PART 23 - Baby Step

271 6 0
                                    


Rheya berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga. Mama di dapur agaknya. Punggung kanannya yang lebam masih menyakitkan ketika dia berjalan. 'Bosannya...' getus hatinya. Dia berjalan ke arah pintu menuju ke tepi rumah.

Niatnya hendak mengambil angin sedikit. Rheya berjalan ke arah gazebo sebelum menangkap kelibat seorang lelaki duduk membelakangkannya. Jantungnya berdebar-debar. Siapa pulak? Rheya sedikit lega apabila mengetahui siapa lelaki tersebut.

"Eh! Buat apa you kat sini?" sapa Rheya terkejut apabila keluar dan melihat Radit sedang duduk di gazebo di pinggir taman.

Dia bosan sungguh kerana sudah seminggu lebih di rumah mama dan papa. Dia langsung tidak dibenarkan melakukan apa-apa kecuali duduk berehat dan menonton televisyen sahaja.

"I takde tempat nak tuju. Boring." Luah Radit. Benar. Dia berasa sungguh bosan sekali. Nak ajak Ammar keluar tengok wayang ataupun bermain boling, temannya itu sudah berdating dengan Shita. Dari hospital tadi melawat Ray, tetapi lelaki itu sudah keluar, dan tidak dapat dihubungi, terus dia ke sini. Sungguh, dia tiada tempat untuk dituju.

Sekurang-kurangnya di sini ada Rheya walaupun Rheya tidak menerimanya dengan baik. Mendengar nada tuduhan dari suara Ingrid tempoh hari menambah beban hatinya. Ke mana semua ini akan menuju? Dia memandang ke arah Rheya sejenak. Semua hanya kerana gadis bernama Rheya Indriani ini. Hanya kerana sebuah cinta Ray kepada Rheya. Dan dia pula apa? Orang ketiga secara paksa? Ah, perkara ini terlalu rumit.

"Kereta I ada calar tak?" tanya Rheya dingin meninjau ke arah keretanya dari jauh. 'Ada calar siaplah!'

"Takde." Jawab Radit sepatah. Dia hanya mahu duduk sebentar di sini. Moodnya hari ini langsung tiada. Nak bercakap pun malas.

Rheya mengerutkan dahinya. Lelaki itu tidak seperti selalu. Wajahnya seperti bermasalah. Selalunya ada sahaja cakap-cakap mengarut, tetapi tidak hari ini. "You ni kenapa?" Rheya kebosanan hingga tidak kisah sangat hari ini untuk berhadapan dengan Radit. Hendak berbual dengan mama pun, mama sibuk menguruskan rumah. Mahu menolong tak dibenarkan pula.

"Takde apalah. You macam mana hari ni?" Radit melihat-lihat tangan Rheya yang masih beranduh itu. Dahi Rheya sudah tidak ditempel dengan plaster, kelihatannya luka di situ telah kering.

"Bolehlah sikit. Bosan aje terperap kat rumah."

"Jom I bawa you keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jom I bawa you keluar. Kita jalan-jalan kat taman tasik ke?" pelawa Radit mencuba nasib. Moodnya kembali baik hanya dengan melihat dan bercakap dengan Rheya.

"You dengar apa mama dengan papa cakap, I tak boleh ke mana-mana sepanjang minggu ni." Rheya seakan-akan merungut.

Radit tertawa kecil. "I hairan dan respect dengan you. You dah jadi anak yang taat sekarang."

Rheya mengerutkan dahinya. "Maksud you?"

"Janganlah pandang I macam tu. Betullah apa yang you buat ni. Sorry kalau you terasa. Cuma I masih cuba menerima yang you memang dah berubah sekarang. Bukan Rheya yang I kenal dulu." Ujar Radit. Sungguh dia mengagumi Rheya sekarang.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now