PART 25 - First Date

237 4 0
                                    

Rheya sudah siap menunggu di gazebo. Hanya pakaian ringkas sahaja dikenakan. Sementelah bagaimana nak siap cantik-cantik dengan lengan yang beranduhnya itu. Eh! Kenapa pulak hendak berdandan lawa untuk Radit?

Beberapa minit kemudian, kereta hitamnya sudah memasuki perkarangan rumah.

"Ma, pa. Rheya keluar kejap ya?" laung Rheya. Mama menjenguk ke luar.

Radit pula keluar dari kereta sebelum melangkah ke arah mama. "Apa khabar mak cik?" sapa lelaki itu, sopan. Nak ambik hati anak, kena ambik hati mak dulu.

"Sihat Alhamdulillah. Masuklah dulu." Ujar mama berbasa basi.

"Takpe makcik. Lain kali ya. Nanti lambat pula nak hantar Rheya balik." Balas Radit.

"Yalah. Hati-hati. Tengokkan Rheya." Pesan mama.

Rheya melambai mamanya sebelum hilang ke dalam perut kereta.

Radit memandu tenang.

"Kita nak ke mana?" tanya Rheya memecah kesunyian. Keadaan gelap di dalam kereta membuatkan dia tidak nampak wajah Radit yang sedang tersenyum.

"I lapar nasi kandar kuah banjir. You okay tak kedai mamak?" tanya Radit selamba. Sebenarnya jarang sangat-sangat dia lepak di kedai mamak.

Sebenarnya Rheya sudah lama terperuk di rumah dan Radit seperti sudah tahu yang dia inginkan nasi kandar. "Ye ke? I memang nak ajak you makan nasi kandar kalau you tak kisah." Ujar Rheya.

"I tak kisah pun." Radit sempat mengenyitkan matanya kepada Rheya.

Rheya tidak lagi menyembunyikan senyumnya. "I tau kedai mamak yang best."

"I tau yang lagi best!" ujar Radit. Mereka bertengkar kecil.

"I tau lah." Bengkeng Rheya.

"I lagi tau..." balas Radit.

Akhirnya mereka tiba di destinasi. "Mana you tau kedai ni yang nasi kandar dia best?" tanya Rheya sebaik keluar dari kereta. Dia memandang Radit.

Radit juga ikut keluar. Dia hanya tersengih. "I tanya kawan I." jujur dia memberitahu.

"Kawan you tu memang pandai pilih kedai." Ujar Rheya menutup pintu dan melangkah ke arah meja makan di luar kedai.

Radit mengekorinya. Nampak sangat Rheya lapar. "You nak apa? I ambikkan." Tanya Radit.

"I nak nasi penuh, telur rebus sebiji, lauk kambing dengan kuah banjir!" ujar Rheya sambil membayangkan betapa sedapnya nasinya nanti di dalam mulutnya.

Radit tergelak. "Kejap I ambikkan." Dia tidak sangka akan melihat Rheya yang ceria ini kerananya. Atau kerana nasi kandar? Hatinya ketawa.

Radit sendiri mengambil nasi kandar dan lauk kari ayam kampung bersama sebiji telur rebus. Nampak menyelerakan.

Langit malam itu cerah dengan bintang. Nampak ceria walaupun gelap. Agaknya hati Radit yang terasa gembira. "Here you go." Ujar Radit meletakkan sepinggan penuh nasi di hadapan Rheya.

"Terima kasih." Ucap Rheya tak sabar-sabar hendak makan. Dia mengambil sudunya dan menekan daging kambing dengan tangan kiri. Kekok. Radit terlihat keadaan Rheya terhenti dari hendak menyuap makan.

"Kejap." Radit mencapai pinggan Rheya sebelum sempat dihalang. Dia terkesima sebentar melihat Radit memotong kecil daging kambingnya sekali dengan telur rebus yang dibelah dua. Amboi, jantungnya dah rasa lain macam.

"Okay, nah." Radit menyerahkan kembali pinggan Rheya kepada gadis itu.

" Radit menyerahkan kembali pinggan Rheya kepada gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rheya merenung sekejap lelaki itu. "Thanks." Ucapnya sambil tersenyum. Ikhlas. Radit membalas dengan lebih lebar. Dia yakin Rheya semakin menerimnya.

***************************

Hanna memandu tenang. Dia cuba menghubungi Radit. Hampa apabila panggilannya mati begitu sahaja. Dah lama dia tidak bertemu Radit. Ajakannya ke kelab biasa mereka pun ditolak lelaki itu setiap kali. Dia memberhentikan keretanya di tepi kaki lima. Telefonnya dicapai. Nombor Radit didail.

Tut...tut...tut...

Hanna berang. "Hai, tutup terus?!" dia melemparkan telefonnya kembali ke dalam beg tangan. Sebaik sahaja dia ingin berlalu dari situ matanya tertancap di sebuah meja di depan kedai mamak. Nampak asyik benar berbual patutlah tutup telefon. Dah ada perempuan lain nampaknya. Hanna bingkas keluar dari keretanya.

