PART 21 - Kesangsian Ingrid

258 3 0
                                    

It's roaring inside..nobody hears it

Mama asyik-asyik merenung ke luar. Sekejap berdiri, sekejap duduk.

Papa meletakkan ke tepi surat khabarnya. "Sudahlah tu mama. Kejap lagi dia sampai. Kan Radit cakap setengah jam lagi diorang sampai."

Mama kembali duduk. "Mama risaukan Rheya. Macam mana keadaan dia, entah teruk ke tidak. Itulah papa, mama ajak pergi ke Perak, bukannya nak dengar."

"Radit kan ada di sana. Taulah si Radit tu nak jaga Rheya. Rheya tak apa-apalah." Papa cuba menenangkan mama. Hatinya sendiri risau sebenarnya. Tetapi ikut kata Radit kecederaan Rheya ringan sahaja.

Belum sempat mama membalas kata-kata papa, mereka terdengar bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah. Mama bingkas ke depan diikuti papa.

"Assalamualaikum." Sapa Radit sebaik keluar dari kereta. Akhirnya, sampai juga mereka ke rumah. Sepanjang perjalanan, Rheya lebih banyak mendiamkan diri. Sesekali hanya berbicara dengan Janice. Radit berkeras untuk memandu kereta Rheya pulang. Ammar pulang sendirian. Setelah disokong oleh Janice, barulah Rheya bersetuju.

"Rheya! Ya Allah..macam mana jadi macam ni, Rheya." Mama pantas menerpa ke arah Rheya yang baru sahaja keluar dari kereta. Hatinya belas melihat anak tunggalnya yang beranduh tangan, berpalster di dahi. "Tangan Rheya patah ke?" mama melihat ngeri ke arah tangan Rheya yang beranduh itu.

"Eh, taklah ma. Terseliuh sikit je. Rheya okay." Ujar Rheya menenangkan mama.

"Mari la masuk dulu mamanya. Panas kat luar ni." Tegur papa mengambil beg pakaian Rheya dari Radit.

"Kan Rheya pergi dengan Janice, mana dia?"

"Tadi hantar dia balik dulu, baru kitorang terus ke sini." Sampuk Radit meletakkan beg tangan Rheya di atas meja. Rheya tidak bereaksi apa-apa. Hanya senyap sahaja.

"Rheya ada sakit dimana-mana lagi tak? Kita ke hospital buat x-ray?" ajak mama. Entah-entah ada kecederaan dalaman.

"Dah buat, ma. Rheya okay." Jawab Rheya.

"Rheya duduk sini aje. Ambik cuti dulu seminggu dua."

"Takpe ma. Rheya balik aje. Rheya boleh jaga diri. Rheya banyak kerja kat office." Bantah Rheya. Bosanlah dia nanti terperuk di rumah.

"Macam mana nak buat kerja? Tangan macam ni, dahi tu. Isy, biar mama tengokkan. Dengan keadaan Rheya yang macam mana nak jadi diri?" mama membebel.

"Duduk sinilah. Dit, karang bawak balik kereta Rheya. Nanti aje hantar." Ujar papa pula.

Rheya mengerutkan wajahnya tidak suka. "Alah, Rheya nak naik apa pulak?"

"Papa kan ada. Sudah. Rheya kat sini aje. Karang kereta ada di rumah, berjalan pula. Rheya tak sembuh lagi. Rehatlah kejap." Papa bertegas.

"Dengar cakap mama dan papa you. Karang dah boleh pergi kerja, I hantar kereta you semula." Sampuk Radit. Rheya menjelingnya tajam.

"Sudah tu, jom naik ke bilik. Mama dah kemaskan pun bilik Rheya." Ujar mama sambil menarik Rheya bangun bersamanya. Langsung kedua-dua ibu bapanya tidak memberi peluang lagi untuknya membantah lagi. Rheya kehilangan kata-kata hanya menurut langkah mama.

Tidak lama kemudian, Radit meminta diri untuk pulang. Dia sendiri keletihan. Ini langkah pertama. Nampaknya Rheya tidak punya pilihan lain selain memberi keretanya kepada Radit untuk sementara waktu.

Ting! Satu mesej masuk sebaik sahaja dia sampai di rumah Ammar. Kelihatan Ammar sedang tidur di atas sofa di ruang tamu. Radit terus ke biliknya. Mesej dari Rheya itu dibuka.

'U jaga kereta I tu elok2. Jangan ada calar 1mm pun!' Rheya memberi amaran.

Radit membalas pantas. 'I jaga macam I jaga u lah. Okay syg? Take care, rehat banyak2' pesan Radit.

'Do I look like a damn car?'

'Xlah syg, you lebih cntik dari kereta kemetot you tu.' Balas Radit, bergurau.

Rheya meletakkan telefonnya ke tepi. Sebal kerana keretanya dibawa pergi Radit.

