Bab 40

2.6K 81 4
                                    

Sudah genap tiga minggu arwah Izzul Daniel selamat bersemadi dengan tenang. Meskipun pembunuh sebenar belum berjaya diberkas, siasatan masih berjalan seperti biasa. Walau ia mengambil masa bertahun pun, Fariz tetap mahu berkeras, dan mahu menuntut bela diatas kematian sahabat baiknya itu. Baginya pembunuh itu sangat kejam dan harus meringkup didalam penjara ataupun dikenakan hukuman gantung sampai mati. Namun siapalah dia untuk, mensabitkan kesalahan hukuman ke atas pembunuh itu. Tetapi dia berjanji akan cari sampai ke lubang cacing sekalipun.

******

"Abang, petang nanti sayang nak pergi rumah ibu tau. Sayang drive sendiri eh...?"

"Sayang... biarlah abang hantar. Abang risau lah..."

"Laa kenapa nak risau pulak?"

"Sayang... sayang tahu kan, pembunuh Izzul masih bebas lagi. Abang risau, biar abang hantar ye?"

"Hmm, yelah. Sayang nak siap jap. Lima minit tau hiks!"

"Hahaha, yelah tu lima minit. Paling tak pun, lima puluh lima minit...." Fariz tergelak halus.

******

"Okay, dah siap!!"

"Sayang abang ni, cantik sungguh. Tak payah pergi rumah ibu laa, duduk rumah je teman abang eh... Hehehe..." Kata Fariz sambil tersenyum nakal.

"Buat penat je lah siap cantik-cantik, kalau duk umah je..." balas Isha yang masih belum faham maksud sebenar kata suaminya itu.

Fariz bangun dari tempat duduk dan berdiri betul-betul dihadapan isterinya. Dia memegang kemas kedua-dua belah bahu Isha dan merapatkan sedikit jarak antara mereka.

"Sayang..."

Isha tunduk menahan malu. "Abang ni, cepatlah hantar..."

"Sayang, pandang muka abang ni. Dah ada suami handsome takkan tak nak pandang. Nak malu apa?"

"Abang nak apa?" Isha memberanikan diri memandang suaminya.

"Abang nak sayang..." kata Fariz dengan nada menggoda.

Membulat mata Isha, dah buat dah suami aku ni. Masa macam ni lah dia buat mengada dia. Fariz tersenyum melihat respon isterinya, makin lama senyumannya makin lebar dan seterusnya bertukar menjadi gelak ketawa.

"Abang gurau je lah sayang... Hahahahaha."

"Abaaangggg...." terus saja Isha mencubit suaminya.

"Sayang ni, tak habis-habis dengan sifat menggelabah tu..."

"Abang tu, suka sangat usik macam tu..."

"Sayang ni comel lah..."

"Dah laa, jom."

"Sayang..." terus saja dia mengucup dahi isterinya. Agak lama. "Ingat tau, abang sayang sangat kat isteri abang ni... Sayang sangat..."

Isha hanya tersenyum. Didalam hati terdetik, kenapa? Dia mula sudah berasa tidak sedap hati.

******

Okay, sampai sini dulu lah sis update ye. Sorry sebab lambat. Thanks kepada readers yang masih setia 😙😗

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now