Who is he?

541 10 0
                                    

*****************************

"Babe!!" jerit Shita dari jauh. Semalam mereka berjanji hendak menonton wayang. Rheya pantas membalas lambaian Shita.

"Lama la aku tunggu. Kau ke mana?" rungut Rheya apabila Shita berada di hadapannya.

"Tandas. Semalam aku makan jeruk manga! Pehh...Sedap ooo...pagi ni dapat lah habuan jadi penunggu tandas terlatih." Gurauan Shita hampir menghamburkan air Pepsi yang sedang disedut Rheya dari gelasnya.

"Teruk kau ni!" ujar Rheya dalam ketawa.

"Weh...tu bukan mamat yang add kau kat FB ke?" Shita terpandang lelaki tinggi lampai itu sedang duduk menunggu di hadapan pintu masuk ke pawagam. Agak ramai pengunjung hujung minggu begitu. Sementelah semalam hari gaji.

"Mamat mana pulak ni?" tanya Rheya kurang berminat. Selepas Radit, dia tidak punya hati lagi hendak berteman dengan sesiapa.

"Yang dok mesej kau minta nombor phone tulah. Mat saleh tapi terer cakap Melayu tu??" beria-ria Shita cuba mengingatkan Rheya.

Rheya teringat. "Oh. Dia tu." Ujar Rheya acuh tak acuh. Entah di mana Ray itu mendapat tahu tentang akaun facebooknya. Lelaki yang membuatkan dia tertumpahkan makanan tempoh hari. Bagi Rheya lelaki itu agak menjengkelkannya.

"Kau dah bagi belum nombor dekat dia? Habis semua gambar kau dia like. Berkenan betul tu." Komen Shita. "Alamak! Dia nampak kitalah." Lelaki itu sedang berjalan ke arah mereka. Rheya memasamkan wajahnya.

"Hey girls..." sapa Ray.

"Hi." Sapa Shita tersenyum lebar. Dia melihat Rheya yang beku di duduknya. Fokus benar di skrin telefonnya. Shita menyenggolkan sikunya ke siku Rheya. rheya menjeling. "What?"

Shita membesarkan biji matanya, mengancam. Rheya mengalah. Dia mengangkat kepalanya. Meleretkan bibir. "Hai." Sapanya ringkas.

Ray tersenyum lebar. Susah sungguh hendak mendapatkan perhatian dari gadis ini. Komen dan mesej di FB langsung tidak dibalas. Dia mendapat akaun FB Rheya dari akaun FB adiknya sendiri yang kebetulan adalah mutual friend Shita. Sudah berbulan-bulan juga dia cuba mendapat balasan dari Rheya. Hari ini, Tuhan hantarkan terus Rheya di hadapannya.

"You all tengok cerita apa?" tanya Ray.

"Cerita perang." Balas Shita.

"Haa..jangan-jangan cerita ni tak?" Ray menunjukkan tiketnya kepada Shita.

"Ha'ah. Betul tu. Kebetulan kan?" mereka ketawa. Rheya tidak bereaksi apa-apa.

"Ray?" Seorang gadis memanggil lelaki itu. Rheya menilik sebentar gadis yang menghampiri mereka. Cantiknya dengan wajah pan asiannya, tinggi lampai.

"Popcorn?" tanya Ray. Gadis itu mengangkat beg berisi bertihnya.

Dah ada awek, ada hati nak mengorat aku. Dasar lelaki! "So, kitorang masuk dulu ya? Bye." Rheya pantas bangun dan mengepit lengan Shita yang hanya sempat melambai Rheya dan temannya. Ray tak sempat hendak berkata apa-apa.

*************************************

"Hey..!" seru seorang perempuan yang duduk sederet dengan Rheya.

"Opps..so sorry miss." Ujar lelaki yang rasanya terpijak kaki perempuan itu. Seat di sebelahnya memang kosong. Agaknya lelaki ini punya. "Hai." Sapa lelaki itu setelah duduk di sebelah Rheya. Rheya agak terkejut Ray duduk di sebelahnya.

"You?? Bangunlah. Nanti tuan seat ni datang."

"I lah tuan seat ni. Look." Ray menghulurkan tiketnya.

"Dalam kelam memanglah boleh nampak kan?" bengkeng Rheya. Shita tersengih melihat Ray yang tidak putus asa.

"Kelakar you ni..." Ray ketawa kecil.

"By the way, kenapa you kat sini? Mana girlfriend you? Dah kena tinggal ke?" sindir Rheya, meluat.

"Siapa girlfriend? Dia adik I lah. Tak nampak muka kitorang seiras." Ray ketawa lagi.

"Shhh!!" bisik orang di belakang mereka merungut terganggu.

"Sorry!" bisik Ray ke arah belakangnya.

"Kita sembang nanti ya? Jom kita tengok movie." Ujar Ray bergurau.

Dalam-dalam tidak suka Rheya akui hatinya agak terusik dengan lelaki seorang ni. 'Oh, adik dia. Hmm...' hatinya mengomel.

*****************************************

To be continued...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now