Duduk santai begini membuatkan dia merindui Ray. Apa khabar lelaki itu agaknya?

************************************

Isi perutnya dihamburkan ke dalam bekas di tepi katilnya. Perit tekak. Ray terbaring kesakitan. Kesan kimoterapi pagi tadi masih terasa-rasa menyucuk di hujung jemarinya. Muntah setiap kali rawatan sudah menjadi rutinya.

Mesej Radit semalam dilihat lagi. Dia berasa sungguh risau apabila mengetahui Rheya ditimpa kemalangan di tempat pembinaan. Mahu sahaja dia menelefon Rheya sekarang untuk mengetahui keadaan Rheya walaupun Radit mengatakan Rheya tidak apa-apa dan hanya cedera ringan sahaja. Tetapi itu bukan tindakan yang bijak kerana pasti Rheya akan ingat bahawa dia masih mengambil berat dan rahsianya dan Radit mungkin akan terbongkar kerana bagi Rheya, Ray dan Radit tidak mengenali antara satu sama lain, bagaimana pula Ray tahu tentang kemalangan itu. Ray hanya tahankan sahaja rontaan hatinya.

"Allah!! Allah!!" seru Ray sesungguh hatinya. Sakit kepalanya semakin kerap menyerang. Dia mengiring ke kiri sambil memegang kepalanya. Sakitnya bagai diramas-ramas otaknya. Air matanya mengalir di pelipis pantas diseka.

"Ray? Ya Allah Ray!" ada tangan memegang lengannya. "Nanti Ingrid panggil doktor.

Butang kecemasan ditekan. "Sabar Ray." Cemas sungguh melihat abangnya begitu walaupun itu bukan pertama kali Ray mengalami sakit di kepalanya. Kata doktor ianya perkara biasa bagi pesakit kanser seperti Ray.

"Takpe. Abang okay." Ujar Ray susah payah. Dia memejam rapat matanya. Beberapa saat kemudian Ray diberi ubat penahan sakit.

Ingrid hanya melihat Ray yang tertidur. Entah berapa banyak ubat sudah berada di dalam tubuh Ray. Air matanya mengalir lagi seakan-akan tidak pernah kering mengenangkan Ray juga kemungkinan bakal meninggalkan dia dan ibu. Sama seperti papa dahulu.

Entah apa yang ada di dalam fikiran Ray apabila mengambil keputusan untuk merahsiakan keadaannya daripada Rheya. Ingrid terkilan, saat begini Rheya pasti mahu menghabiskan masa di sisi Ray. Ini tidak gadis itu seakan-akan diketepikan walaupun Ray menegaskan ini untuk kebaikan Rheya. Ingrid tidak nampak apa yang baiknya rancangan Ray itu. Ingrid mengeluh. Siapalah dia hendak mencampuri urusan abangnya?

"Assalamualaikum." Sapaan di muka pintu membuatkan Ingrid sedikit tersentak. Bibirnya meleretkan senyum kecil. Setia sungguh lelaki seorang ini kepada abangnya. Entah kenapa.

"Waalaikumsalam. Come in." pelawa Ingrid.

Radit menapak ke arah katil Ray.

"Hai Ingrid. Dah lama ke dia tidur?" tanya Radit merenung Ray. Nafas lelaki itu turun naik perlahan. Wajah itu pucat dan cengkung seperti biasa.

"Baru aje. Sakit kepala dia menyerang lagi tadi."

"Hmm..awak tolong kasi ni pada Ray nanti boleh? Awak pun makanlah sekali. Ada lebih saya beli tadi." Radit menyerahkan sebeg buah epal.

"Thanks. Duduk sekejap boleh. Ada hal sikit saya nak cakap." Ingrid meletakkan plastik itu di sebelah katil Ray.

Radit hanya menurut. Mereka melabuhkan duduk di sofa di penjuru bilik Ray.

"Saya tak tau macam mana awak kenal dengan abang saya dan apa rancangan korang. Tapi saya harap takde siapa di sebalik ni yang akan sakit hati at the end of the day." Kata-kata Ingrid itu seakan-akan ancaman.

Radit menenangkan hatinya. "Takde siapa yang akan sakit hati, percayalah. Saya tak dapat nak komen lebih-lebih. Ray yang patut awak tanya." Jawab Radit.

Ingrid tergeleng-geleng. "Setia betul awak ni. Awak hutang nyawa ke dengan dia? By the way semua ni ada kena mengena dengan kak Rheya ke?" tembakkannya mengena. Dah lama sebenarnya dia hendak bertanya kepada Radit cuma tidak berpeluang.

Radit senyum, seraya bangun. "Saya balik dulu, nanti saya datang lagi. Bye." Radit terus berlalu.

Ingrid tahu kini, memang abangnya sedang merancang sesuatu untuk Rheya melalui Radit!


bersambung...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now