PART 27 - Lelaki Dan Janji Mereka

259 3 0
                                    

"Ceh! Mana boleh blah, Rheya. Kau tengok tu ada ke patut duduk dalam nenas. And kau tau tak, Spongebob tu gay. Eww.." kutuk Shita. Mengambil sekeping kerepek kentang lalu dimakannya rakus. Dia tahu betapa Rheya tidak suka dia mengutuk-ngutuk Spongebob.

"Mana ada gay lah. Dia cuma feminin je. Dah la, kau tak payah bising, orang nak santai hujung minggu bukan nak dengar kau membebel." Balas Rheya. Shita dan dia sedang bermalasan di ruang tamu rumahnya. Shita di situ sudah dua hari menemaninya hujung minggu. Sebetulnya Shita sedang melarikan diri dari hiruk pikuk rumahnya yang bising dengan kerja-kerja ubahsuai oleh jiran sebelah rumah.

Shita hanya ketawa. "Santailah sangat. Asyik mesej cik abang aje dari tadi." Perli Shita.

Rheya lantas meletakkan telefonnya di riba. Matanya kembali tertumpu di kaca televisyen. "Mana ada."

"Iye. Dari semalam dan sejak berminggu-minggu lagi." Sejak Rheya cedera, sejak itulah temannya ini kelihatan berbaik dengan Radit.

Rheya tertawa kecil. "Ya ke?" tak perasan pulak. Raditlah yang kerap menghubunginya melalui mesej atau panggilan telefon. Lelaki itu pandai membuka topik sehingga kadang-kala berjam-jam mereka berbual. Rheya mahu Radit meminjam keretanya dahulu sementara Radit membeli kereta baru, tetapi ditolak lelaki itu semasa menghantar Rheya pulang ke rumahnya sendiri dua minggu yang lalu. Bahunya juga sudah sembuh sepenuhnya.

"Ya cik Rheya. Takpelah asalkan kau bahagia aku pun turut bahagia untuk kau." Ujar Shita.

Rheya tidak memberi komen apa-apa lagi. Apa yang terjadi dia hendak lupakan sahaja. Hanya beberapa bulan sahaja lagi dia akan mengahwini Radit. Tidak pernah langsung terlintas bahawa Radit akan menjadi sebahagian dari hidupnya semula. Suami pulak tu! Takdir memang tidak terjangkakan.

TING!

Rheya tersenyum, dicapainya telefon. Pasti Radit. Sangkaannya meleset. Nombor siapa entah. Ada pautan gambar. Rheya membuka kesemua empat gambar itu.

Hatinya yang tenang-tenang sahaja tadi terus terasa hendak meletup. Kesemuanya Radit. Tidak syak lagi berpelukan dengan entah perempuan mana, asyik bergencak sakan di atas pentas. What the hell!!!

TING! Mesej baru masuk.

Hisy...tunang ko kan ni? Apa punya tunang daa..kaki pompuan. klu pompuan org kta betina sundal. Ni laki nk kta jantan sundal boleh x? ini semalam punya crita'

Dan mesej itu disertai emoji ketawa terbahak-bahak. Hati Rheya sakit. Semalam ada Radit mengajaknya keluar tetapi ditolak Rheya kerana mahu menghabiskan masa di rumah sahaja dan kebetulan Shita juga ada di rumahnya. Agaknya lelaki itu ke kelab.

"Kau kenapa Rheya?" tanya Shita apabila melihat Rheya bangun ke biliknya. Rheya tidak menjawab. Dia terlalu emosi sekarang. Dan dia perlukan penjelasan.

Rheya menghenyakkan punggungnya di atas katil. Kesemua empat gambar itu dihantar kepada Radit.

************************************

Radit sedang meneliti kerja di laptop di biliknya. Hujung minggu sepatutnya berehat tetapi kerja tidak pernah habis-habis. Semalam dah keluar hingga ke tengah malam.

Telefonnya berbunyi nyaring. Ada mesej. Rheya! Hatinya girang. Hatinya tersentap sedikit melihat mesej Rheya.

'Care 2 explain?' taip Rheya. Tanpa berlengah Radit membuka pautan gambar yang dihantar oleh Rheya. Matanya terbeliak. Macam mana gambar dia sedang menari ni boleh ada dengan Rheya. Radit mengimbas semula peristiwa semalam.

Dia memang ke kelab biasanya. Dan terserempak Hanna yang membawa kawannya bersama.

"Dit, kawan I ni minat you. Hari ni hari jadi dia, boleh tak jadi good gentlemen and dance with her?" Hanna meminta sambil menarik-narik lengan Radit. Lelaki itu tertegun sebentar melihat Sandy.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now