Bab 13

4.7K 195 0
                                    

Pintu rumah dihempas kuat! Nafas Fariz Elman tercungap-cungap menahan kemarahan. Dia mencari kelibat Izzul. Dia mahu tahu penjelasan dari sahabatnya itu.

"Izz! Keluar kau sekarang!!"

Kelihatan Izzul Daniel menuruni anak tangga dalam keadaan mamai. "Riz! Apa bising-bising ni? Aku nak tido pun tak senang."

"Aku nak tanya kau sikit?"

"Esok-esok kau tak boleh tanya ke?"

"No! Ni hal penting..."

"Hmm... tanya lah cepat."

"Apa kaitan kau dengan Mia?" Soal Fariz, serius.

"Mia? Siapa? Awek kau? Apa kaitan dia dengan aku?" Soalan ditanya pula dengan soalan. Izzul Daniel semakin pelik dengan pertanyaan sahabatnya itu. Aku dah lah pening kepala bangun terkejut macam ni, boleh pula dia tanya soalan yang lagi memeningkan kepalanya. Omel Izzul dalam hati.

"Kau jangan buat-buat tak tahu lah!"

"Kenapa dengan kau ni, Riz? Datang rumah aku tak bagi salam... main redah aje. Lepas tu tanya soalan yang aku memang tak tahu nak jawab apa!" Tengking Izzul yang separuh bersabar dengan perangai Fariz Elman. Langsung tak ada rasa hormat!

"Aku yang patut tanya kau? Kenapa kau buat dia macam tu?!"

"Allah... siapa pulak yang kau maksudkan ni, Riz? Aku memang tak faham langsung!"

"Oh, aku lupa. Kalau aku sebut Mia, memang kau tak kenal kan? Kalau Isha Damia, kau kenal?" Soal Fariz seraya tersenyum sinis.

"Isha Damia..." Izzul menyebut perlahan nama gadis itu.

"Kenal?"

"Riz, kau kenal dia?"

Eh, aku tanya dia, dia tanya aku pulak. Hu hu! Fariz Elman mengangguk.

"Jadi... Mia yang kau maksudkan bakal isteri kau tu?"

"Ya..."

"Riz... kau tahu tak dia tu siapa?"

"Ya, aku tahu. Lima tahun yang lepas, dia patut jadi isteri kau kan? Tapi disebabkan kau curang dengan dia, perkahwinan tu dibatalkan. Abah Mia terkejut dengar berita tu, masa tu jugak dia kena serangan jantung dan meninggal! Dan sekarang tanpa rasa bersalah... kau nak kahwin dengan Isha Damia? Sedangkan kau tahu, perasaan dia pada kau tak sama lagi? Kau tahu tak sekarang ni ibu Mia, masuk wad. Ni semua sebab kau nak hancurkan hidup dia. Tak cukup ke apa yang pernah kau buat pada dia dulu? Hah! Izzul!!"

"Ibu Isha sakit apa? Riz... aku dah minta maaf pun pada Isha tapi dia langsung tak maafkan aku. Pasal abah dia meninggal pun aku baru tahu. Tu semua takdir yang Allah tentukan. Bukan aku penyebab abah dia mati. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Sebab tu aku buat keputusan nak tebus semula kesalahan tu dan berkahwin dengan dia. Aku tak ada niat pun nak hancurkan hidup dia... kau patut tahu cerita sebenar, Riz. Kau jangan tuduh melulu macam tu...."

"Kau tak perlu tahu! Takdir tu boleh dielak kalau kau tak buat perkara tak senonoh tu! Kau ingat dengan cara berkahwin dengan Mia, dia akan maafkan kau, hah? Aku tak tuduh, Izz. Aku tahu pasal ni dari mulut Isha Damia sendiri. Takkan dia nak tipu pulak?"

"Kejadian tu berlalu begitu cepat, Riz. Aku langsung tak sedar. Aku difitnah! Ya, semua yang Isha cerita tu ada benar, ada yang salah. Dia sendiri pun tak tahu hal sebenar."

"Hal sebenar? Apa?" Soal Fariz.

"Aku masih siasat siapa dalang sebenar. Nanti aku bagi tahu..."

"Dah kau tak payah nak berlakon lagi. Tak sangka aku ada kawan macam kau! Alu dengan kau putus kawan! Aku bagi amaran! Jangan sesekali kau dekati Isha Damia lagi. Dia bakal isteri aku! Kau sentuh dia, nahas kau!" Tengking Fariz seraya meninggalkan Izzul Daniel yang masih terpinga-pinga diperlakukan sebegitu oleh sahabatnya sendiri. Dia sendiri pun tidak percaya yang Fariz Elman akan menengking dia sekuat itu.

