Bab 3

6.8K 243 4
                                    

Izzul segera ke tempat yang diberitahu oleh Fariz sebentar tadi. Entah apa pulak mamat ni suruh aku ambik dia? Heh! Ngomel Izzul dalam hati.

"Kenapa dengan kau ni?" soal Izzul setelah sampai ditempat yang di tuju, lantas duduk bersebelahan dengan Fariz yang masih memicit-micit kakinya. Kejap! Tempat ni macam... aku kenal.

"Kaki aku ni, hah. Sakit!" ingatannya kembali pada gadis tadi. Kuat gila dia pijak kaki aku. Ni betul-betul marah ke apa? Hu hu.

Diam.

Fariz memandang ke arah Izzul yang tiba-tiba termenung. Pulak dah! Aku yang sakit, dia boleh buat tak tahu. Aku cakap dengan tunggul kayu ke? Lantas Fariz menepuk kedua-dua belah tangannya dihadapan muka sahabatnya, Izzul.

Izzul tersentak! Segera dia tersedar dari lamunan. "Kut ya pun, tak payah lah buat macam tu! Aku belum buta lagi lah..." omel Izzul seraya menjuihkan mulutnya.

"Ha ha ha! Ye ke?" meledak tawa Fariz.

Eh, dia ni. Aku cepuk jugak kang! Matanya tajam memandang ke arah Fariz yang sedang galak ketawakannya. "Kau buat apa kat sini, Riz?" soal Izzul sedikit curiga.

"Aku... errr saja ambik angin..." Fariz tersenyum meleret.

"Ye ke?" soal Izzul lagi yang masih belum berpuas hati dengan jawapan Fariz.

"Yelah! Kau ni.. banyak tanya pulak. Bukan nak tolong aku pun..." jawab Fariz dengan mimik mukanya yang seakan-akan merajuk.

Izzul mencebik. Eleh, dah tua pun nak merajuk lagi. Tak sedar diri betul. Geli aku! "Kaki kau tu, kenapa? Tersepak batu ke? Sampai lebam macam tu? Boleh jalan tak ni? Nak drive macam mana lah, kalau kaki dah lebam... dah jom aku hantar gi klinik. Kang bengkak pulak kaki tu..." soal Izzul bertalu-talu.

"Macam mak nenek lah kau ni, Izz. Tanya lah satu-satu..."

Huh! Baru sakit sikit dah banyak songeh. Mengada-ngada! "Okey, okey... cepat cerita kat aku apa yang jadi sebenarnya?" soal Izzul lagi.

Fariz asyik bercerita tentang hal tadi, Izzul hanya menjawab dengan anggukan kepalanya sahaja. Sebenarnya, dia bukanlah dengar sangat pun apa yang Fariz Elman ceritakan. Fikirannya masih lagi melayang kisah yang pernah terjadi di tempat ini. Di taman inilah dia pernah jatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis sejak 9 tahun yang lalu. Seingatnya, gadis itu masih lagi bergelar sebagai 'budak sekolah' namun tak menghalang dirinya untuk mencintai gadis itu. Dan di situ jugak lah, kali terakhir dia berjumpa dengan gadis itu sebelum beberapa hari perkahwinan mereka, namun disebabkan kesalahan yang tak pernah di buat, menghancurkan hati seorang gadis yang amat dicintainya. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan gadis yang bernama Isha Damia, lalu dia membawa keputusan untuk pergi membawa diri. Walaupun gadis itu berkeras mahu penjelasan darinya. Biarlah dia nak anggap aku apa pun sebab aku tak layak jadi pendamping hidup dia. Namun hakikatnya sekarang dia sangat merindui gadis itu. Hu hu. Duhai hati bersabarlah.

"Hoi, amboi... syok berangan! Aku berbuih mulut cerita itu ini, kau boleh pulak pergi ke bulan... dah sampai kat bulan ke belum? Atau dah terlajak sampai ke planet marikh?" Fariz mendengus kuat. Huh!

Izzul Daniel meraup mukanya dengan tangan. Kenapalah rasa tu muncul lagi? Aduhai jiwa kacau betul! Izzul langsung tidak menjawab, malah terus memimpin sahabatnya itu perlahan-lahan. Fariz hanya mengikut sahaja. Kalau di layankan mamat mulut becok ni, sampai esok pun tak habis!

