Takkan Ada Tempat Di Hati Rheya

290 6 0
                                    

Woman will be a woman..She won't let go of the past that easily!

"Ammar, mana kawan you ni? Dah dekat setengah jam tak sampai-sampai. Hmm..boleh ke nak siapkan projek on time ni?" tanya pemilik hotel secara berseloroh. Tetapi di telinga Ammar itu adalah amaran.

Ammar berlagak selamba. "Sekejap ya Mr. Liu. Jam agaknya. Dia dari office tadi ada mesyuarat jugak." Ammar membela Radit. 'mana mamat ni??' Rheya dan Janice yang duduk bertentangan dengannya kelihatan berbual-bual perlahan dengan pengurus hotel di sebelah Mr. Liu.

"Puan Janice dan Cik Rheya boleh mulakan rasanya sementara kita tunggu kawan Ammar ni." Ujar Mr Liu. Mujur sahaja lelaki tua berbangsa Cina itu agak boleh berkompromi tetapi tidaklah pula Ammar mahu mengambil kesempatan. Dia semakin gelisah. Apa tidakkah Radit tahu yang projek ini penting bagi syarikatnya?

Pintu bilik mesyuarat kalut diketuk sebelum dibuka. Terjengul wajah Radit yang kelihatan agak berserabut dengan baju kemejanya yang sebelah tidak dimasukkan ke dalam seluar slacknya. Ammar berasa lega dan berang pada masa yang sama. Finally!

Rheya yang sedang ketawa kecil mendengar jenaka pengurus hotel serta-merta terhenti ketawa. Terasa semuanya pegun sebentar. Radit! Rupanya lelaki ini adalah arkitek yang akan bekerjasama dengannya sepanjang projek ini berjalan! Oh Tuhan!

"Sorry Mr. Liu, jalan jam! Hello, I'm Radit." Radit berjalan ke arah Mr. Liu sebelum bersalam dengan lelaki itu.

"Ingatkan you dah tak jadi datang. Please, have a seat." Mr. Liu mempersilakan Radit duduk. Lelaki itu duduk di sebelah Ammar. Radit terpandang Rheya merenungnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.

Rheya mengalih pandangannya ke arah Mr. Liu. Tidak mahu lagi memandang wajah Radit yang sangat memeluatkan!

Mr. Liu berdehem sedikit sebelum memulakan mesyuarat. Perbicangan mereka berjalan lancar. Rheya, Radit lihat langsung tidak memandangnya jika bercakap pun matanya ditalakan kepada Ammar ataupun sekadar melihat dinding di belakang Radit, walaupun kata-kata ditujukan kepada dirinya jika ada perkara yang sememangnya ada kaitan di bawah kendalian Radit sendiri.

Radit akan gunakan peluang ini sebaiknya untuk mendekati Rheya dan sekaligus memohon maaf atas perbuatannya enam tahun yang lalu. Sekarang Radit tahu dia sedang berdepan dengan Rheya yang kental hatinya. Naik pening juga memikirkan bagaimana urusan dua syarikat ini akan berjalan dengan seorang membenci seorang lagi. Ammar sendiri gusar tetapi mahu tunggu dan lihat bagaimana Radit akan menghadapi sikap Rheya yang keras.

Rheya sudah tidak sedang duduk. Mahu sahaja dia pulang segera. Tetapi mana mungkin meninggalkan Janice sendirian sedangkan ini projek mereka berdua dan sekarang harus berkongsi dengan Ammar dan Radit pula. Wajah lelaki itu langsung tidak menunjukkan reaksi bersalah. Walhal beberapa hari yang lalu lelaki itu berani datang ke rumahnya dan ada hati mahu meminangnya! Tak guna! Rheya berusaha untuk fokus kepada mesyuarat dan tidak mengendahkan Radit yang kerap kali merenungnya.

Hampir dua jam kemudian, mesyuarat sudah tiba ke penghujungnya.

Mr. Liu bangun diikuti dengan pengurusnya Encik Adli. Mereka semua juga turut bangun. "So, Encik Radit dan Encik Ammar, puan Janice dan Cik Rheya. Apa yang timbul nanti, you all boleh refer dengan Encik Adli. Dia akan rujuk sama saya nanti. Saya harap takde masalah lagi. Mesyuarat sampai sini saja."

