Bab 12

4.4K 189 0
                                    

Kenapa makin hari makin sesak hidupnya? Masalah yang ini belum selesai, timbul pula masalah yang lain. Tak pasal-pasal aku kena kahwin dua lelaki dalam satu masa. Ini kerja gila tau?!

Jikalau aku tolak permintaan Fariz Elman tu, nanti dia akan saman aku. Ibu pula suruh aku kahwin dengan Izzul Daniel? Kenapa muncul hal kahwin ini pada waktu yang sama?

"KENAPAAAAAA!!!" jerit Isha Damia.

Arghhh! Stress, stress. Isha menekup mukanya dengan bantal. Tidak tahu membuat keputusan apa lagi. Dia menangis semahunya. Hanya air mata saja yang setia menemani dirinya.

******

Fariz Elman bersiul-siul keriangan sehingga menarik perhatian rakan sepejabatnya.

"Cewahhh, siap bersiul-siul lagi tu. Ada apa ni, Riz?" Tegur salah satu officemate nya.

"Ehem, ehem... beri perhatian semua..." laung Fariz.

Semua mata-mata memandang ke arah Fariz Elman. Seolah-olah pelajar sedang memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Ha ha!

"Riz, kau dah naik pangkat ke?" Soal Rafi, kerani di pejabat itu.

"Shhhh...." arah Fariz sambil membuat isyarat tangan. Sambungnya lagi "Di sini saya ingin mengumumkan bahawa.... saya... ehem ehem... akan berkahwin tak lama lagi. Sila berikan tepukan yang gemuruh..." Fariz Elman membuat lagak yang begitu bergaya.

Clap! Clap! Clap!

Satu tepukan gemuruh buat Fariz Elman. Ha ha ha!

******

"Riz! Aku dengar kau nak kahwin? Betul ke?" Soal Izzul, terkejut.

"Ya..." Fariz tersenyum manis.

"Dengan siapa? Bila masa kau ada girlfriend?"

"Kau nak tahu nama dia?"

Izzul Daniel mengangguk laju.

"Ermm... nama dia M.I.A... Mia.."

"Mia? Kat mana kau kenal dia?"

"Ada lah... nanti aku kenalkan dia pada kau..."

"Cantik tak? Heee..."

"Of course..." Fariz mendepakan tangannya.

******

Isha Damia memandang wajah wanita yang hampir dimamah usia itu dengan penuh kasih sayang. Patutkah dia menerima rancangan ibunya itu? Tapi bagaimana ibunya boleh berjumpa dengan Daniel?

"Ibu... Isha nak tanya boleh?" sapa Isha.

"Boleh, tanyalah."

"Macam mana ibu boleh berjumpa dengan Daniel?" Benci betul bila kena sebut nama lelaki itu.

"Hmm... Isha ingat tak masa awal pagi lagi ibu dah takde kat rumah tu..?"

"Ingat." Isha mengangguk.

"Masa tu lah ibu berjumpa dengan Daniel. Ibu nampak kereta dia ada kat depan rumah kita. Ibu ingatkan siapa. Lepas tu dia ajak ibu keluar sekejap. Haa... Fatin pun ada masa tu..." terang Puan Iza.

Haish! Dia ni sesuka hati saja nak membabitkan ibu dan Fatin dalam hal ni.

"Jadi masa tu jugak dia minta restu dari ibu untuk berkahwin dengan Isha..." terang Puan Iza lagi.

"Lepas tu?"

"Ibu setujulah, sayang. Lagi pun ibu kenal dia."

"Ibu percayakan dia? Ibu lupa apa yang pernah dia buat dulu? Dia dah jatuhkan maruah keluarga kita buu. Dia jugak dah buat abah kena serangan jantung. Abah meninggal sebab dia bu, sebab dia!! Dan Isha takkan kahwin dengan lelaki macam tu!" Isha terus berlari anak menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurnya. Air matanya kini menitis lagi.

"Astagfirullahalazim... Isha..." Puan Iza mengucap panjang. Dia mengurut dadanya yang kian terasa sesak. Puan Iza cuba untuk bangkit, tiba-tiba matanya gelap. Dia rebah jatuh dan tidak sedarkan diri.

******

Isha merasa bersalah kerana menengking ibunya tadi. Dia patut meminta kemaafan dari ibunya.

Perlahan dia menuruni anak tangga, mencari kelibat ibunya. "Ibu... ibu..." Matanya memandang sekujur tubuh terbaring lemah.

"Ibu!!" Jerit Isha sekuat hati. "Ibu... bangun! Isha minta maaf... Isha janji Isha akan turuti semua permintaan ibu. Ibu... bangunlah... jangan tinggalkan Isha. Isha takde sesiapa dah! Ibu...."

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dengan keadaan tangannya terketar-ketar, dia menjawab panggilan itu. Semoga hamba Allah ini sudi membantunya.

"Lelaki Gila..." tutur Isha sebaik melihat nama lelaki yang dia letakkan itu di skrin telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum." Fariz memberi salam.

"Awak... awak tolong saya... tolong saya..." suara Isha kedengaran teresak-esak.

"Kenapa ni?" Fariz menjadi risau apabila mendengar suara gadis itu yang seakan-akan dalam ketakutan.

"Ibu... ibu saya... dia pengsan!"

"Okey, okey. Awak bertenang ya. Beritahu saya awak tinggal kat mana? Saya datang sekarang..." terus kunci keretanya dicapai. Fariz meletakkan panggilan itu sebaik sahaja Mia memberitahu alamat rumahnya.

******

Sebaik sahaja kereta memasuki perkarangan hospital , Fariz Elman memberhentikan keretanya di depan wad kecemasan. Dia meminta bantuan dari pihak hospital, untuk membawa ibu gadis itu ke tempat rawatan. Manakala Isha Damia pula hanya mampu menangis. Dia kesal dengan tindakannya yang menengking ibunya tadi. Tidak sepatutnya dia berkelakuan sebegitu. Ibu tak salah! Yang salahnya kau, Izzul Daniel. Aku benci kau!!

Fariz cuba menenangkan gadis itu dari terus menangis. "Dah lah Mia, jangan nangis... awak sepatutnya berdoa tau demi keselamatan ibu awak tu..."

"Saya rasa bersalah sangat..."

"Hmm... kenapa ibu awak boleh jadi macam tu?"

"Saya... saya tertengking ibu.... saya tak sengaja." ucap Isha, kesal.

Fariz Elman mengelengkan kepalanya. Pasti ada sebab kenapa gadis ini bersikap demikian.

"Ini semua sebab dia...!"

"Siapa?"

"Izzul Daniel!"

"Hah!" Fariz Elman kehilangan kata-kata sebaik mendengar nama yang gadis ini sebut sebentar tadi. Apa kaitan gadis ini dengan sahabatnya itu? Ini tidak boleh dibiarkan! Aku kena minta penjelasan dari mulut Izzul Daniel.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now