Bab 2

7.5K 257 1
                                    

"Riz, jom keluar lunch? Aku dah lapar ni... kau tak rasa lapar ke?" soal Izzul sambil mengusap perutnya yang meminta-minta untuk di isi. Lagi pun pagi tadi, dia tak sempat nak breakfast sebab nak kejar masa. Tak nak terlambat. Reputasi kerja haruslah dijaga!

"Kejap. Aku nak siapkan lagi sikit kerja ni. Ada yang aku kena perbetulkan..." Fariz mengeluh perlahan. Hesy! Nasib lah dapat bos yang cerewet.

Izzul mengambil tempat duduk di hadapan Fariz. Dia menyilangkan kakinya sambil mengetuk-getuk meja dengan jari jemarinya. Dia hanya merenung wajah sahabatnya itu.

Kelihatan Fariz Elman begitu tekun memperbetulkan kembali kertas kerja yang diamanahkan olehnya. Dia tak mahu membuat kesilapan yang sama lagi. Penat tau dengar bosnya berleter!

Beberapa minit kemudian...

"Lama lagi ke, Riz...?"

"Okey, siap!" Fariz tersenyum riang. "Dah, jom kita lunch. Nanti kertas ni aku hantar kat bos lepas lunch..." sambungnya lagi.

Izzul hanya mengikut Fariz dari belakang. Mereka berdua bercadang mahu lunch di restoran milik ayah Fariz Elman sahaja. Lagi pun dekat. Nak kejar masa lagi.

******

Mereka memilih tempat duduk di luar sahaja. Di sebabkan di dalam restoran sudah mula di penuhi orang ramai. Fariz memberi isyarat kepada salah satu pelayan untuk membuat pesanan.

"Ya, nak order apa?" soal pelayan itu ramah sambil menghadiahkan senyuman manis.

Selesai membuat pesanan, pelayan itu meminta izin untuk pergi menyediakan pesanan mereka.

Lima belas minit kemudian, hidangan pesanan mereka sudah siap dan sampai yang baru sahaja dihantarkan oleh pelayan yang berlainan sebentar tadi.

Usai membaca doa makan, mereka terus menikmati makanan tengahari yang tinggal beberapa minit sahaja lagi. Fariz Elman menikmati makanan kegemarannya iaitu Nasi Ayam Bakar dan juga memesan minuman Jus Epal. Manakala Izzul pula memesan Nasi Berlauk dan Teh O'Ais.

"Isha!" jerit salah satu pekerja di restoran itu.

Tiba-tiba teh o'ais yang baru hendak ditelannya tersembur mengenai muka Fariz Elman.

"Kau ni dah kenapa Izz?!" Kedengaran suara Fariz agak kuat sehingga dirinya menjadi tumpuan orang yang berdekatan mereka. Fariz mengelap wajahnya dengan tisu yang sudah disediakan. Hesy! Hilang ketampanan aku. Hu hu hu.

"A...aku... aku..." tergagap-gagap Izzul menjawab. Matanya memerhati ke arah dalam restoran, mencari si pemilik nama yang baru di dengarnya tadi. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Mungkin orang lain kot. Bukan dia seorang aje yang nama seperti itu. Desis Izzul dalam hati.

"A..aku.. aku apa?" Fariz Elman terikut gagap sama atau lebih kepada mengejek sahabatnya yang tiba-tiba menjadi gagap. "Kau tengok apa?" soal Fariz, binggung.

"Kau dengar tak tadi?" soalan dibalas dengan soalan.

Fariz Elman menjadi semakin binggung. Dah kenapa kawan aku ni? Omel Fariz dalam hati.

"Dengar apa? Aku dengar bunyi bising je lah." jawab Fariz polos.

Izzul menggelengkan kepalanya. "Bukan, tadi aku terdengar ada orang panggil nama...."

Belum sempat Izzul menghabiskan kata-katanya, Fariz sudah mula memotong. "Arghh... jangan merepek lah kau. Dah lah, kita dah lambat ni. Kang berleter pulak si bos tu..." omel Fariz sambil merenung jam miliknya. Dah hampir pukul 2 petang. Dia belum solat zohor lagi.

Usai mereka solat zohor tadi, masing-masing terus menuju ke bilik. Mujurlah di office tempat mereka bekerja ada disediakan khas ruang untuk solat.