Radit dan Ammar bangun dan berjabat dengan lelaki tua itu. "Terima kasih Mr. Liu for your trusted and the opportunity to our company. We will try our best." Ujar Ammar berjanji. Janice juga berkata benda yang sama apabila berjabat dengan Mr Liu. Rheya yang tersenyum dan mengangguk tanda hormat.

"Your welcome. Oh, please stay for a while. Ada sedikit jamuan sekejap lagi. Encik Adli?" Mr. Liu memandang Encik Adli yang segera mengerti. Lantas walkie talkie dicapai dan mengarahkan agar hidangan dibawa masuk.

"Saya ada mesyuarat lagi. Jadi tak dapat temankan awak semua makan. Encik Adli akan temankan ya. See you guys later." Habis berkata begitu Mr. Liu meninggalkan bilik mesyuarat. Beberapa saat kemudian, hidangan sudah berada di depan mata masing-masing. Janice dan Rheya kembali duduk, begitu juga Radit dan Ammar.

"Janice, I nak balik la." Ujar Rheya tanpa membuang masa. Radit di hadapannya memasang telinga walaupun tangannya dengan menyelak-nyelak kertas di tangan.

"Alaa..apesal. Makan la dulu. Sedap kek ni I tengok. Takkan nak tinggal I sorang?" Janice hairan melihat raut wajah Rheya yang gusar.

"I sakit perut! Please Janice." Bisik Rheya kalut. Wajahnya dikerut-kerutkan.

"Kalau nak ke toilet, you keluar pintu, belok kiri, down the hall." Sampuk Radit tersenyum kecil.

Rheya melihatnya tajam. 'Boleh tak kau diam??' Radit sempat mengenyitkan matanya tanpa dilihat Janice.

"There, problem solve!" seru Janice kembali memakan kek aiskrimnya.

"Fine..you tunggu I kejap." Ujar Rheya mencapai beg tangannya dan berlalu keluar. Dia hanya berpura-pura sakit perut. Tetapi demi melindungi telinganya dari soalan-soalan Janice, Rheya keluar juga ke tandas. Setidak-tidaknya dapatlah dia jauh dari Radit.

Rheya membasahkan sedikit wajahnya kemudian diambil tisu dan mengelap kering wajahnya. Rheya berulang-alik di dalam tandas sunyi itu sebentar hanya untuk membuang masa. Dia terasa bodoh pula berbuat begini tetapi untuk melihat wajah yang amat menyakitkan hati itu, biarlah dia disini sahaja. Jamnya dilihat, sudah lima minit lebih. Agaknya Janice dah sudah makan. Rheya mencapai begnya dan melangkah keluar dari tandas.

"Hai!" sapa lelaki itu.

Jantung Rheya seakan-akan hendak tercabut disapa tiba-tiba begitu. "You jerk! You buat apa kat depan toilet perempuan ni? Toilet lelaki sebelah sana." Getus

Rheya memegang dadanya.

"I tunggu you. Lama jugak. You betul sakit perut eh?" tanya Radit tersengih. Cuba bergurau.

"Shut up." Rheya tidak mengendahkan Radit dan terus melangkah. Namun lengannya dicapai. Serta merta Rheya merentap kasar. Kurang ajar!

"Jangan sentuh I! You jangan nak kurang ajar ya!" marah Rheya. Suaranya masih dikawal agar rendah. Dia tidak mahu membuat kecoh. "I bukan perempuan yang you boleh ulit depan pintu tandas tau!" sindir Rheya, pedas. Kejadian yang membuatkan dia membenci Radit kembali bermain di matanya. Dasar lelaki murah!

Radit tersentak. Dia masih ingat? "Sorry, Rheya. Sorry. Tindakan reflex. I nak cakap dengan you sekejap. Dalam bilik mesyuarat tadi you langsung tak cakap dengan I, I mean straight to me." Radit pantas menjarakkan dirinya dan Rheya. Dahulu dia bebas memegang tangan mahupun memeluk pinggang, atau sekadar mencium pipi gadis itu walaupun itu sahaja yang dibenarkan oleh Rheya. Tetapi bukan Rheya yang ini. Dia sepatutnya mengawal tindakannya bukan dengan melakukan perkara yang semakin menjauhkan Rheya darinya.

"Nak cakap apa? I takde benda nak cakap dengan you lah!" Rheya pantas berlalu dan Radit tidak lagi menahannya. 'Ah, ada banyak lagi masa aku nak cakap dengan dia' ujar hati Radit mengenangkan kini mereka akan bekerjasama.



to be continued

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now