Bab 32

3.6K 162 17
                                    

Kelihatan Puan Sharifah sibuk meneliti pokok-pokok bunganya. Beginilah pada setiap petang, dia mesti akan ke laman rumah untuk memotong atau menyiram bunga-bunganya. Hanya waktu itu sahaja dia mempunyai masa lapang, kerana pada sebelah pagi dia akan ke butik. Walaupun mempunyai pekerja, itu bukan penghalang untuk dia tidak ke butik. Dia tidak mahu membebankan pekerjanya dengan kerja yang terlalu banyak. Pangkat bos tak semestinya goyang kaki sahaja.

"Mama... buat apa tu? Sini kejap... Riz ada hal sikit nak cakap ni..." Fariz memanggil mamanya.

"Mandikan kapal terbang ni haa... tak nampak ke? Puan Sharifah bergurau.

Tergelak Fariz Elman. Sejak bila lah mama pandai buat lawak ni. Bisik hatinya.

"Penting sangat ke hal tu, Riz?" Sambung Puan Sharifah setelah menutup paip air. Dia berjalan mendekati Fariz yang duduk dibawah pondok kecil berdekatan dengan kolam ikan.

"Ha'ah... penting sangat ni! Meh duk sini meh..." ajak Fariz sambil menepuk-nepuk tempat duduk disebelahnya.

"Apa dia...?" Soal Puan Sharifah setelah mengambil tempat disebelah anaknya itu.

"Bila mama nak masuk meminang Isha?" Fariz memandang anak mata mamanya.

"Tapi Isha kan, dah tak sukakan Fariz sebab hal tuuuuu...." sengaja dipanjangkan sedikit.

"Siapa kata? Kita berdua dah berbaik tau... nasib baik Nadia tolong. Kalau tak... tak tahulah..." terang Fariz. Lupa pula dia hendak memberitahu mamanya tentang hubungannya dengan Isha sudah semakin baik, bertambah rapat pulak tu. Ekekeke!

"Ohh yeke? Alhamdulillah... hilang dah risau mama. Bukan apa, mama berkenan sangat dengan Isha tu. Dah laa sopan... lepas tu..."

"Lepas tu cantik, baik, manja... bila dia senyum kan maa... comel sangat!! Riz suka..." Telinga Fariz ditarik. "Aduh! Sakitlah ma..."

"Lain kali orang tua bercakap, jangan menyampuk..."

"Hmm... yalah yalah..." Fariz memuncungkan bibirnya.

"Papa dah tahu?"

"Belum. Mama aje lah yang beritahu papa eh... malu lah..." kata Fariz sambil tersenyum kambing.

"Eh eh eh... bila masa pulak anak jantan mama pandai nak malu ni? Biasanya tak tahu malu..." Puan Sharifah memerli.

"Mama ni... janganlah perli Riz..." Fariz melentokkan kepalanya di atas bahu Puan Sharifah. Entah bila lah dia dapat bermanja macam ni lagi.

******

"Aten tak sangka... akhirnya, kak Isha dah bertunang walaupun buat last minute... takde pelamin, takde make up, takde hantaran... tapi tetap meriah kan." Kata Fatin dengan teruja.

"Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar. Takpelah takde semua tu... asalkan ada cincin ni. Tanda akak dah jadi tunang orang. Kan?"

Fatin mengiyakan kata-kata kakak sepupunya itu. Walaupun hanya sebentuk cincin itu sudah cukup memadai. Bertunang aje, bukannya berkahwin. Pertunangan ini pun buat se simple yang mungkin. Si teruna hanya dibenarkan masuk setelah cincin disarungkan ke jari manis si dara. Tetamu yang hadir hanyalah saudara mara dan jiran terdekat sahaja. Hidangan untuk tetamu pula, dibuat secara bergotong-royong. Bukan setakat meriah, malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim pula tu.

"Oh ya... tarikh nikah dah ditetapkan?" Tanya Fatin lagi.

"Dah. In sha Allah tiga bulan lagi..." Isha tersenyum sambil membelek cincin dijari manisnya.

