Bab 30

3.6K 169 12
                                    

5 tahun ke belakang...

"Akak, betul ke akak tak nak beritahu kat mak ngah ni? Aten risau lah kalau benda ni jadi betul-betul...!" Ujar Fatin gusar.

"Ye, akak yakin... dia cuma ugut aje..."

"Tapi kak Farah tu kalau dia kata dia nak buat, dia akan buat jugak! Kita beritahu mak ngah eh?" Pujuk Fatin.

"Percayalah cakap akak ni... Farah tu takkan berani buat apa-apa lah. Mungkin masa dia send message tu, dia dalam keadaan stress kot... nanti dia okaylah tu..." balas Isha tenang. Ya, luar aje nampak tenang tapi dalam hati, jantung, limpa, paru-paru semua dah tak tentu arah, semua dah tunggang terbalik dek memikirkan ugutan yang baru diterimanya sebentar tadi.

"Tapi kak... Aten rasa tak sedap hati sangat ni! Dah lah sekejap lagi akak nak nikah dah. Tok kadi dah sampai, pengantin lelaki aje yang belum!!" Rungut Fatin separuh bersabar. Takut-takut ugutan itu akan menjadi kenyataan.

Sebenarnya Isha Damia juga risau jikalau apa-apa yang berlaku terhadap Izzul Daniel. Ada benar juga kata adik sepupunya itu, Fatin Alisya. Tetapi kenapa Farah sanggup ugut dia sampai macam tu sekali? Apa salah aku? Omel Isha dalam hati.

Peristiwa lima tahun yang lalu kembali dalam ingatannya. Kejadian yang seakan-akan sama tapi caranya berlainan. Apa maksud semua ini? Dugaan apa lagi yang Kau berikan kepada ku? Adakah aku terlalu kuat, tabah, sabar untuk menempuhi segalanya? Tetapi kenapa sekarang aku berasa lemah untuh hadap semua ni sorang-sorang?

Sudah berapa hari Isha Damia lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun. Dia juga nekad untuk berhenti kerja walaupun pada awalnya, Encik Shukri membantah. Sudah puas Encik Shukri cuba memujuk namun Isha tetap dengan keputusannya.

"Isha, fikirlah baik-baik. Uncle bagi masa tapi tolonglah jangan kecewakan uncle..." pujuk encik Shukri. Panggilan bos tidak digunakan lagi setelah dia mendapat tahu bahawa Isha Damia adalah bakal menantunya. Ternyata doanya dimakbulkan Allah.

"Isha dah fikir masak-masak pun uncle... Isha nak rehat puas-puas.."

"Uncle tahu Isha buat semua ni sebab Riz kan? Masalah takkan selesai kalau Isha terus larikan diri macam ni..."

"Uncle! Tolonglah... Isha merayu. Isha tak sanggup nak hadap semua ni. Bukan kali pertama benda ni berlaku! Kali kedua hati Isha dihancurkan. Isha tak kisah kalau dia nak curang, tapi sekurang-kurangnya jujurlah. Biar perkataan tu keluar dari mulut dia, bukan mulut orang lain. Isha minta maaf kalau kata-kata Isha agak kurang ajar. Isha tak nak pendam lagi, nanti hati ni akan makin sakit!" Kata Isha dengan nada sebak. Dia cuba untuk tidak menangis akhirnya air mata turun laju ke pipi.

"Isha percaya ke yang Riz lakukan semua ni?"

"Isha balik dulu. Assalamualaikum..." Isha Damia meninggalkan surat berhenti kerja diatas meja tanpa menjawab soalan dari encik Shukri. Dia benar-benar kecewa. Dalam masa yang sama dia juga buntu, pada siapa dia harus percaya. Fariz atau Farah?

******

Fariz Elman sudah bernekad mahu berhadapan sendiri dengan Isha Damia. Dia perlu perjelaskan segalanya dan Isha perlu tahu bahawa dia tidak bersalah.

"Aunty... bagi saya peluang untuk berjumpa dengan Isha..." rayu Fariz.

"Aunty bukan tak nak bagi jumpa tapi dengan aunty sendiri pun Isha tak nak bercakap. Ni kan dengan kamu..."

"Tapi saya perlu jumpa dia, kalau tak masalah takkan selesai dan nama baik saya akan terus tercemar..." kata Fariz lemah.

"Kalau macam tu mari ikut aunty..."

Fariz Elman hanya menuruti kata-kata puan Iza. Dirinya berasa sedikit lega dengan keizinan dan keprihatinan puan Iza.

