Bab 44

2.2K 67 28
                                    

Kini genap sebulan kehilangan Isha Damia. Begitulah yang dirasai oleh Fariz Elman. Dia seolah-olah kehilangan dirinya sendiri setelah sebulan dia hidup tanpa isteri tercinta disisi. Sampai sekarang masih belum ada khabar berita tentang isterinya. Entah hidup, entah mati. Misi pencarian kehilangan isterinya tetap masih dijalankan, walaupun peluang untuk dijumpai amatlah tipis.

"Riz... termenungkan ape tu?" sapa Puan Iza dari arah belakang.

"Eh, ibu... tak tidur lagi ke? Dah lewat malam ni."

"Ibu tak boleh tidur, Riz. Hmmm..."

"Kenapa ni ibu? Rindukan Isha eh?"

Puan Iza hanya membalas senyuman nipis. Tetapi raut diwajahnya tidak dapat menafikan kesedihan seorang ibu yang sangat merindui anaknya.

"Haaa... Riz tak tidur lagi ni, rindukan Isha jugak ke?"

"Ibu ni... mestilah Riz rindu. Rindu sangat sangat! Ibu tu tak jawab lagi soalan Riz.."

"Ibu mana yang tak rindukan anak dia.. Riz. Anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari. Yang membesar depan mata. Tiba-tiba hilang dari pandangan mata ibu dan itu bukan sebab meninggal tapi...." Tak dapat Puan Iza meneruskan kata-katanya oleh kerana terlalu sebak dan akhirnya air mata seorang ibu jatuh jugak.

"Ibu.... janganlah menangis, kalau ibu menangis, Riz pun akan menangis sama tau." Fariz mengesat air mata dipipi ibu mertuanya.

"Mana ada ibu menangis. Mata ibu ni je yang bocor, itu yang keluar air..." sempat pula Puan Iza berseloroh.

"Dah dah... jom masuk tidur. Sejuk ni angin malam. Nanti ibu jatuh sakit pulak. Lagi Riz susah hati..." Fariz mengesat air matanya yang turut menitik sedari tadi, mujurlah ibu tak nampak.

******

Pagi itu seperti biasa Fariz Elman merapikan dirinya sebelum berangkat ke tempat kerja. Cuma bezanya tiada isteri untuk mengikat tali lehernya. Semuanya dibuat sendiri. Puan Sharifah hendak membantu, mentah-mentah ditolak. Katanya mahu berdikari, mana lah tahu suatu hari nanti hanya jasad tanpa roh isterinya sahaja yang ditemui. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Haihh Riz ni, mama nak tolong tak nak. Mama bukan apa, mama nak cuma ringankan beban Riz saja..."

"Takpe, ma. Bukan susah pun buat semua ni sendiri. Kenalah belajarkan, manalah tahu nanti...." belum sempat Fariz menghabiskan kata-katanya, Puan Sharifah memotong terlebih dahulu. Tidak mahu anaknya berkata bukan-bukan.

"Mama tak nak ye, Riz cakap macam ni lagi. Mama yakin Isha Damia, satu-satunya menantu mama dalam rumah ni masih hidup! Naluri seorang ibu tak pernah salah. Kalau dia sudah tiada sekalipun, biarlah Allah tunjukkan dimana jasadnya tertanam!!" Sungguh tegas kalimah kata yang keluar dari mulut Puan Sharifah. Tergamam Fariz Ilman dibuatnya.

"Maaa... maafkan Fariz ma. Takde niat pun Riz nak cakap macam tu. Riz, sekarang cuba untuk menerima hakikat..."

"Hakikat apa? Hakikat yang Isha dah mati ke?!!"

"Bukan ma... Riz cuma tak nak berharap sangat. Jauh disudut hati Riz, Riz nak Isha pulang kepangkuan Riz semula. Riz rindukan Isha sangat-sangat. Tak semudah tu Riz nak lepaskan Isha dalam hidup Riz. Janganlah mama fikir yang Riz dah mengaku kalah. Fariz Elman takkan mengaku kalah selagi Fariz tak dapat apa yang Fariz nak..."

"Sudahlah... jangan bertekak lagi. Depan rezeki ni, tak baik." sampuk Encik Syukri yang dari tadi hanya melihat pertelingkahan kecil dua anak beranak. "Haaa... mana Iza? Tak turun makan sekali ke?"

