Malang Tak Berbau - 1

254 5 0
                                    


Rheya turun dahulu sesudah menunaikan solat. Janice pula masih di kamar mandi. Rheya terasa hendak melihat laut. "Janice, I keluar dulu eh?" laung Rheya dari balik pintu.

"Okay babe!" balas Janice.

Dia berjalan ke arah lif sebelum menekan lif yang kini di tingkat enam manakala Rheya di tingkat tiga. Lif itu nampaknya sudah bergerak. Rheya melihat-lihat sekelilingnya. Cantik betul hotel ni. Di tepi laut pula. Angin yang menghembus laju membawa bau laut yang menenangkan.

Ting!

Pintu lif terbuka. Baik Rheya atau Radit, dua-dua agak terkejut. Ammar melihat sejenak tiada siapa antara mereka yang berkata apa-apa. Dia berdehem.

"You nak masuk ke, Rheya?" sapa Ammar mematikan suasana bak di tanah kubur itu.

"Err..nak..nak." Rheya lekas-lekas melangkah masuk ke dalam lif. Radit memberi ruang sedikit. Rheya menghadap Ammar dan Radit di sebelahnya. Rheya tahu mata Radit tajam memerhatinya namun Rheya buat tidak endah sahaja walau hakikat mereka akan menjadi suami isteri tidak lama lagi.

"You nak ke mana sorang-sorang ni?" tanya Ammar.

"Ke pantai. Janice tengah mandi." Balas Rheya. Terasa sesak dalam ruang sempit itu. Tambah apabila Radit hanya beberapa inci sahaja darinya.

"You sampai bila?" tanya Ammar.

"Pukul tiga setengah tadi. You?"

"Pukul empat." sampuk Radit. Terasa dipinggirkan oleh Rheya. Rheya tidak membalas hanya membuat Radit tak wujud di dalam lif itu. Ammar pula tidak berkata apa-apa hinggalah pintu lif kembali terbuka. Ammar menyembunyikan senyum. Hai dah macam kucing dengan anjing.

"You nak makan kat mana malam karang? Jom kita keluar sekali. Kitorang nak makan kat tepi pantai nanti. Dengar kata sedap." Ammar bertanya. Dia mahu memberi peluang untuk Radit dan Rheya berbaik dalam masa singkat ini. Ammar mahu menolong. Kesian pula kepada Radit yang langsung tidak mempunyai peluang untuk mendekati Rheya.

Radit tidak mencelah, mengangkat kameranya untuk menangkap gamba-gambar tapak bagi memudahkan kerja mereka kelak. Selepas peristiwa kelas yoga, mereka langsung tidak berhubung. Hanya beberapa hari lepas Radit ada mempelawa Rheya untuk datang bersamanya ke Perak namun ditolak mentah-mentah oleh Rheya.

Rheya serba salah dengan ajakan Ammar. Lainlah Radit. Pasti ditolaknya. "Err..I kena tanya Janice dulu." Akhirnya Rheya menjawab.

"Okay. See you later." Ujar Ammar menepuk bahu Radit untuk mengekorinya. Radit melihat sejenak Rheya yang menuju ke pantai. Risau jugak Rheya sorang-sorang di tempat yang tak biasa begitu.

"Aku nak snap gambar tapak sebelah sini dulu. Bahagian ni dah siap dah, kau tengok." Radit menunjukkan bahagian plan yang terbuka di atas meja. Ammar mengangguk setuju.

"Eh, I rasa pelan yang I buat bukan macam ni." Entah dari mana Rheya muncul membuatkan Radit dan Ammar sedikit terkejut. Gadis itu berada di tengah-tengah tapak pembinaan.

"Kat sini sepatutnya ada 10 biji lampu. Kenapa ada lubang untuk lima aje?" Rheya menunjukkan ke arah bahagian dalam kolam sederhana besar di tengah-tengah laman luas itu.

Radit dan Ammar bergerak ke arah Rheya. "Part mana, Rheya?" tanya Ammar yang membelek sejenak salinan plan Rheya yang diberikan kepada mereka minggu lepas.

"Ha'ah yalah, 10 biji. Tapi kat plan kitorang memang lima. You tengok." Ammar menghulurkan plannya kepada Rheya.

"I yang cut kepada lima." Radit menyampuk. Ammar berpaling melihat ke arah temannya itu. Patutlah hari tu Radit memberikan salinan plan yang baru kepadanya. Dan sekarang masaklah lelaki itu hendak menjawab dengan mak singa ketot di hadapannya mereka ini yang nampaknya sedang naik angin.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now