******

"Riz... kenapa kaki tu sampai berbalut?" soal Puan Sharifah dengan nada risau. "Izz...?" kali ni Puan Sharifah memandang ke arah Izzul, meminta penjelasan. Namun anak muda itu, diam membatu seolah-olah tak tahu apa-apa.

Alahai... dah lah tadi kena berleter dengan Izzul, balik rumah kena menghadap polis tak bertauliah pulak. Lepas ni apa lagi lah? Omel Fariz dalam hati.

"Heee... takde pape lah mama... sikit je ni..." jawab Fariz sambil tersengih yang tidak mahu mamanya terlalu risau.

"Sikit apa kalau dah berbalut macam tu... jangan tipu mama, Riz..." Puan Sharifah sudah bagi amaran.

"Aip aip chief..." Fariz buat tabik hormat.
Sambungnya lagi "Ye... maa. Riz cuma terjatuh tangga kat ofis aje. Betul tak, Izz?" Fariz mengerling ke arah Izzul yang masih lagi berdiri di sebelahnya.

"Errr... betul tu aunty... lagi pun saya dah bawak Riz jumpa doktor dah. Doktor cakap dia terseliuh sikit aje..." jawab Izzul separuh berbohong, separuh jujur. Ish! Tak pasal-pasal aku terlibat sama.

Puan Sharifah hanya mengangguk. "Okey lah kalau macam tu, lain kali hati-hati. Izz tolong pimpin Riz naik atas ye? Aunty nak tolong tak larat pulak... dah besar kan." perli Puan Sharifah. Izzul hanya tersenyum. Tapi dalam hati ha ha ha!

Fariz hanya mencebik. Sampai hati mama perli Riz. Hu hu.

******

Pintu di ketuk perlahan. Kedengaran suara Puan Iza dari luar.

"Isha... boleh ibu masuk kejap?"

"Errr... masuklah bu..." laung Isha dari dalam bilik.

Pintu dikuak. Ya Allah!

"Astagfirullahalazim.... Isha! Kenapa bersepah-sepah ni?" soal Puan Iza yang separuh menjerit akibat terkejut.

"Isha... ermm... Isha tengah cari barang Isha..." wajah Isha sedikit menunduk. Entah kenapa dia jadi takut untuk memandang wajah ibunya saat ini. Dulu dia bukanlah jenis yang cepat terasa, namun sekarang kena marah sikit, dah nak menangis. Hu hu.

Puan Iza sedikit tersentak dengan kelakuannya sendiri. Tidak sepatutnya dia meninggikan suara kepada anaknya. Kerana hanya dia sahaja yang Isha Damia ada untuk kembalikan semula semangat anaknya yang telah hilang beberapa tahun lalu. "Cari barang apa, sayang?" soal Puan Iza, lembut.

Perlahan-lahan Isha mengangkat mukanya memandang ibunya. "Gelang tangan Isha, hilang..." jawab Isha yang seakan-akan mahu menangis.

Patutlah anaknya mencari bagai nak rak. Rupanya gelang yang pernah dihadiahkan oleh arwah suaminya untuk Isha, hilang. Dia tahu, hanya itu satu-satunya kenangan yang Isha ada. Gambar suaminya entah hilang ke mana sejak kematian suaminya dulu. Dia sendiri pelik, macam mana gambar arwah boleh hilang?

"Dah cari kat semua tempat?"

Isha hanya mengangguk. Isha mengesat air matanya yang sudah mulai menitis.

Puan Iza sebak melihat keadaan anaknya itu. Lantas dia memeluk erat anaknya dengan penuh kasih sayang sambil menenangkan Isha. Dia mengusap perlahan belakang badan anaknya. "Sabarlah, nanti Isha dapat jumpa balik gelang tu. Tak jauh pun. Dekat-dekat ni aje..." pujuk Puan Iza.

Pelukan dileraikan. "Dah lah, jangan menangis lagi... tak cantik dah anak ibu ni..." Puan Iza mengesat air mata anaknya dengan menggunakan ibu jari. Dia cuba tersenyum, namun air matanya juga menitis. Mungkin tidak mampu menahan rasa sebak lagi.

Isha juga tersenyum nipis, lantas ibu jarinya mengelap air mata ibunya yang sudah membasahi pipi wanita yang berada dihadapannya yang amat dicintai dan disayangi. Maafkan Isha, ibu. Isha tak mampu jaga satu-satunya harta yang Isha ada dengan baik. Rintih Isha dalam hati.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now