Patung Tidak Bernyawa

350 6 9
                                    


Radit terasa sesak nafas disoal begitu. Seperti memaksa dia melihat ke dalam hatinya yang paling dalam. "Entahlah Ray. Berat untuk aku cakap perkara begini. Kau tahu dah lama aku putus dengan Rheya dan ianya tak berakhir dengan baik antara kami. Aku tau aku salah. Tapi Rheya deserves someone better than me." Ujar Radit cuba mengubah fikiran Ray. 

Sekali dia berjanji, selamanya dia akan terikat dengan kata-katanya sendiri. Radit seakan-akan dapat melihat apa yang menunggu di hadapannya.

Ray berpuas hati dengan kata-kata Radit itu. Radit masih memikirkan kebaikan Rheya. "Itu yang aku nak dengar. Kau baik. Boleh jadi lebih baik. Cuma kau belum jumpa jalannya. Aku tetap nak kau berbaik dengan Rheya semula. Tolonglah Radit. Aku dah takde masa. Dan aku yakin kaulah yang dapat menjaga Rheya." 

Kata-kata Ray itu terlalu berat untuk dipikul. Tetapi Radit berasa kasihan pada Rheya. Wajah gadis itu terbayang-bayang di ruang mata. Sudah bertahun-tahun dia tidak melihat Rheya. Ternyata Rheya semakin cantik menawan.

"I'll try."Ujar Radit akhirnya. Dia tak mahu lagi memikirkan tentang ini. Jika Ray mahu dia memenangi hati Rheya yang merupakan perkara paling mustahil padanya, dia akan lakukan!

***************************************

"Darling...kenapa muka masam sangat ni?"tanya Hanna sambil mengusap wajah Radit. Radit sudah lain macam sekarang. Nak ajak keluar, bukan main susah lagi! Malam ini setelah dipaksa barulah nampak batang hidungnya di kelab biasa mereka melepak ketika berjumpa.

Radit menepis lembut tangan Hanna yang merayap di dadanya. Lemas dengan muzik bingit juga lampu yang berkelip-kelip sekejap terang, sekejap gelap. Radit meneguk minumannya tanpa menjawab pertanyaan Hanna. Dia sibuk memikirkan masalahnya. Ya. Masalah yang dibawa oleh Ray. Kenapalah lelaki itu perlu mati? 

Rheya sudah menjadi tanggungannya sekarang. Entah apa yang perlu dia lakukan demi memenangi hati Rheya. Dia tak suka komitmen, dia amat sukakan kebebasan hidup bujang yang tiada siapa hendak berkata apa-apa padanya.

"Radit!"

"Okaylah Hanna, I dah nak balik ni. Tak sihat lah."Radit beralasan. Dia mahu cepat-cepat beredar dari sini. Punggungnya diangkat tanpa menghiraukan panggilan Hanna yang tidak puas hati ditinggalkan.

Hanna mencebik meluat. 'Tak guna betul!' dia terasa seperti barang. Habis seronok, mulalah dia diketepikan! Adakah Radit berjumpa gadis lain? Ah! Aku tak boleh biarkan.

"Hai seksi, boleh I temankan you?"seorang lelaki mengambil tempat yang tadinya diduduki Radit. Hanna merenung sebentar tampang lelaki yang menegurnya itu. Hmm....bolehlah dari takde!

**********************************

Radit memandu keretanya laju. Hatinya tidak tenang. Wajah Rheya dan Ray saling berganti di benaknya. ' How can I let this happen! How can I give my promise to such a thing?!' Radit menumbuk-numbuk sterengnya kuat.

Rheya...hatinya menyeru satu nama. Dia memang pengecut membiarkan Rheya yang pasti terkejut dengan tindakannya merisik gadis itu tempoh hari. Dia langsung tidak menelefon atau paling tidak menghantar mesej.

Radit pulang ke apartmentnya. Jam di dinding baru pukul 10.13 minit malam. Awal lagi. Keluh hatinya. Mana pernah dia pulang seawal ini jika keluar berfoya-foya. Sangka Radit, dia dapat menenangkan hatinya jika minum dan berseronok di kelab, namun hampa apabila ketenangan yang dicari semakin serabut pula dengan Hanna yang langsung tidak meninggalkannya sendirian.

Radit berbaring di atas katilnya. Cuba memejamkan mata kalau-kalau mengantuk. Langsung tidak. Wajah Rheya menganggunya! Ayu bertudung. Rheya sudah bertudung dan menutup aurat! Dia masih belum boleh menerima hakikat yang Rheya sudah berubah sedrastik itu dalam masa enam tahun. 

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIROn viuen les histories. Descobreix ara