"Riz! Kau dengar dulu... percayalah aku tak tipu kau! Riz....!" Jerit Izzul. Namun dia tahu, sekuat mana pun dia memanggil nama sahabatnya itu, Fariz Elman takkan berpatah balik. 'Riz.. takkan sebab seorang perempuan kau nak putuskan persahabatan kita? Kalau perempuan lain, takpe lagi. Ini Isha Damia. Sampai hati kau.'

******

"Ibu.. ibu dah sedar. Isha minta maaf sebab..."

Jari telunjuk diletakkan dibibir Isha. "Shhh... dah dah, ibu okey lah sayang. Ibu pun minta maaf tau sebab paksa Isha kahwin dengan Daniel..."

"Ibu... kalau ibu nak Isha kahwin dengan dia pun, Isha sanggup. Asalkan ibu bahagia..." tutur Isha, lembut.

"Jangan sayang. Kalau Isha tak nak, ibu tak paksa. Ibu nak anak ibu bahagia... bila Isha bahagia, ibu pun tumpang sama."

"Betul ke, ibu?" Isha Damia tersenyum manis. Lega rasanya bila ibunya berubah fikiran. Alhamdulillah.

Sedang rancak mereka berbual tiba-tiba pintu bilik wad diketuk.

"Assalamualaikum..." Fariz memberi salam dan tersenyum.

"Waalaikumsalam." Jawab Isha dan Puan Iza serentak.

"Apa khabar aunty?"

"Alhamdulillah, rasa okey sikit..." Puan Iza memandang ke arah Isha.

Isha yang seakan-akan tahu tatapan mata ibunya terus menjawab "Haa, ibu ni Isha kenalkan Fariz Elman, ermm kawan Isha..."

"Ohh kawan? Special ke?" Usik Puan Iza.

Fariz Elman tergelak kecil, diikuti gelak halus Isha Damia. Fariz curi-curi memandang Isha, inilah kali pertama dia melihat Isha Damia tersenyum manis. Hmm, manis sangat!

Isha Damia yang perasan dirinya diperhatikan, terus memandang ke arah Fariz. Ternyata betul, yang lelaki itu sedang merenungnya. Kau tengok aku, aku tengok kau. Haa, elok sangat!

"Ehem... ehem. Amboi, tak perasan ke ada ibu kat sini..."

Hu hu hu! Malu siot!

"Hee... sorry aunty."

"Takpe lah. Aunty gurau aje..."

"Ermm... aunty... saya nak minta izin untuk berkahwin dengan Isha Damia. Boleh?" Tanpa segan silu Fariz bertanyakan soalan sebegitu.

Wajah Isha Damia bertukar menjadi merah padam. Ish! Dia ni, dah tak sabar sangat ke? Gelojoh!

"Fariz sukakan anak aunty?"

Jawapan dibalas dengan anggukan.

"Isha?"

Isha juga begitu, dia terikut angguk sama. Eh, kenapa aku angguk pulak! Dia terus mengelengkan kepalanya.

"Isha, mana satu ni sayang?"

He he. "Isha ikut aje apa yang ibu cakap.."

"Macam tu pula. Baik lah, aunty izinkan." Puan Iza tersenyum.

"Terima kasih aunty... In Sha Allah minggu depan, saya akan masuk meminang Isha Damia."

"Hah?" Isha kebinggungan.

"Kenapa sayang?" Soal Puan Iza, terkejut melihat reaksi anaknya itu.

"Ibu setuju?" Giliran Isha bertanya pula.

"Ya lah. Sebab ibu tengok, Fariz ni baik orangnya. Biarlah dia jaga Isha pula."

"Abis tu.. siapa nak jaga ibu?"

"Takpe, lepas kahwin kita bawak ibu tinggal sekali..." sampuk Fariz. He he.

"Hesy! Takpe lah. Ibu tak nak susahkan Isha dengan Fariz. Lambat pulak ibu dapat cucu nanti..." Puan Iza berseloroh.

"Ibu...." rengek Isha. Manja!

Fariz tersenyum melihat gelagat dua beranak dihadapannya ini. "Sokey aunty, tak menyusahkan pun. Soal anak tu, kita boleh fikir kemudian. Kan sayang?"

'Sayang? Ish, belum apa-apa lagi dah panggil sayang. Cakap pasal anak pulak depan ibu aku. Boleh ke aku hidup dengan lelaki gila-gila macam dia ni?' Gerutu Isha dalam hati.

Ya Allah, jika dia adalah jodoh ku. Kau permudahkanlah segalanya. Amin. Doanya dalam hati.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now