Bab 34

3.7K 152 8
                                    

Pejam celik pejam celik, sudah hampir tiba hari yang selama ini mereka nantikan iaitu majlis perkahwinan diantara Isha Damia dan juga Fariz Elman. Persiapan yang dilakukan cukup ringkas disebabkan masa yang begitu singkat namun tetap cantik dan meriah apabila dipandang. Segala barang hantaran telah digubah oleh Isha sendiri dengan bantuan ibu serta saudara maranya. Meskipun majlis agak ringkas, mereka tetap mengenakan tema warna agar nampak sedondon. Pada sebelah pihak perempuan, diwajibkan memakai warna merah jambu dan sebelah lelaki pula diwajibkan memakai warna ungu. Hiasan pelamin telah didekorasikan dan diserahkan kepada rakan baik Nadia, iaitu Siti yang juga pemilik butik pengantin.

"Amboi, cantiknya akak hari ni. Maklumlah dah jadi puteri sehari..." puji Fatin seraya duduk disebelah Isha.

Isha sekadar membalas senyuman. Dirinya masih lagi sedang didandan oleh juruandam.

"Tie, kau make up elok-elok sikit sepupu aku tu tau. Bagi cantik-cantik! Kalau tak cantik, aku tak nak bayar upah kau!!" Ugut Nadia.

Ha ha ha ha. Isha cuba menahan gelak. Belum apa-apa lagi dah jadi sepupu Nadia. Boleh tahan lawak juga Nadia Nasuha ni.

"Ye, aku tahu lah. Jahat betul kau ni, main ugut-ugut pulak. Isha ni relaks je... kau jangan nak kecoh sangat. Isha tak make up pun dah lawa, kalau aku touch up sikit ni, konpem lawa gila! Silap hari bulan, tok kadi pun jatuh hati tau dengan Isha ni..." kata Siti panjang lebar sambil tangannya sibuk menconteng wajah Isha.

Isha hanya perhatikan saja gelagat dua sahabat ni. Manakala Fatin sudah mula sibuk melayan tetamu datang.

"Tahu takpe! Dah, cepat sikit... ada masa sejam lagi ni sebelum pengantin lelaki sampai." Pesan Nadia.

"Ye. Tapi jap, bukan kau sebelah pengantin lelaki ke? Apasal kau boleh ada kat sini?" Soal Siti kehairanan.

"Eh suka hati kita lah. Lagipun aku dah bagitau kat Riz, nak datang sini dulu... nak nasihatkan kau suruh dandan Isha ni bak puteri. Bila Fariz tengok Isha nanti, biar 'wow' gitu. Kejap lagi aku pergilah dekat pihak sana..." terang Nadia.

"Buat penat je. Ape guna ada mesej, whatsapp, call semua tu kalau tak guna?"

"Kalau aku mesej kau, bukannya kau ada masa nak layan. Kau kan sibuk, lagipun suka hati kitalah. Kita yang drive,bukan awak. Sibuk je... dah lah kita nak pergi sana pulak sebab ada nenek kebayan dah menghalau. Babai!" Nadia mencebik sebelum melepaskan ketawanya.

"Sampai hati panggil aku macam tu!!" Jerit Siti. Jeritan Siti tadi membingitkan telinga Isha. 'Fuh! Boleh pekak telinga aku ni!' Omel Isha dalam hati.

"Errr... sorry tau. Terover pulak." Kata Siti sejurus melihat Isha menutup sebelah telinganya.

"Sokey lah..." Isha tersenyum. Siti membalas senyuman dan meneruskan tugasnya.

******

"Pengantin dan sampai!! Pengantin dah sampai!!"

Jeritan tersebut telah didengari oleh Isha, membuatkan jantungnya mula berdegup kencang, paru-parunya mengepam darah dengan laju, hatinya pula berbolak balik. Sekaligus menyebabkan perasaannya bercampur aduk.

"Akak nervous ke? Berpeluh dah ni..." tegur Fatin seraya mengambil tisu dan mengelap peluh di wajah Isha, agar make up tidak cepat cair.

"Ha ah, rasa macam nak tercabut jantung akak. Takut lah..." Isha mengenggam kuat tangan adik sepupunya itu. Tiba-tiba fikirannya teringatkan Farah. "Erm... akak Farah tak datang ke?"

"Takut sekejap je kak, nanti bila semua dah lepas... lega lah sikit. Kak Farah tak jadi datang, dia pergi bercuti. Katanya nak tenangkan fikiran. Abaikan jelah dia tu... dah jom turun." Segera Fatin memimpin tangan Isha, tanpa menanti jawapan dari kakak sepupunya itu.

******

"Aku terima nikahnya Nur Isha Damia binti Ahmad Ismail dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai...." ucap Fariz Elman dengan sekali lafaz sahaja.

"Sah?" Jurunikah memandang ke arah saksi-saksi.

"Sah, sah." Jawab saksi-saksi tersebut dengan serentak.

Doa telah pun dibacakan dan diaminkan oleh Jurunikah. Kini tibalah sesi untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan menyarung sebentuk cincin dijari manis kedua-dua mempelai. Bak kata pepatah sama cantik sama padan, dan juga bagai pinang dibelah dua.

******

Dulu cik, sekarang puan. Dulu bujang, sekarang sudah bergelar isteri orang. Isteri kepada suaminya yang bernama Muhammad Fariz Elman bin Muhammad Shukri. Tidak terfikir untuk secepat ini dia berumah tangga dengan seorang lelaki yang dia sendiri belum kenal sepenuhnya tetapi dia tahu pilihannya kali ini adalah yang terbaik. Semoga dialah jodoh yang telah ditetapkan untuk aku.

'Aku pilih dia. Ya, aku memilih dia bukan sahaja untuk menjadi suami aku tapi juga memilih seorang ketua keluarga, imam, dan juga bapa kepada bakal anak-anakku nanti. Aku harap pilihan aku kali ini tepat dan sejurusnya membawa aku kebahagiaan yang selama ini aku idamkan.' Bisik hati Isha Damia.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now