PART 15 - Meant to Be

290 5 1
                                    

'Kau tetap milikku Rheya!' Radit.

Ammar melihat sekilas wajah sahabatnya. "Aii...muka macam budu ni dah kenapa?"

Radit mengeluh sedikit. "Rheya." Satu nama itu meniti bibirnya bersama keluhan nafas. Hatinya hangat setiap kali Rheya disebut, baik dirinya atau orang lain.

"Kenapa pulak dengan Rheya? Gaduh lagi? Korang gaduh tu perkara biasa, macam makan nasi. Takde apa yang pelik." Ammar bergurau.

"Takdelah. Aku cuma buntu aje tak tau macam mana nak pikat dia. Dia dah lain."

"Yalah, dia bukan umur 20 tahun lagi kan. Itulah kau, nakal sangat. Tapi okay jugak, tengok Rheya berubah jadi macam ni sekarang. It's amazing you know. Seeing someone yang berubah jadi lebih baik macam dia." Secara tidak langsung Ammar memuji Rheya.

"Kau perli aku ke apa? Yalah, aku tau aku jahat. Okaylah, Mar. Aku pergi buat kerja." Radit keluar dari ruangan Ammar. Hendak berfikir cara untuk mendekati Rheya.

"Baru cakap sikit dah sentap. Hmm..." Ammar menggeleng-gelengkan kepalanya.

*******************************

"Rheya sibuk jugak ni ma. Mama pilih ajelah ya. Rheya ikut aje. Tanyalah Datin Yasmin. Apapun Rheya tak kisah." Serabut sungguh kepala otaknya apabila mama mula mengatur persiapan perkahwinannya dan Radit. Untuknya berasa teruja dengan perkahwinan ini mungkin akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Rheya menarik nafasnya panjang, melegakan sedikit rusuh di hatinya.

"Datanglah sekejap, nak tengok warna baju ni. Tema apa nak pakai. Nanti tak kelam-kabut. Ajak Radit sekali." Ujar mama sambil menyelak-nyelak lagi album himpunan gambar-gambar baju. Datin Yasmin kelihatan sedang memilih-milih baju yang bergantungan di bahagian belakang butik besar itu.

"Mama, betul ni. Rheya tak kisah warna tema apa pun. Just inform Rheya bila nak fitting baju. I'll be there." Rheya tetap dengan keputusannya untuk tidak mengambil peduli apa rancangan mama dan Datin Yasmin.

"Mama tak suka Rheya ambik lepas semua ni tau. Bukan mama yang nak kahwin. Rheya kenalah tengok-tengok jugak." Mama masih membebel. 'Rheya jugak yang salah kan? Memang Rheya yang tergedik-gedik nak kahwin dengan lelaki tak guna tu?' tempelak Rheya dalam hatinya.

"Rheya sibuk ni ma. Kerja kan. Mana boleh buat macam tu. Sorry ma. Just pilih aje apa yang mama dan Datin suka okay?" Rheya cuba melepaskan dirinya.

"Bukan Datin, panggil mak lah." Tegur mama.

Rheya penat diatur-atur. "Rheya akan panggil dia Datin selagi dia belum jadi mak mentua Rheya. Please ma, tolonglah jangan paksa Rheya lagi."

Mama merengus itdak puas hati. Degil betul anaknya ini. "Baiklah...baiklah. Tapi mama nak Sabtu ni Rheya dan Radit datang ke butik. Fitting baju yang mama dengan Datin pilih ni." Mama dan akhirnya mama akur dengan kedegilan Rheya. Rheya memutuskan panggilan setelah mama menjawab salamnya. Lelah dengan semua ini. Rheya terasa dia mahu ke kelas yoga. Sudah seminggu dia ponteng kelas yoganya akibat stress dengan semua kejadian yang berlaku kebelakangan ini.

"Janice, I nak pergi kelas yoga petang ni, you nak ikut?" tanya Rheya ketika mereka makan tengah hari.

"Boleh-boleh. I pun dah lama tak buat yoga." Sahut Janice.

"Macam mana you boleh bertunang dengan Radit ni? I ingat you dengan Ray." Janice bertanya setelah teringat tentang kemusykilannya tadi.

"I fikir macam tu jugak. Haih. Panjang cerita Janice. Serabut fikiran I. yang boleh I katakan, Radit tu pilihan mak bapak I. Eh, I nak pergi toilet kejap." Rheya buru-buru keluar dari bilik Janice. Tidak sanggup lagi dia bercerita tentang perkara yang menyakitkan hatinya itu.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now