On FB ke, Twitter ke?"korek Shita.

"Takde. Buat apa lagi aku nak habiskan masa contact dia."Rengus Rheya.

"And then, tiba-tiba hari ni masuk minang kau? Apa dah jadi dengan otak dia? Rosak ke? Dah tu kau buat apa tadi lepas sedar kata itu rombongan merisik?"tanya Shita.

"Aku terus blah. Lantak lah mama, papa nak cakap apa kat tetamu dorang tu." Ujar Rheya puas. Tetapi pada masa yang sama dia berasa bersalah membuat mma dan papa begitu. 'Ah! Apa yang dorang buat itu lebih teruk!' akalnya menjerit.

"Aku rasa kau kena tanya Radit sendiri apa pasal dia nakkan kau sekarang. Dia pregnant, dan perlukan 'mak' sanggup ke apa, masuk minang kau segala? Maksud aku, tak ada angin tak ada ribut taufan, tiba-tiba masuk minang kau, pelik gila tau."Shita masih sempat bergurau. Rheya menghembuskan ketawanya dengan linangan air mata.

"I will, or I'll just blow his head off, should I?" Getus Rheya, walaupun mustahil. Tetapi jika negara dan agama menghalalkan bunuh orang, sudah pasti Radit akan menjadi sasarannya!

"Great, you should do that! And you should tell Ray immediately."sahut Shita, tergelak.

"I will. Thanks, Ta."Ucap Rheya penuh penghargaan. Shita hanya tersenyum.

****************************************

"Aku dah buat apa kau nak Ray. You should see her face. Kalau ada pistol di tangan dia, kepala aku ni takkan melekat lagi kat leher ni, kau tau tak?" teringat-ingat wajah Rheya yang kemarahan. Mata yang menyala-nyala api kebencian. Seram. Rheya juga pergi meninggalkan tanpa pamitan semalam. Mujurlah mak dan papa faham dan dapat menerima penjelasan mama dan papa Rheya. Radit tidak terasa hati tetapi dapat melihat tahap apa Rheya bencikannya. Sangat benci!

 Sangat benci!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ray tersenyum. "I think you deserve it." Ray memulangkan paku buah keras. Radit mengangkat bahunya, tiada komen. "Itu tandanya dia masih ingat jelas apa kau buat pada dia. Maksudnya perasaannya pada kau tu ada lagi. Aku kenal Rheya. Melalui ini."Ray mengunjukkan diari lama bertinta RR di kulit kerasnya.

Radit mencapai buku itu. Teragak-agak. "Buku apa ni?"

"Kau selaklah tengok."

Radit mencapai buku itu lalu menyelaknya. Muka surat pertama ada gambar mereka berdua. Hitam putih dan diambil secara kandid. Radit sudah lupa siapa yang mengambilnya. Rheya tertawa besar yang mungkin mendengar jenakanya. Radit tersenyum kecil tanpa sedar. Ray merenung sahabatnya. Seakan dia melihat perasaan Radit juga yang mungkin masih ada untuk Rheya namun jauh di lubuk hatinya.

Muka kedua pula diselaknya. Rheya mencatat di situ pertemuan mereka yang pertama. Dan kejutan yang dibuat oleh Radit untuknya. Rheya berkata Raditlah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk bercinta. Radit tidak pernah tahu bahawa dialah cinta pertama Rheya. Hatinya terasa gundah. Lantas ditutupnya diari itu. Rasa bersalah menyelubunginya apabila membaca perkara seperibadi itu milik Rheya. Dan rasa tak senang dengan semua ni.

"Kau boleh cintakan dia semula?"


to be continued...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now