Part 6 : Liku Hidup Ray

355 9 0
                                    

Radit melangkah keluar dari keretanya. Kuncinya diserahkan kepada lelaki muda yang sudah menunggu. Tanpa mengucapkan terima kasih, Radit menuju ke pintu. Belum pun dia sempat membuka pintu dia disapa dengan pandangan tidak enak di tepi kaki lima bangunan pejabatnya. Berang. Radit mendekati lelaki tua yang sedang mendendangkan ayat suci Al-Quran itu.

"Kan saya dah bagitahu, jangan biar peminta sedekah duduk di kaki lima pejabat. Semak!" marah Radit kepada pengawal di tepi pintu.

Matanya sakit melihat gelandangan yang tidak tahu hendak duduk di tempat lain selain di tempat orang lalu lalang masuk bangunannya. Selekeh, kotor, rosak imej korporat!

"Dah bagitau encik Radit. Tapi tak nak berganjak jugak."

Pengawal itu mempertahan diri. Radit mencerlungkan matanya, marah. Semua benda aku nak kena buat jugak! Lantas Radit mendekati lelaki tua itu. Pakaiannya compang camping, ada sebuah beg lusuh di belakangnya. Ada juga plastik air di sebelahnya. Ah! Kaki palsu pun ada. Gelandangan ke apa ni? Pandangan menjijikkan ditalakan ke arah lelaki tua itu.

"Duduh tempat lain sikit. Sini orang nak lalu lalang." Ujarnya, sambil memandang tempat lain. Tak ingin lagi hendak memandang orang kotor seperti lelaki tua itu.

Pak cik itu terhenti dari mengaji, kepalanya diangkat melihat gerangan yang menghalaunya. Bibirnya merekah tersenyum kepada lelaki muda yang berpakaian segak di hadapannya yang langsung tidak memandangnya. Dia mengangguk-angguk. Al-Quran lusuhnya dikatup lalu disumbat ke dalam beg bunjutnya. Kaki palsu yang tergeletak di sebelah tongkatnya dipasang kembali di kaki kanannya. Tongkat diambil lalu dia bangun dengan susah payah. Begnya dicapai sebelum digalas.

"Lepas ni jangan nak melepak minta sedekah di depan bangunan ni lagi, imej baik syarikat ni boleh rosak dengan ada gelandangan pulak depan pintu." Angkuh sekali suara Radit.

"Maaf nak. Pakcik tumpang berehat. Maaf ya, assalamualaikum." Pakcik itu terus berjalan perlahan-lahan meninggalkan tempat itu.

"Lepas ni, kau halau aje sesiapa yang nampak macam tu, aku tak nak ada peminta sedekah ke gelandangan ke ada depan bangunan ni. Atau kau nak aku pecat kau? Kalau tak nak buat kerja kau!" ujar Radit kepada pengawal yang hanya menunduk ke arahnya. Siapa berani menentang kata-kata Radit Mustafiq anak Datuk Zulkarnain. Semua pekerja tahu betapa baran lagi angkuh sikap anak tunggal Datuk Zulkarnain ini.

'Kalau tak kerana bapak kau, dah lama semua angkat kaki tinggalkan syarikat ini.' Fikir pengawal itu. Datuk Zulkarnain amat menjaga kebajikan pekerjanya dan baik dengan sesiapa sahaja. Entah kenapa anaknya begitu.

Radit lantas masuk ke dalam bangunan.

***************************

Matanya bulat melihat lelaki di hadapannya dengan pandangan tidak percaya. Dia salah dengar ataupun lelaki itu yang salah cakap. "Ulang lagi sekali." Pintanya.

"Aku nak kau terima girlfriend aku jadi isteri kau!"

"Wow...wow...apahal tetiba ni, Ray. Bila kau start minum ni? Kau mabuk eh. Siang pulak tu."Ujar lelaki itu. Dadanya berdetak tidak keruan.

Ray memandangnya serius. "Aku belum jahat sangat lagi nak minum." Bidas Ray tidak peduli jika Radit terasa, sebelum menyambung. "Kau tak pekak. Lidah aku pun tak terbelit lagi. I know about you and Rheya. Rheya girlfriend kau dulu kan?"

Radit terkejut beruk. Rheya Indriani? Oh Tuhan. Dia tahu Ray mempunyai teman wanita tetapi tidak pernah pula mengambil tahu siapa orangnya. Ray juga tidak pernah hendak memperkenalkan kepadanya. "Err..ya. Dia bagitau kau ke?" tapi kenapa? Rheya...serta-merta Radit terbayang wajah Rheya yang manis. Yang seksi dan manja...

Ray tersenyum. Berat sungguh untuk dia membuat keputusan. Tetapi sudah tidak ada jalan lain lagi. "Nope! Aku dapat tau sendiri. Tak payahlah kau nak tau. Just tolong aku."Ray terbatuk-batuk kuat. Pantas tisu di atas meja diambil dan ditekapkan ke mulutnya. Sudah disangka. Darah. Sejak dua hari lalu, sakitnya semakin menunjukkan tanda-tanda.

"Mana boleh Ray. Aku tak terasa nak kahwin dengan sesapa la sekarang. Dan kenapa pulak aku nak kena kahwin dengan girlfriend kau? Rheya? You don't know her. She hates me to bit!" hinggakan namanya juga tidak boleh disebut di hadapan gadis itu tanpa disumpah seranah. Atau begitulah cerita Ammar. Walaupun sudah bertahun, tetapi marah Rheya sentiasa berapi kepadanya. Ah, perempuan!

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now