******

Seperti biasa, selepas pulang dari kerja Isha akan singgah di taman reakreasi yang berdekatan dengan rumahnya. Dia selalu menenangkan dirinya di sini, mencari ketenangan selepas seharian penat bekerja. Ibunya tidak perlu risau akan dirinya kerana dia telah memaklumkannya terlebih awal.

Setiap kali dia sampai ke sini, pasti air matanya mengalir laju, membasahi pipinya. Itu sahaja cara yang mampu dia lakukan untuk meluahkan rasa dihati yang kian lama terpendam. Baginya tiada seorang pun yang memahami tentang dirinya. Meski pun diluahkan tetap saja serupa, tidak dapat mengubah apa-apa.

"Abah...." Dia rindu untuk memanggil dengan panggilan tersebut. Air matanya semakin laju mengalir umpama air sungai yang berarus deras.

"Kenapa tinggalkan Isha....?" teresak-esak suara Isha. Air mata yang mengalir dikesat dengan menggunakan jarinya. Dia tidak kisah kalau sesiapa yang sekarang berada di taman ini melihat dia menangis. Dia tidak pedulikan semua itu. Hatinya yang harus dia pulihkan sendiri setelah di lukakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan juga penyebab ayahnya meninggal. Aku takkan maafkan kau! Tak kan!

Setelah hampir setengah jam dia meluahkan perasaan seorang diri. Dia berkira-kira mahu pulang, namun ketika dia hendak bangun dan melangkah, sekali lagi dia terlanggar seseorang. Apa punya malang lah dia hari ini, dah dua kali terlanggar orang. Aku yang langgar, aku jugak yang jatuh! Hu hu hu.

Sakit jatuh pagi tadi tak hilang lagi, ini tambah kali kedua. Macam nak tempah masud wad je! Aku jatuh ni, tak reti-reti nak tolong ke? Omel Isha dalam hati.

Dia cuba untuk bangkit sendiri, mujurlah dia dapat mengawal dirinya untuk bangun tanpa pertolongan dari manusia dihadapannya ini. Dah jadi batu tunggul ke apa dia ni?

Isha memandang wajah orang yang berada di hadapannya. Mata Isha membulat. Takkan dia lagi!

"A... awak... okey tak ni?" soal lelaki itu.

Ada ke patut tanya aku okay ke tak? Bukannya nak tolong pun! Gerutu Isha dalam hati.

"Tak, tak okey!" Isha meninggikan suara sedikit. Lantak lah kalau dia dengar pun. Tak dengar tu maknanya dia pekak atau buta sebab tak pandai nak menilai orang sakit atau tak.

"Errr.... marah ke?"

Isha menjelingkan matanya. "Tak lah."

Amboi, main mata-mata pulak. Hu hu hu. Jangan lah kau goda aku petang-petang macam ni.

Fariz tersenyum melihat gelagat gadis yang berada dihadapannya itu. Entah apa lah mulutnya terkumat kamit dari tadi.

"Apa yang awak nak cakapkan tu? Dari tadi mulut awak macam nak cakapkan sesuatu je?" soal Fariz sambil tersenyum nipis.

"Takde pape lah... saya pergi dulu..." terus Isha itu meninggalkan lelaki itu seperti pagi tadi.

"Tunggu!" laju langkah kakinya mengejar gadis itu.

Langkah gadis itu mati. Tapi tidak ada tanda-tanda untuk dia menoleh. Isha merasakan tidak sedap hati. Pasti dia ada niat yang tak baik ni. Isha meneruskan langkah kakinya tapi kali ini lebih laju.

Dia tidak mahu berpaling ke belakang, takut kalau-kalau lelaki itu semakin menghampirinya. Deruan bunyi tapak kasut lelaki itu masih lagi kedengaran.

Isha berpaling. Matanya membulat lagi. Lelaki tu semakin hampir! Ya Allah, selamatkanlah aku.

Tiba-tiba dia terasa tangannya di pegang oleh seseorang. Dia berpaling.

"Lepaskan tangan aku lah! Kau nak apa hah?!" jerit Isha separuh merayu.

"Sa..."

Aduh! Kuatnya perempuan ni. Sakit kaki aku. Hu hu hu.

Padan muka! Isha meninggalkan lelaki itu tanpa rasa bersalah. Lelaki itu tidak lagi mengejarnya. Mungkin kakinya terlalu sakit.

Jangan kau ingat aku ni perempuan, kau boleh buat apa sahaja. Aku bukan lemah. Isha tersenyum sinis.

Tanpa Isha sedari, dia sudah mencuri sesuatu dari lelaki tadi.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now