PART 22 - 'Dasar Muka Tembok!' - Rheya

268 3 0
                                    



Dia berang. Lelaki ni betul muka tak malu! Dah tak ada kerja lain agaknya. Orang tak hingin, dia pula yang tersua-sua! Rheya mempercepatkan langkahnya yang masih pendek-pendek dek kerana punggung yang kebiruan barangkali terhentak kayu tempoh hari.

"You! Takde tempat lain ke nak melepak. Rumah I bukan kelab malam tau!" sergah Rheya. Radit tersentak terkejut. Dia sedang menunggu papa Rheya yang ke dapur. Petang itu dia datang mahu melihat keadaan Rheya dan kebetulan papa Rheya sudah masak untuknya selepas Radit memberitahu hendak datang. Suka kedua mama dan papa Rheya apabila Radit kerap datang. Mereka mahu Rheya dan Radit rapat.

"I tau. Dah you tak pergi kelablah, I datang sinilah nak jumpa you. Boleh jawab gitu?" Radit ketawa mengusik. Rheya berwajah marah direnung. "Takdelah, gurau aje. Papa masakkan kuey teow goreng untuk I."

"Don't address him so casually. Dia papa I, bukan papa you!" bengkeng Rheya.

"Eh, papa I apa. Papa mentua." Usik Radit lagi.

"..you ni memang..." kata-katanya terhenti apabila papa dan mama keluar sambil menatang dulang masing-masing berisi semangkuk kuey teow goreng dan air sirap limau sejuk.

"Haa..dah turun pun. Jom kita makan sekali." Ajak mama meletakkan dulang airnya. Pinggan dan kutleri disusun di depan mereka, Radit ikut sama menolong menyendukkan makanan ke dalam pinggan.

"Duduk Rheya. Tak makan apa lagi kan hari ni?" mama sudah menarik kerusi di sebelahnya.

"Rheya dah kenyang." Bohongnya, tetapi tidak lama sebelum perutnya membuat khianat. Bunyi menderu jelas didengar. Rheya menekup perutnya. Semalam pun dia terus tidur tanpa makan. Pagi ini perutnya sudah meragam minta diisi.

Ketiga-ketiga orang di depannya hanya memandang Rheya. Radit sudah ketawa kecil.

"Itu tandanya Rheya lapar. Perut kosong, karang sakit siapa susah. Awak jugak." Mama sudah berleter.

Rheya duduk juga akhirnya di sebelah mama bertentangan dengan Radit. Kalau tak makan kang Radit habiskan semuanya.

Radit menjaga matanya agar tidak terlalu melirik ke arah Rheya, dia hanya berbual rancak dengan kedua mama dan papa Rheya.

"Bila nak ke kursus kahwin ni? Dah tinggal tak berapa bulan lagi pun." Mama memandang Rheya kemudian kepada Radit.

"Saya bila pun tak kisah makcik. Ikut Rheya aje." Ujar Radit. Kalau difikirkan tak pernah langsung terlintas di fikiran Radit untuk menghadiri kursus perkahwinan, dengan Rheya pulak tu!

Rheya telan kuey teow terasa getah. "Kursus nikah?"

"Yalah, nak nikah kena lah ambik kursus nikah dulu." Balas mama separa membebel.

"Ha'ah. Kita ambik nanti ya sama-sama. I cari lah tempat mana-mana." Sampuk Radit tersenyum ke arah Rheya.

"Papa, mama dah cari catering, sedap lauk dia. Ada lima jenis lauk..." selebihnya Rheya sudah tidak mendengar. Matanya tajam merenung Radit yang mengenyit-ngenyit matanya. Gatal!

Rheya memijak kaki Radit, kuat.

"Adoii!!" Radit terpekik agak kuat, mengejutkan papa dan mama. Rheya menahan ketawa. Pura-pura tak bersalah.

"Kenapa Dit?" tanya papa.

Radit menggosok-gosok kakinya. Anak beruang betul! Dia melihat Rheya yang hanya menayang wajah tak bersalah.

"Ada semut gatal kot." Radit berpura-pura menggaru kakinya.

"Ha'ah kot, mungkin ada sarang dia kat bawah kaki kamu." Papa melihat-lihat di bawah meja. "Ubah sikit kerusi ke sini." Suruh papa. Radit menurut.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now