Bab 42

2.2K 60 6
                                    

Puan Iza tersedar dari pengsan dan terus bertanyakan tentang keberadaan Isha.

"Riz... mana Isha? Isha mana??!"

"Ibu... Riz, minta maaf sebab tak dapat jaga Isha dengan baik. Riz lalai bu..." kata Fariz dengan nada kesal.

"Ibu tanya... Isha mana??!" Puan Iza sudah mula menangis teresak-esak. Walaupun dia sudah mendengar jelas apa yang dikatakan Fariz sebentar tadi, dirinya tetap tidak percaya. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya anak yang dia ada.

"Aunty... aunty sabar ehh... inshaAllah Isha selamat..." Nadia cuba menenangkan Puan Iza, manakala Fatin menghubungi mamanya bagi memaklumkan perkara yang terjadi.

"Macam mana Isha nak selamat kalau sekarang ni kita tak buat apa-apa tindakan pun... Riz, report lah polis..."

"Kalau ikutkan hati ni, dari tadi Riz dah pergi report bu, tapi selagi tak cukup 24 jam, kita tak boleh buat apa-apa.." Fariz memandang sayu wajah ibu mertuanya. Fikirannya sekarang benar-benar serabut. Kes arwah Izzul belum lagi selesai, muncul pula masalah lain. Paling dia tidak dapat menerima hakikat isterinya pula menjadi mangsa.

"Habis tu, kau nak Isha mati macam mana Izzul mati ke baru kau nak menyesal?" Nadia membangkang kata-kata Fariz.

"Dah tu kau nak aku buat apa? Arrghhhhh!!" Tumpah juga airmata Fariz Elman.

"Carilah bodoh!! Kau suami dia, takkan kau nak duduk tercegat macam ni je?!!" Nadia menengking. Haihh apa bongoklah sepupu aku ni.

"Kau cakap senanglah!! Kau tak ada kat tempat aku!!"

"Memang aku tak ada kat tempat kau... tapi cuba kuatkan diri tu sikit untuk Isha, jangan bila perkara buruk dah berlaku baru kau nak menyesal, meratap. Masa tu tak ada guna lagi dah...!"

"Ehh... sudahlah! Masa ni pun korang nak gaduh ke? Dah abang Riz, biar Fatin temankan abang cari kak Isha..." Fatin mencelah bagi mendamaikan keadaan. Fikirannya juga turut berserabut.

"Tak payah, tak payah. Biar kak Nad dengan abang Riz cari Isha. Fatin jaga aunty ni ya..."

Fatin hanya menurut. Haih dua orang ni, kejap bergaduh kejap okey. Tak paham betullah.

******

"Arrghhhhh.... sakitnya...." Isha memejamkan matanya rapat. Dahinya sedikit berkerut menahan sakit. Dia melihat sekitar ruang disekelilingnya. Sebuah bilik stor kosong yang hanya dtemani mentol lampu yang malap. Kali ini dirinya tidak diikat, dia cuba untuk bangun namun gagal kerana perutnya terasa sakit sangat-sangat. Dia merasakan ada yang tidak kena apabila melihat titisan darah dilantai. Matanya teralih ke arah kakinya yang mempunyai kesan darah yang masih belum kering. Apabila sudah mengetahui punca darah itu dari mana, dia meraung sekuat hati.

"Arrghhhhhh...... sampai hati kau buat aku macam ni....!! Apa kau nak dari aku haa....!!!"

Botak terdengar teriakan dari dalam bilik stor.  Suara jeritan itu mengejutkan dia dari tidur. "Hoi perempuan!! Kau boleh diam tak?!! Aku nak tido pun tak senang!!" Tengking botak dari luar.

"Mana anak aku haaa, kenapa kau bunuh dia?!! Apa dosa dia??!" Isha meraung sekuat hati. Sakit yang dia rasakan tidak langsung dihiraukan lagi.

"Ishh bingit lah minah ni!!" Botak menendang pintu. "Anak? Anak apa? Bila masa kau ada anak??!!" Soal botak, bendul.

"Ini apa??!! Kau kejam...!!" Isha nekad bangun walaupun terasa sakit yang amat. Dia cuba melawan sekuat kudratnya yang masih ada. Dia cuba menolak botak, namun apalah dayanya ketika itu yang dalam keguguran.

"Ishh kau ni... duduk diam-diam jelah. Jangan sampai aku bunuh kau!!" Botak menolak kasar Isha sehinggakan Isha jatuh dan kepalanya terhantuk didinding.

"Bunuh... bunuh lah aku. Buat macam kau bunuh anak dalam kandungan aku yang langsung tak bersalah ni..."

"Bukan aku lah yang bunuh anak kau tu!!"

"Habis tu siapa?"

"Bos aku lah!! Dia yang berdendam sangat dengan kau!! Aku cuma ikut arahan je....!!" Terus botak keluar dan mengunci pintu dari luar.

Isha cuba mengingati wajah perempuan yang sempat dia melihat sebelum dirinya tidak sedarkan diri. Namun wajah itu belum muncul dalam fikirannya. "Abang... Isha takut..."

*****

"Macam mana Riz, jumpa tak?" Terus Puan Iza menerpa ke arah Fariz sejurus Fariz pulang dari mencari isterinya. Fariz hanya mengeleng lemah.

Semua ahli keluarga sudah berkumpul setelah mendapat tahu berita kehilangan Isha.

"Jemput minum dulu. Tenangkan diri... jangan kusutkan sangat fikiran tu. InshaAllah, Isha akan selamat..." kata Farah sambil menuangkan air ke dalam cawan.

Fariz menyedari kewujudan Farah disitu. Terus dia bangun dari tempat duduknya dan meluru ke arah Farah. "Hey perempuan!! Kau yang rancang semua ni kan??" Jari telunjuknya tepat menunding ke arah Farah.

"Saya? Saya buat apa?"

"Kau tak payah buat tak tahu apa-apa lah?? Aku tahu kau ni memang perempuan busuk hati. Mana kau sorok isteri aku haaa...??!"

"Saya? Buat apa saya nak lakukan semua tu? Apa yang saya dapat? Dan kenapa awak sesuka hati nak tuduh saya... awak ada bukti?" Terasa bengang pulak apabila dituduh begitu.

"Aku akan pastikan... segala bukti yang ada akan buat kau peringkup dalam penjara sampai kau mati!!!" Tengking Fariz melepas amarah dihati.

"Hoi...! Kau siapa nak tuduh anak aku macam-macam haaa..." puan Zila membentak. Baran pulak rasanya.

"Mak long, mak long tolong ajarkan anak kesayangan mak long ni... supaya jadi orang yang berguna sikit. Jangan sampai perangkap masuk jerat sendiri...!!" Sempat Fariz mengerling tajam ke arah Farah.

Wajah Farah masam mencuka. Kalau ikutkan hati nak jelah aku bunuh Isha tu terus. Senang kerja aku tak payah simpan perempuan tu lama-lama. Ingat aku hadap sangat ke? Siapa yang mulakan permainan ni kalau bukan  Isha Damia. Dia yang lupa diri!! Kali ini dia akan lebih berhati-hati. Tak sabar nak tengok kesayangan kau mati tersiksa. Farah sembunyikan senyuman.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now