Bab 1

9.9K 307 1
                                    

Lima tahun berlalu...

Bunyi jam loceng menyedarkan dia dari lena yang panjang. Matanya masih terpejam rapat. Rasa malas pula mahu bangun.

Perlahan-lahan dirinya menapak masuk ke bilik air. Selesai mandi, Isha mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh yang waktunya masih tinggal sedikit.

Usai solat subuh, dia tergesa-gesa merapikan diri untuk ke tempat kerja. Bimbang dirinya terlewat lagi. Dia tidak mengenakan sedikit pun solekan pada wajahnya, hanya senyuman yang terukir menyerlahkan lagi kecantikkan asli yang dia miliki. Baginya kurniaan dari Allah sudah cukup cantik dan tak perlu di ubah.

"Ibu..!" sergah Isha dari belakang.

"Ish, Isha ni... terkejut ibu. Nasib tak sakit jantung."

Isha hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Serta merta Puan Iza mencium dahi milik anaknya. Isha kaget!

"Kenapa ibu?" soal Isha, hairan.

"Takde pape lah... cepat makan. Nanti terlepas bas pulak." jawab Puan Iza bersahaja.

Isha hanya mengangguk. Tidak membalas kata-kata ibunya.

Puan Iza melangkah menuju ke dapur. Setitik air matanya jatuh perlahan. Begitulah sikap Isha Damia sejak beberapa tahun yang lalu. Tidak terlalu banyak bercakap dan lebih banyak mengasingkan diri. Mujurlah Isha mahu bekerja namun dia tidak mempunyai kawan. Mungkin kerana sikapnya yang lebih suka menyendiri dan diam di tempat kerja. Buntu sudah Puan Iza untuk kembalikan semangat anaknya itu. Dia berharap suatu hari nanti doanya akan dikabulkan tuhan. Siapalah yang mahu menjaga anaknya bila dia tiada di dunia nanti.

"Ibu...." panggil Isha, lembut.

Cepat-cepat Puan Iza mengesat sisa air mata yang masih bertakung.

"Ya sayang..."

"Isha pergi kerja dulu." pamit Isha sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan ibunya.

"Ye lah... hati-hati."

Setelah melihat kelibat anaknya hilang dari pandangan. Puan Iza terasa sebak. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati anakku. Kembalikan dia seperti dulu. Doanya dalam hati.

******

"Hesy! Pagi ni lah nak jem. Aku dah lambat nak pergi kerja ni...!" stereng kereta di ketuk-ketuk berkali-kali. Hon di bunyikan. Dia membuka cermin kereta dan kepalanya di keluarkan sedikit, cuba melihat keadaan di luar.

Tiba-tiba matanya terpandang satu wajah yang pernah di dambakan dulu. Wajah yang dilihatnya sekarang ini, nampak sayu namun masih cantik dipandang. Benarkah itu dia? Rasa rindu datang kembali menusuk hati.

"Ping! Ping! Ping!"

Izzul Daniel tersedar dari lamunan. Dia melihat isyarat dari kereta belakang dan terus meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya. Sekilas di memandang wajah gadis itu.

******

Terkocoh-kocoh Isha berlari menuju ke restoran di mana tempatnya bekerja. Dia melajukan langkah kakinya tanpa berhati-hati, membuatkan dirinya terlanggar seseorang. Isha terjatuh.

"Aduh...!" ngomel Isha.

"Awak... eh cik... tak apa-apa ke?" soal lelaki itu dengan rasa bersalah.

Isha hanya mengeleng. Dia menguatkan dirinya untuk cuba bangun, namun dia hilang keseimbangan badan. Mujurlah lelaki itu sempat menyambutnya. Kalau tidak, sudah tentu punggungnya mencium lantai lagi.

Isha tergamam dengan kelakuan spontan lelaki itu. Secara tak sengaja Isha berpaling dan mukanya sangat dekat dengan muka lelaki itu sehingga dapat merasakan hembusan setiap nafas.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now