Bab 47

331 12 4
                                    

*baca novel ni sambil dengan lagu tau, baru feeling hihihi 🤭*

"Kenapa kau tolong aku?" tanya Isha dengan nada yang lemah.

"Jangan banyak tanya!! Cepat pergi dari sini sebelum dia tersedar!!!"

"Aku nak pergi ke mana? Aku tak tahu jalan kat sini?"

"Kau jalan je terus ikut lorong sini, sampai kau jumpa satu pondok buruk, kau belok kanan nanti kau akan jumpa jalan besar. Cepat pergi....!!"

"Kau?"

"Jangan fikirkan pasal aku! Kau patut kembali kepada suami kau...!"

"Terima kasih...." balas Isha menahan sebak. Lalu dia pergi perlahan-lahan, tubuhnya masih tidak kuat untuk berjalan jauh, namun apakan daya ini saja jalan keluar yang dia ada. "Abang, Isha nak pulang ni..." katanya sendirian.

******

Hari sudah semakin senja, tetapi pondok buruk yang dinyatakan lelaki tadi, masih belum kelihatan. Dirinya semakin penat untuk terus berjalan. Hendak berhenti tetapi hatinya bimbang jika Farah kembali mengejarnya.

Setelah beberapa minit tapak kakinya melangkah, akhirnya dia menemui pondok buruk itu. Dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar bagi mengumpulkan tenaga. "Ya Allah dahaganya..." Isha mengadu kehausan. Kakinya juga tidak larat lagi untuk menjejak tanah. "Abang, Isha penat laa. Isha, rindu... abang." airmatanya mengalir deras seperti lajunya turun air terjun. Rindu semakin menebal terhadap suaminya.

"Isha gagal jaga anak kita, maafkan Isha..."

******

"Sayang... kat mana lagi abang harus mencari sayang? Sayang lah kekuatan abang, bila sayang takde, abang rasa lemah sangat... boleh ke kita bahagia macam dulu? Patut ke abang menyerah?"

Seusai solat maghrib, Fariz menuju ke rumah ibu mertuanya. Fikirannya benar-benar buntu, apa yang harus dia lakukan?

"Sayang.... muncullah, abang rindu... abang tak nak hilang orang yang abang sayang lagi..." Fariz mengesat airmatanya yang mengalir.

******

Akhirnya dia telah keluar dari lubuk puaka. "Alhamdulillah, Ya Allah..." ucap Isha bersyukur tak terkata kerana dia menjumpai jalan besar yang dikatakan lelaki tadi. Sungguh tidak sangka, dia lah yang Kau hantar untuk membantuku. Perancangan Allah selalu yang terbaik.

Lorong jalan begitu sunyi dan gelap, tiada satu pun kereta yang lalu lintas. Dia tidak pasti dimana dia berada. Berapa jauh rumahnya dengan tempat ini. Tapi dia tetap teruskan melangkah walaupun kakinya semakin melecet.

******

"Ibu sihat?" soal Fariz.

"Macam ni laa riz... riz sihat tak ni? Ibu tengok macam serabut je..? Ada apa apa ke?"

"Eh.. takde apa laa, riz baik je buu..." Fariz tersenyum.

"Riz dah makan ke? Jom kita makan sekali?"

"Baiklah..."

Mereka menjamu selera berdua saja. Sunyi. Janggal. Kalau ada Isha pasti seronok. Lengkap satu keluarga.

******

Hati saja cakap kuat, tapi hendak melangkah pun, tidak terdaya. Akhirnya dia jatuh pengsan ditepi jalan.

"Abang... tengok lelaki ni, kesian dia masih mencari isterinya yang hilang. Cantik sangat orangnya..."

Sekilas memandang. "Dah berapa lama hilang tu?"

"Entahlaa, nampak macam dah lama hilang. Pelikkan tak jumpa-jumpa. Entah hidup entah mati..."

"Eh awak ni pun, mulut tu...!"

"Taklah bang... dah lama sangat hilang. Kita tak tahu hidup ke mati. Harap dipermudahkan urusan mereka."

"InshaAllah, aamiin..."

******

"Awak kalau dah mengantuk, tidur jelah."

"Tak naklah, saya nak teman abang drive..."

"Yalah..."

Dari jauh dirinya terpandang satu susuk tubuh terbaring ditepi jalan.

"Eh abang... tu ada orang pengsan tu...!"

"Eh tak payah laa, mana tahu tu perompak yang nak perangkap kita..."

"Perempuan tu... berhenti laa bang...!"

"Kalau jadi apa-apa, awak jangan salahkan saya ya.."

Mereka berdua cuba mendekati satu susuk tubuh yang terbaring di atas rumput tepi jalan. Mereka melihat wajah itu dan diamati sebaiknya.

"Ya Allah, abang ni perempuan dalam gambar tadi!!"

"Allahuakbar....." mereka berdua mengucap panjang.

"Dia hidup lagi ni bang... Ya Allah siapalah yang buat dia macam ni..."

******

Selepas makan malam dan solat isyak berjemaah. Fariz meminta diri untuk pulang ke rumah tapi dihalang oleh ibu mertuanya.

"Riz, tidur disini jelah ya?"

"Takpelah, riz tak nak susahkan ibu."

"Susahkan apanya, bukannya ibu dodoikan riz tidur...ke riz rindukan isha?"

Fariz mengiyakan.

Bohonglah kalau tak rindu isteri sendiri. Terasa berat didada menyimpan rindu yang terlalu lama.

"Nanti dia balik lah tu. Sabar ya.."

Fariz tersenyum.

******

"Dimana kamu jumpa mangsa ini?" soal inspektor polis itu.

"Kami jumpa dia ditepi jalan dekat jalan lama... masa tu kami nampak dia dah terbaring pengsan, jadi kami cepat-cepatlah bawa dia ke hospital.."

"Kamu dari mana nak ke mana?"

"Kami dari kampung nak balik ke rumah. Biasa kami lalu jalan situ."

"Ada nampak apa-apa yang pelik tak di kawasan itu?"

"Tak pasti sebab situ memang jalan lorong yang gelap..."

"Kalau siang hari?"

"Siang hari biasa je lah macam jalan lain, tapi situ ada lorong yang masuk kedalam hutan..."

"Baiklah. Terima kasih atas kerjasama kamu berdua. Kalau ada apa-apa nanti saya akan call."

"Baik. Sama-sama..."

******

"Macam mana tuan?"

"Kita dah jumpa mangsa. Sekarang kita akan buru suspek pula..."

#sorry saya tukar title 🤭

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now