"Kejap lagi turun laa tu." balas Puan Sharifah sambil menghulurkan sandwich kepada Fariz. Huluran disambut. "Mujur ibu Isha takde kat sini tadi, kalau ada tentu dia berkecil hati dengan kata-kata Riz..." sempat Puan Sharifah memerli.

"Awak ni... saya kata sudah-sudah laa! Depan rezeki ni, astagfirullahalazim...." Encik Syukri mengelengkan kepalanya.

Fariz hanya menghabiskan sandwich yang berada dalam mulutnya. Hendak dihabiskan semuanya, hilang selera makan. Terus dia bangun dan melangkah kaki laju keluar dari kediaman rumah ibubapanya.

******

"Assalamualaikum...." salam diberi.

"Waalaikumsalam. Iya, cari siapa?"

"Ini Puan Sharifah, mama kepada Fariz Elman kan?"

"Ya saya. Ni siapa ya?"

"Saya Farah, sepupu Isha Damia..." sambil tersenyum manis.

"Ohh, eh masuklah..."

Farah bersalam dan mencium tangan Puan Sharifah tanda hormat kepada orang lebih tua.

"Jemputlah duduk, kejap ya aunty buatkan air dulu..."

"Baiklah..." Farah tersenyum menyenget.

Beberapa minit kemudian, Puan Sharifah membawa dulang berisi dua cawan teh dan sepinggan kuih muih.

"Haa... Farah jemputlah minum. Kuih pun ade ni. Rezeki Farah kan datang sini, dapat makan kuih yang aunty buat..." Puan Sharifah mempelawa sambil tersenyum.

"Ohh aunty buat ke? Mesti sedap ni..." Farah membalas senyuman. "Tapi autny, saya tak minum teh, nanti masuk angin.."

"Ohh yeke.. maaflah aunty tak tahu. Takpe kejap, aunty buat air lain. Milo minum tak?"

Farah hanya sekadar mengangguk.

Melihat bayang Puan Sharifah menghilang, Farah mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Dan terus dia masukkan benda itu ke dalam minuman Puan Sharifah. Misi berjaya! *misi kepala hotak dia*

******

Setelah puas berbual, Farah meminta izin untuk pulang, memandangkan hari pun semakin petang. Tetapi dirinya lagi puas, melihat Puan Sharifah menghabiskan secawan teh yang diletakkan sesuatu kedalamnya.

"Isha Isha... nasiblah kau, Fariz Elman bakal berada dalam genggaman aku!! Hahahahaha!!" Hatinya bersorok gembira.

******

"Isha, aku datang ni... ada sesuatu aku nak khabarkan kat kau, jangan terkejut tau..." Farah memandang sombong wajah sepupunya. Oppss, pembetulan! Musuhnya!!

"Tadi... aku jumpa mak mertua kau.... hihihi"

Isha hanya mampu memandang, tiada daya untuk bersuara lagi, mahupun melawan.

"Kau dengar tak ni?!!" Farah menampar halus pipi Isha Damia. "Okay okay, aku lupa kau dah bisu tapi tak pekak lagi kan? Hahaha"

"Baik betul mama... ehh mama pulak, hikss. Aunty Sharifah layan aku baik gila tadi. Siap hidangkan aku minuman, makanan. Tak sangka aku dapat merasa air tangan bakal ibu mertua aku, hihihi. Kau rasa aku sesuai tak jadi menantu aunty Sharifah dan isteri kepada Fariz Elman.... hahahaha"

"Hisshh, bosanlah cakap dengan orang bisu ni. Takde respon!!" Farah menolak kuat Isha sehingga Isha jatuh dari kerusi yang diduduknya. "Apa pun Isha, terima kasih tau untuk peluang ni, mamposlah kau kat situ...!!"

"Allahuakbar..." Isha beristighfar dalam hati. Luluh hatinya apabila mendengar perkhabaran itu. Entah betul, entah tidak. Kering sudah air matanya, puas menangis meratapi nasib malang yang masih belum tahu pengakhirannya bahagia atau derita sampai mati. Dirinya tetap masih setia untuk suaminya.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now