Fatin turut tersenyum melihat gelagat kakak sepupunya itu. "Amboi, orang tu... macam dah tak sabar aje?"

"Ish... mana ada lah!" Isha menafikan. "Aten... jom makan, akak laparlah..." sambungnya lagi bagi menukar topik. Kalau tidak makin galak lah si Fatin ni mengenakannya.

"Eh, lapar lagi? Haa okey jom.." Mujurlah kakak sepupunya mengajak dia makan sekali. Kebetulan perutnya memang lapar kerana tadi dia hanya makan sedikit sahaja. Alah! Saja control ayu. Tetamu semua dah pulang, hilanglah ayunya.

******

"Hoi! Kenapa kau biarkan mereka bertunang hah?! Kau kata nak musnahkan hidup dia tapi aku tengok makin bahagia ada lah!" Tengking Farah dengan kasar.

"Kau bersabar sikit boleh tak? Aku saja nak bagi dia rasa bahagia sekejap. Sekejap aje! Tak lama pun...!"

"Sampai bila?" Nafas Farah turun naik. Dia menahan kemarahan sepenuhnya sejak dari semalam. Baru hari ini dia dapat melepaskan semua amarahnya.

"Kau relaks... dorang bertunang je. Bukannya berkahwin pun... apa lah yang kau nak kecoh sangat. Tak lama lagi misi kita akan selesai dan kita menang!" Kata Izzul dengan yakin.

"Kau senang lah cakap! Mata aku ni... mata aku ni.. sakit tau bila tengok dia senyum. Konon gembira sangat dengan si Fariz tu!! Patutnya aku yang jadi tunang Fariz!! Bukan Isha!!"

"Tamak betul kau ni kan? Dulu aku, sekarang kau nakkan si Fariz tu!! Eh, apehal semua minat kat dia? Apa yang istimewa sangat!"

"Fariz tu baik! Bukannya macam kau! Memang tak lah aku nak suka kat kau lagi, kalau aku dah tahu perangai sebenar kau tuh!!"

"Hoi perempuan! Sedar diri boleh tak? Macam kau tu baik sangat! Aku jadi macam ni pun sebab kau tau. Kalau kau tak perangkap aku dulu, mungkin sekarang aku dah bahagia dengan Isha. Dan Fariz takkan wujud dalam cerita ni!! Jadi jangan nak berlagak diri kau tu suci. Aku lagi tak hingin dengan kau. Perangai pun dah mengalahkan bapak setan!!"

"Jaga sikit mulut kau tu!!"

"Kau tu yang patut jaga mulut kau!! Aku dah lama bersabar dengan perangai kau ni!! Kalau ikutkan hati aku, nak aje aku bunuh kau dulu!!"

"Bunuhlah kalau berani! Haa bunuh... bunuh...!"

"Kau jangan sesekali nak cabar aku!!" Memang benar, kesabaran Izzul sudah sampai kemuncaknya membuatkan dirinya rasa benar-benar tercabar!

"Ya, aku cabar kau!!"

Izzul hilang pertimbangan lalu dicapainya pisau lipat yang berada didalam poketnya. Di hulurkan ke arah Farah. Wajah Farah mula bertukar pucat. Izzul benar-benar sudah gila! Farah tidak mahu mati selagi matlamat mahu hancurkan hidup Isha belum tercapai. Izzul berfikir sejenak dan mengucap panjang. Hampir sahaja dia mahu menikam Farah, mujurlah Farah sempat mengelak. Kalau tidak pisau itu pasti akan terbenam di dalam tubuhnya.

"Lain kali kau jangan cabar aku lagi!" Izzul meninggalkan Farah sendirian. Farah pula masih dalam ketakutan. Dirinya hampir sahaja berdepan dengan maut. Jangan kerana mulut, badan pula binasa. Kali ini dia harus lebih berhati-hati apabila harus berhadapan dengan lelaki psiko itu.

******

Amacam best tak? Kalau best kita nak sambung lagi hehe. Lambatnya Isha kahwin kan? Takpe , masih awal lagi. Kita tengok permainan jahat si setan tu okey. Thanks readers :) muah ciked :*

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now