Bab 26

4K 159 12
                                    

"Riz! Cepatlah!!" Nadia menjerit sekuat hati.

"Kenapa? Nak pergi mana cepat-cepat ni..? Awal pulak kau datang kat rumah aku?" Soal Fariz bertalu-talu seakan tidak memahami sambil menenyeh matanya.

"Laa... semalam kau sendiri yang cakap, suruh aku pergi rumah kekasih hati pujaan kau tu?" Balas Nadia.

"Buat apa?" Fariz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sini kau."

Fariz Elman mendekati Nadia yang seakan mahu berbisik.

"Haa... ambik kau! Semalam aku yang kena ketuk, kau pula yang nyanyuk!" Perli Nadia setelah mengetuk kepala Fariz dengan tangannya.

"Uishh! Sakitlah! Kau datang awal-awal macam ni memang lah, aku tengah mamai lagi tadi...." Fariz menggosok kepalanya. Rambutnya yang tadi sudah kusut, makin berserabut pulak.

"Patutlah busuk semacam..." Nadia segera menutup hidungnya.

"Kau ni..." Fariz seakan mahu membalas perbuatan Nadia tadi, namun sepupunya itu terlebih dahulu berjaya menggelak.

"Tak payah nak berangan nak ketuk kepala aku dah. Pergilah mandi cepat, busuk sangat dah ni.... werkkkk...!!" Nadia berpura-pura mahu muntah dan segera meninggalkan Fariz yang wajahnya seperti hantu serabai. Ha ha ha.

"Siap kau!" Fariz menjerit ke arah Nadia. Namun Nadia hanya bergelak sakan mentertawakannya.

******

Setelah mereka bersarapan pagi tadi, mereka terus bertolak ke rumah Isha Damia. Tujuannya bukan hanya untuk meminta maaf sahaja tapi juga mahu bertanyakan khabar berita tentang kes penculikkan sepupu Isha itu. Sudah hampir empat hari, kehilangan Farah belum dapat dijejaki.

"Riz, betul ke jalan ni?"

"Betullah ni..."

"Kenapa aku rasa lain macam aje..."

"Macam ape nya?"

"Kau nak bawak aku pergi mana ni, Riz? Hah, kau nak buat benda-benda tak baik eh kat aku?!" Sergah Nadia.

"Apa yang kau merepek ni, Nad?"

"Kau jangan, Riz... aku sepak kau nanti kang...!"

Fariz menyekeh kepala Nadia yang agak masuk air itu sehingga terkena cermin kereta sisi. Walaupun tidak terlalu kuat, namun sakit tu masih dapat dirasa.

"Janganlah sekeh! Aku bergurau aje pun... tak sporting laa kau ni..." wajah Nadia masam mencuka. Dirinya berpeluk tubuh.

"Agaklah nak sporting pun. Kau tu bergurau tak pandai. Aku tengah drive kot..."

"Ya lah. Aku nak rasa aje, macam mana situasi kena culik tu..."

Fariz menggelengkan kepalanya. "Kau ni... orang lain tak nak tau kena culik, yang kau ni beria sangat... dah kenapa?"

"Ya lah, seronok apa. Bila kena culik kan, mesti ada hero yang tolong selamatkan. Auchhh... so sweet..."

Lagi sekali Fariz menyekeh kepala ting tong sepupunya itu. Tapi kali ini lebih kuat. Bukan dari tepi, tapi dari belakang menyebabkan Nadia terdorong ke hadapan. Mujurlah kepalanya tidak terhantuk.

"Sweet abah kau lah! Ingat drama ke apa? Dalam drama boleh lah. Ini realiti cik Nadia Nasuha. Kalau ada hero pun, abang polis lah, tu pun yang dah tua-tua." Meledak tawa Fariz Elman. Ha ha ha ha.

Nadia hanya mendiamkan diri setelah dirinya diketawakan oleh Fariz Elman. Hendak membalas tiada mood pula. Baru nak berangan, ada pula yang menyibuk. Sibuk aje si badang tua ni! Hi hi. Dalam diam Nadia mengelarkan, Fariz Elman spesis itu. Mana tidaknya, badan besar, otot berketul-ketul. Tak sesuai langsung jadi engineer. Kalau jadi atlet bina badan, ya sangat! Apa yang orang panggil sekarang ni? Sado? Hmm lantak!

******

Hampir satu jam perjalanan mereka menuju ke tempat yang dituju. Akhirnya selamat sampai. Alhamdulillah.

"Eh, Fariz. Nadia pun ada... jemputlah masuk. Dah sarapan ke ni?"

Seusai memberi salam, mereka berdua dijemput masuk ke dalam rumah.

"Dah aunty..." jawab mereka serentak seraya duduk diatas sofa setelah dipelawa.

"Aunty... Isha mana?" Soal Nadia sopan.

"Ada, kat dapur..."

"Saya nak jumpa dia kejap... ada hal." pamit Nadia segera berlalu ke arah dapur. Manakala Fariz hanya tersenyum nipis. Janggal pula rasanya bila datang ke sini, tak bawa buah tangan.

"Maaflah aunty, takde apa-apa nak bagi aunty hari ni..."

"Ishh! Tak apa lah. Aunty tak kisah pun." Balas puan Iza tersenyum manis.

Dari raut wajah puan Iza apabila tersenyum pun, sudah seiras Isha Damia. Hmm manis! He he.

******

"Isha... Nad minta maaf tau pasal hal semalam tu. Nad bergurau aje. Isha jangan ambik hati sangat eh..."

"Takpe. Fariz dah jelaskan pun. Isha okay..." kata Isha sambil tersenyum.

"Tahu tapi Nad tetap nak minta maaf jugak. Salah Nad, bergurau tak bertempat. Isha, maafkan Nad tak?"

Isha tersenyum lalu berkata "Ya, Isha dah maafkan..."

"Yeayy!" Nadia berasa lega apabila Isha sudi menerima kemaafannya. Segera dia memeluk Isha, erat. Isha juga membalas pelukkan itu. Terasa mereka berdua berkawan rapat pula.

"Ehem ehem... amboi seronok pula kau peluk kekasih aku tu ye..."

"Takkan dengan aku pun kau nak jealous. Agak-agaklah... aku perempuan, dia perempuan, tak salah pun kan..." pelukkan dileraikan.

"Jeles tetap jeles. Peduli apa aku, kalau kau perempuan pun. Manalah tahu, kau tu songsang..."

"Kau ni... melampau betul..." Nadia menarik muka. Mahu saja dia cili kan mulut Fariz yang agak celupar tu. Biar tahu rasa!

"Dah laa, jangan gaduh..."

"Tak, kami tak gaduh pun. Kami cuma bertekak aje... kan Nad?"

"Ha ah, kami memang dah selalu macam ni. Tak payah pelik lah." Nadia memerli. "Jom lah, Isha. Biarkan Fariz, sorang-sorang. Sibuk aje. Mengacau tak habis!" Sambung Nadia lagi.

******

"Aku lepaskan kau ni bukan sebab kau dah bebas tau tapi sebab aku nak kau jalankan misi ni dengan sempurna. Faham tak!"

"Ye, aku faham! Buka lah tali ni cepat , sakit dah kaki dan tangan aku ni..."

"Kejap lagi orang aku buka kan. Dan satu lagi, jangan bersuara sepatah pun pada polis. Kalau perlu cakap aje kau trauma dan tak nak diganggu. Faham?" Arah lelaki itu. Wajah bengisnya ditunjukkan.

"Ya, ya... aku fahamlah!"

"Good girl"

Permainan sudah bermula. Ha ha ha ha.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now