Bab 45

2.4K 54 33
                                    

"Mama tak kira, apa pun yang jadi fariz kena kahwin jugak dengan farah!!"

"Apa mama cakap ni??"

"Isha dah lama hilang. Sampai sekarang polis tak jumpa. Mama tak nak hidup fariz terabai disebabkan perempuan tu. Fariz tahu tak, selama ni farah selalu ambil berat pasal fariz. Mama nampak farah boleh jaga fariz. Dia boleh jadi isteri yang baik untuk fariz..."

"Mama dah gila ke apa? Farah tu sepupu isha tau... apa nanti ibu isha cakap? Anak dia belum mati ma... isteri fariz belum dijumpai je, bukannya mati pun. Kalau mati sekalipun, fariz takkan sesekali berkahwin dengan perempuan tu!!!"

Fariz terus meninggalkan mamanya dengan perasaan marah. Dia bukan cuba untuk tidak menjadi anak derhaka. Tapi dia yakin pasti ada sesuatu yang tak kena terjadi pada mamanya.

******

Dengan perasaan marahnya yang semakin membuak-buak, sampai juga fariz di rumah sepupu isterinya.

"Hoi farah!! Keluar kau!! Makin hari makin melampau. Apa yang kau nak haaaa...! Apa yang kau tak puas hati!!!" Sambil tangannya menghentak hentak pintu pagar.

"Eh apa bising-bising ni!!"

"Aunty, mana anak aunty? Farah??!"

"Apa hal kau?" Farah munculkan diri.

"Apa yang kau dah hasut mama aku hah? Sampai dia nak sangat aku kahwin dengan kau??"

"Haha.. mana laa aku tahu. Mungkin aku lebih bagus dari isha..." katanya dengan sombong.

"Takde sape yang boleh gantikan tempat isha. Sanggup kau khianat sepupu kau sendiri eh? Kau takde perasaan ke?"

'Kalau aku takde perasaan, dah lama isha tu mati....' bisiknya dalam hati.

"Sebab aku ada perasaan laa aku boleh ganti tempat isha. Aku boleh jaga kau. Aku janji, lepas isha dah dijumpai, kau boleh lepaskan aku"

"Mimpilah kau... puihhhh!!!" Lagi lama dia berada disitu, lagi sakit hatinya.

"Sombong...."

******

"Akak ni dah melampau tau. Dalam keadaan macam ni sempat ye akak nak rampas suami isha? Tak fikir perasaan ibu ke? Boleh tak jangan pentingkan diri sendiri?" Fatin menjadi bengang dengan sikap kakaknya yang semakin teruk.

"Heyy! Bukan aku tau yang nak kahwin sangat dengan fariz tu. Mama dia yang sukakan aku. Takkan aku nak tolak permintaan dia... dah jodoh mungkin."

"Farah... kenapa farah macam ni? Mama tak ajar tau anak mama runtuhkan rumahtangga orang, lagi-lagi saudara kita sendiri. Kalau farah nak kahwin, mama carikan yang lain ya?" Memang dia tidak sukakan isha tapi itu tidak semestinya dia mahu anaknya jadi perosak rumahtangga. Lagipun naluri seorang ibu, dapat merasakan ada yang tak kena. Namun dia cuba untuk bersangka baik.

"Arrghhhhh!! Kenapa semua orang dalam rumah ni hah? Lebih sayangkan isha dari aku?" Lalu farah tinggalkan mereka berdua terkebil-kebil dan memandu kereta keluar dari perkarangan rumah.

******

"Mana perempuan tu?"

"Ada dalam bilik bos"

Tanpa banyak soal, farah terus menampar dan menyepak terajang isha yang sedang tidur. Keluar cecair merah dari mulut dan hidung isha. Isha tidak mampu untuk melawan. Dirinya sekarang seperti mayat hidup. Hendak bangun pun tidak berdaya.

"Aku menyampah! Aku benci! Aku nak kau mati isha!!!!"

"Apa lagi salah aku, farah." Lemah longlai suaranya.

"Sebab kau... ramai yang tak sayang aku. Semua anggap aku jahat. Kau je baik. Dari dulu aku benci dengan kau!!! Kau tak patut hidup!! Puihhhh." Terus dia meludah ke atas muka isha.

"Kau buatlah apa pun yang kau nak, kalau itu yang boleh buat kau puas hati..."

"Arrghhhhh!! Kalau aku boleh bunuh Daniel, tak mustahil aku boleh bunuh kau!"

Isha hanya membalas dengan linangan airmata.

"Perempuan lemah!!" Herdik farah.

'Kau dah bunuh semua orang yang aku sayang termasuk anak aku! Suatu hari nanti, perbuatan kau yang akan membunuh diri kau sendiri. Allah Maha Adil!'

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now