PART 32 - It's In The Corner

223 5 0
                                    

Just listen to your heart. It got something to say...


Alin bermain-main telefonnya. Membuka aplikasi itu ini tetapi langsung tidak ada yang menarik.

Bahunya dicuit. Pantas dia berpaling. "Kau.." rengusnya.

"Kenapa monyok je. Badrul mana?" tanya Hanna.

"Gaduh." Jawab Alin sepatah.

Hanna ketawa sambil duduk di kerusi bar sebelah Alin. "Fetz, as usual, please." Pinta Hanna. Fetz segera memberikan apa yang pelanggannya mahu.

Selepas meneguk airnya, Hanna kembali melihat Alin. "Kau ni, aku nak carikan yang lain, kau degil. Nak yang macam mana? Sugar daddy, kaya, hensem, anak tan sri? Semua aku ada contact. Just kau kena layanlah apa yang dorang nak." Mudahnya Hanna membuat tawaran kepada Alin. Dia tahu Alin punya kemahuan yang tinggi melebihi apa yang mampu dia belanjakan. Senang-senang, dia jual sahaja Alin kepada bapak ayam! Hah! Dapat jugak aku duit!! Hanna ketawa suka.

"Tak naklah, Hanna. Aku sayang dia."ujar Alin sedih. Dia bergaduh besar dengan Badrul gara-gara Alin tidak dapat menyediakan wang yang banyak untuk repair motorsikalnya.

"Tell me, kenapa korang gaduh?" tanya Hanna. Sementara dia menunggu teman lelaki barunya datang, maulah jugak mendengar keluhan Alin. Ah! Macamlah aku kisah dengan kesusahan si Alin ni. Omel hatinya jahat.

"Dia minta duit nak repair motor, mana aku nak cekau tengah bulan macam ni. Hanna, tolonglah aku. Badrul ugut nak breakup dengan aku kalau aku tak kasi dia duit. Please, Hanna, please..." rayu Alin terdesak. Sudah banyak perkara yang dilakukan untuk Badrul, tak mungkin Alin mahu ditinggalkan.

"Aku boleh tolong kau, berapa kau nak, cakap je. Tapi kau kena buat sesuatu untuk aku." Dia tahu Alin bekerja dengan Ray, dia ingin tahu apa yang berlaku kepada Ray.

"Aku dengar ni." Ujar Alin memasang telinga.

**************************************

"Ada nampak Kak Jue tak?" Alin bertanya kepada teman sekerjanya.

"Dia keluar hantar order. Kenapa?" tanya lelaki itu. Mengacau kualinya.

"Takde apa-apa." Peluangnya terbuka luas sekarang untuk menggodek pejabat Julia. Dia mengintai sekeliling, semua sedang sibuk dengan kerja masing-masing.

Alin cepat-cepat menyelinap keluar ke ruang belakang menuju ke arah pejabat. Tombol di pulas. Dia tersenyum. Dah agak mesti tak kunci macam biasa.

Alin masuk sebelum menutup pintu di belakangnya. Dia memerhati sekeliling ruang itu. Peluang dah ada. Tetapi, apa yang harus dicari mengenai Ray? Alin berjalan ke arah meja yang semak dengan fail-fail dan kertas.

Dia menyelongkar laci. Tiada apa yang berkaitan cuma banyak kertas dan bil-bil. Alin mengeluh.

Ding..ding..ding..ding..! pantas Alin melihat di mana bunyi itu datang. Dia menyelak dan mengalihkan fail di atas meja. Alin tersengih. Bodoh betul Julia meninggalkan telefonnya. Semua pun tahu Julia tidak meletakkan sebarang kod keselamatan atau kata laluan. Cepat sahaja Alin meneliti notifikasi mesej yang baru masuk itu.

Dari Sarah. Kata ibu Ray, yang meminta Julia datang membawa sup ayam dan nasi ke hospital kerana Ray tidak mahu makanan hospital. Alin hairan. Ray di hospital? Kenapa pulak? Ray sakitkah? Sebab itu majikan mereka itu lama tidak kelihatan di restoran dan Julia sahaja yang menguruskan itu ini. Patutlah hanya Sarah dan Ingrid sahaja yang datang setiap hari. Tanpa membuka mesej baru, Alin mula membaca mesej-mesej yang lain termasuk dari whatsapp.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now