'Ianya Satu Kesilapan' - Radit

227 5 0
                                    

Iblis berkata, 'Ya Rabbku! Karena Engkau telah menghukumku tersesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya." [Al-Hijr/15:39]

.

.

Bau asap rokok yang berkepul-kepul di hadapannya berbau tengik. Kenapa dia rasa serba tak kena malam ini? Kata-kata Ingrid petang tadi terngiang-ngiang di telinganya. Rasa bersalah menyembunyikan hal sebenar dari Rheya dan ke mana hala tuju hubungan mereka yang samar-samar ini.

"Coke please." Pintanya kepada pelayab bar, Fetz.

"What's wrong bro? No scotch tonight? Beer at least?" tanya Fetz ramah. Sambil tangannya ligat mengelap-ngelap gelas.

"No, not tonight man. Aku tak nak minum dah." Ujar Radit. Tetapi apa yang dia buat di sini? Tujuannya apa?

Fetz ketawa lepas. "Then what the hell are you doing here? All the craps of no alcohol anymore. Man, kau dah bertaubat ke apa?" Fetz menggeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya dengan cakap Radit.

"Aku janji dengan seseoranglah. Dah-dah jangan cakap banyak. Get me my coke!" suruh Radit berpura-pura marah.

"Yeah..yeah.." Fetz mengalah lantas menekan suis mesin di sebelahnya sambil menahan segelas tinggi lalu dihulurkan kepada Radit.

Muzik bingit kelab semakin menyakitkan telinganya. Dan dia tiada hati hendak bergencak walaupun sejak tadi ada sahaja mata-mata gatal yang merenungnya seperti pemangsa.

"I bumped into Rheya few days ago. Kat mall. Cantik gila, hampir tak cam dengan tudungnya, make up nipisnya, tapi dia okay je cakap dengan aku yang bertatoo, rambut kaler ni, kalau nak dibandingkan dengan imej dia sekarang!" ujar Fetz dengan nada tinggi menyaingi bunyi bising muzik. Sejak dulu lagi dia tahu bagaimana hubungan Rheya dan Radit berakhir. Pasangan itu dahulu terkenal dengan keserasian walaupun semua juga tahu Radit itu buaya darat. Dan tempoh hari Rheya sendiri yang menegurnya tanpa langsung berlagak sombong semasa bertanya khabar dengannya.

"She's my fiancee now, Fetz!" pekik Radit semula. Wajah Rheya yang lembut terlayar di ruang matanya. Sejenak dia menebarkan pandangan ke sekeliling. Apa yang aku buat kat sini? Di tempat yang penuh manusia yang mabuk dengan keseronokkan.

Mata Fetz terbeliak. "What? Woi! Patutlah dah tak nak minum sekarang. Oh my God, Dit. Cayalah." Fetz menepuk kuat bahu Radit. Fetz digamit oleh seorang pelanggan, meninggalkan Radit seorang melayan perasaan.

Tiba-tiba dia terasa pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Hai, babe!" wajah Hanna muncul di sebelahnya. "Aww...coke aje? You takde duit ke nak minum Dit, I belanja 'kay? Fetz...!" panggilnya. Tangannya mengusap-ngusap bahu Radit yang membiarkan. Kata-kata Hanna agak menyakitkan telinganya.

"No. Hanna. No more alcohol for me." Tolak Radit.

Hanna melepaskan pelukannya dan duduk di sebelah Radit. "What? Eh, siapa you ni, mana Radit?" perli Hanna sambil tercari-cari di sekitar Radit.

"Dah lah, jangan nak perli-perli. I nak balik." Radit meletakkan wang di bawah gelasnya yang hampir kosong. Hanna memaut lengannya.

"Betul ke gosip yang I dengar, you dah tunang?" tanya Hanna. Suaranya tegar.

"Betul." Jawab Radit. Dia terus berjalan meninggalkan Hanna terpaku.

*******************************

"I tak pernah janji apapun pada you. You jugak yang cakap dulu masa I ajak you couple dengan I, you cakap tak nak ada apa-apa komitmen dengan sesiapa pun. You nak enjoy your life. In fact, kita pun dah lama tak jumpa. Drop it Hanna. I akan kahwin tak lama lagi, and I dah penat hidup macam ni." Hambur Radit. Tadi elok sahaja dia hendak pulang, Hanna menahannya dan memaki hamunnya tanpa malu. Kononnya dia lelaki tak guna, mengambil kesempatan dan macam-macam lagi.

Hanna menangis. "I cintakan you Radit. Please jangan buat I macam ni." Rayu Hanna, memegang lengan Radit seolah-olah Radit akan hilang dari pandangannya jika dia melepaskan lelaki itu, walau itulah hakikatnya Radit tak pernah ada dalam hidupnya. Dia yang tidak membenarnya mana-mana lelaki rapat dengannya. Dia sedar sekarang yang dia sayangkan Radit.

Radit tergelak sinis. "Cinta? Tolonglah jangan nak buat lawak. You cakap macam tu sebab I nak kahwin kan? Carilah sendiri kehidupan you." Ujar Radit. Air mata Hanna tidak bermakna apa-apa padanya.

Hanna mencuba lagi memujuk Radit tetapi Radit menarik kasar lengannya yang dipaut kejap Hanna. "I pergi dulu." Radit cepat-cepat masuk ke dalam kereta sebelum beredar di situ.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now