Di hadapan pintu bilik. Pintu diketuk.

"Isha, buka pintu kejap. Ibu ada hal nak cakap ni."

Diam. Pintu diketuk lagi.

"Isha... tak kesian kat ibu ke?"

"Ya, bu. Kejap..."

Puan Iza tersenyum, begitu juga dengan Fariz Elman.

"Ibu nak ap...." Isha berkira-kira mahu menutup pintu kembali setelah melihat wajah lelaki itu. Namun belum sempat pintu tertutup rapat, Fariz terlebih dahulu menghalang.

"Kita perlu berbincang, tolonglah..." rayu Fariz sambil cuba menahan kuat pintu dari tertutup.

"Takde apa-apa lagi yang nak dibincangkan! Semua dah selesai! Pergi!!!" Isha menjerit dari dalam dan cuba mencari kekuatan untuk menutup pintu. Hu hu.

Akhirnya nasib menyebelahi Fariz dan Isha tidak dapat berbuat apa-apa lagi selain harus berhadapan dengan lelaki itu. Takut pun ada. Hu hu! Puan Iza pula tidak mahu mencampuri urusan mereka.

Isha seakan-akan takut cuba bersikap tenang dan selamba.

"Awak tak payah takut, saya bukan apa yang awak bayangkan. Jom keluar?" Ajak Fariz.

"Cakap kat sini tak boleh ke?" Agak tergagap-gagap jugak bila situasi dah bertukar macam ni.

"Tak. Kat sini tak sesuai. Kita pergi tempat lain dan tempat tu hanya kita berdua, tiada orang lain..."

Meremang sekejap bulu roma Isha Damia. Kita berdua? Tiada orang lain? Maksud? Hu hu! Isha berkata-kata dalam hati. Bertanyakan soalan pada diri sendiri yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.

"Ermm okey..." Isha buat keputusan untuk ikut Fariz Elman dan dia sudah bersiap sedia jika apa-apa yang akan berlaku terhadap dirinya nanti. Kau berani buat , aku sepak 'nyawa' kau!! Masa tu kau melalak sekalipun aku tak peduli! Gerutu Isha dalam hati.

******

"Tak sangka weh, lakonan kau menjadi! Ha ha ha ha ha."

"Ni Farah Amelia tau!! Aku kalau nak kan sesuatu, aku akan buat habis-habisan. Dia belum kenal siapa aku." Kata Farah dengan lagaknya.

"Semuanya dah dirancang rapi! Dorang tak tahu ke nurse dan doktor yang rawat kau tu, semuanya palsu. Ha ha ha! Aku ingat mereka je bodoh. Polis pun bodoh! Benda macam tu pun tak dapat nak kesan? Ini kan pulak kita?"

"Dorang tu semua bodoh! Isha pun bodoh! Lurus sangat percaya semua kata-kata aku!! Patutlah mudah kena tipu!! Ha ha ha. Dulu kau, sekarang Fariz!"

"Tapi kenapa kau beria sangat nak hancurkan hidup si Isha tu?"

"Sebab dia dah rampas semua yang aku sayang! Semua orang sukakan dia, sayang dia!! Kononnya dialah yang paling baik!! Dan kau tahu kan yang aku pernah sukakan kau dulu tapi kau lebih sukakan Isha. Kau langsung tak layan aku!! Kau anggap aku tak lebih dari kawan!! Padahal aku yang kenal kau dulu tapi sejak aku kenalkan kau pada Isha, kau beralih arah. Sejak itu, aku tekad yang aku akan balas dendam. Kalau aku menderita, dia pun harus menderita!!"

"Tapi tu bukan salah dia!! Salah aku!! Kau jugak dah hancurkan kebahagiaan yang aku patut kecapi bersama dengan Isha!!"

"Memang itu yang aku mahukan!!" Bentak Farah dengan kasar.

"Semua tu hanya dulu. Kini lain, kalau aku tak dapat Isha, Fariz pun takkan dapat!!"

"Maksud kau? Kau nak buat apa pada Isha?"

"Aku nak bunuh dia!!"

******

Okey tak episod kali ni? Thanks sebab skodeng novel saya yang tak seberapa ni hehe. Thanks jugak kepada yang vote. Kalau ada apa2 nak komen atau beri pendapat , silakan. Jangan malu-malu. Saya terima dengan hati yang terbuka sepertimana Isha terima dugaan ini dengan redha. Eh? Tetiba pulak. Hahaha. K gais, nak tengok runningman dulu.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now