"Lepas ni nak ke mana?" tanya Radit.

"Pusing-pusing bandar lah. Dah lama I tak keluar." Jawab Rheya. "By the way thanks. I dah tak tau nak buat apa kat rumah."

"A special treat for my special lady." Balas Radit.

Tak habis-habis dengan ayat mengorat. Rheya hanya tersenyum kecil. Radit terpandang ke arah Hanna yang sedang menuju tepat ke meja mereka. Alamak!

"Well, well. Patutlah I telefon tak angkat and then you siap tutup phone lagi." Tiba-tiba Hanna bersuara mengejutkan Rheya. Mujurlah mereka sudah habis makan.

Rheya memandang perempuan itu. Macam pernah nampak. Siapa gadis ini?

"Hanna, apa yang you buat kat sini? Come, I kenalkan you dengan tunang I. Rheya," ujar Radit tanpa membuang masa. Dia berlagak seperti Hanna tak lebih dari sekadar teman biasa sahaja.

"Rheya, ini kawan I, Hanna." Ujar Radit tenang-tenang sahaja. Dalam hati Tuhan yang tahu. Dia berharap Hanna tidak akan membuka mulutnya tentang perkara yang pernah terjadi antara mereka.

"Hai." Rheya menyapa, tanpa menghulurkan tangan untuk berjabat. Kerana Rheya tahu salamnya kemungkinan besar tidak akan bersambut jika dilihat dari raut wajah perempuan itu yang keruh. Hanna membalas dengan senyum sinis. "Hai."

Rheya dah agak. Nampaknya perempuan itu yang ada masalah dengan Radit. Rheya memandang Radit sekilas. Lelaki itu kelihatan tenang. Masih tersenyum.

"Nak ajak join pun kitorang dah habis makan." Ujar Radit.

"Eh, taklah I tak makan kat kedai mamak." Jawab Hanna.

"Well, rugilah sebab sedap nasi dia." Sampuk Rheya.

"Tak rugi sebab I nak jaga badan. Makan malam-malam ni nanti gemuk." Sindir Hanna. "Radit ni sepanjang I kenal dia, memang tak makan kedai-kedai macam ni. Tak tau pulak siapa pengaruh dia kan." ujar Hanna lagi.

"Kadang-kadang manusia berubah. I tak nafikan I jarang lepak kedai macam ni. Rugi I kan sayang?" Radit mengangkat bahunya sambil tersenyum kepada Rheya.

Hanna tidak dapat lagi menyembunyikan rasa meluatnya. Nak sahaja dia mengamuk tetapi masih dijaga maruahnya. Apalah yang Radit suka sangat dengan perempuan ini? Dia menilik Rheya kemudian tersedar sesuatu setelah diamati betul-betul wajah Rheya.

"Oh my God! No wonder I tak kenal you, with that tudung and all." Dia menuding jarinya ke arah tudung Rheya. Rheya kurang senang ditunjuk-tunjuk begitu.

"Hanna, tolonglah..." Radit cuba menahan Hanna. Dia tidak mahu Hanna terus-menerus di situ.

"Kenapa dengan tudung I?" tanya Rheya.

"You kan girlfriend Radit dulu? You ingat tak I? Malam tu you nangis-nangis sebab nampak Radit dan I...well, kat kelab dulu." Hanna mengurut-ngurut dagunya lagak memikir. "Lima tahun lepas kot kalau tak salah I, you ingatkan? Alah..."

"Hanna." Radit menahan tangannya di depan Hanna yang mendadak terdiam. "Cukup."

Rheya tidak cepat melatah. Malam itu tak mungkin dilupakan. Oh, inilah perempuan itu. Rheya tidak perasannya tadi. "It's okay Radit, I baru ingat, youlah kan perempuan yang Radit ulit depan pintu tandas. Oh my, tak sangka you orangnya. Depan tandas pulak tu. I hampir tak cam you tadi." Rheya tergelak kecil. Namun hatinya terguris. Kenangan itu tidak mungkin dilupakan. Tetapi Radit berjanji untuk berubah. Dan dia nampak perubahan itu. Tak salah Radit diberi peluang.

Hanna terasa seperti dilempang tetapi tidak mahu kalah. "Huh, I dengan Radit since that night."

"Oh, I see. Apa-apa pun, I tunang dia sekarang. Dit, I tunggu di kereta." Rheya rasa tiada apa lagi dia hendak duduk menghabiskan masa melayan Hanna. Tak berbaloi pun. Terus dia bangun dan berjalan ke keretanya.

Radit turut bangun. "You ni dah melampau." Radit terus mengekori Rheya.

'Whatever Dit. I tak dapat you, no one else can.' Hanna berbisik dalam hatinya

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now