Bab 14

4.7K 187 1
                                    

"Awak! Jangan sakiti hati saya lagi.
Pleaselah! Tolong pergi dari sini. Dari
hidup saya. Pergi!"

"Tak! Saya takkan berganjak dari sini
dan dari hidup awak selagi awak tak
maafkan saya. Saya tahu saya salah.
Tapi saya dah insaf awak. saya baru
sedar yang saya tak boleh kehilangan
awak. kalau awak pergi, saya tak tahu
bagaimana hidup saya tanpa awak."

Isha Damia memandang sinis ke arah Izzul Daniel. Mudahnya dia berkata kan? Tapi adakah dia tahu sepanjang dia pergi, hidup aku ni bagai bangkai tak bernyawa. Semuanya jadi tunggang langgang. Dan sekarang dia datang menagih simpati? Nak semuanya kembali seperti sebelum
ni? Oh! Tolonglah!

"Saya takkan ulangi lagi kesilapan
bodoh saya dulu. Saya mungkin boleh
maafkan awak tapi saya tak bodoh nak
kembali pada awak. Awak kejam!"

Izzul terdiam. Isha pula terus teresak-
esak di hadapan Izzul. Dah hilang rasa
malunya itu. Apa nak jadi, jadilah. Yang
pasti, dia dah tak sanggup menahan
kesakitan dengan berpura-pura kuat di
depan lelaki yang bernama Izzul Daniel ini.

"Isha..."

"Go! Get out of my life..."

Isha terus melarikan diri dalam kepekatan malam dengan seribu perasaan yang dia sendiri tidak dapat gambarkan. Kecewa, sakit hati dan hampa! Itu yang dia rasakan. Memang benar dia masih ada perasaan dekat Izzul Daniel. Tapi tidak seutuh dulu lagi. Dia sudah redha dengan ketentuan Ilahi. Maybe, jodohnya masih belum sampai. 'Ya Allah. Kuatkanlah hati aku ni. Aku perlukan kekuatan itu.'

Izzul tertunduk memandang kakinya.
Tanpa disedari, air matanya mengalir
setitis dan jatuh atas kasutnya. Apabila
menyedari hal itu, dia pantas
menyekanya. Kini, dia sedar yang
cintanya ikhlas pada Isha Damia. Ini cinta sejatinya. Salahnya juga sebab dulu pergi tanpa sebarang alasan apa pun sehingga Isha kecewa terhadap dirinya. Tapi itu dulu. Kini tak lagi. Dia benar- benar menyesal. Ya Allah. Andai dia untukku, satukanlah kami kembali. Andai dia bukan untuk aku, jauhkanlah
perasaan ini. Pada ketika ini, Izzul
hanya mampu berdoa. Itu jalan yang
terbaik.

******

Arghh! Ni semua sebab kau lah, sampaikan jalan nak balik rumah sendiri pun dah tak ingat. Ikutkan sangat rasa marah tadi, sehinggakan kemana kaki melangkah ke situ juga aku sampai. Aku sesat ke? Hu hu!

'Aku kat mana ni? Alahai, henfon pulak tak bawak! Hah? Duit syiling ada... call telefon rumah lah..." Isha mendapat idea. Genius!

Sebaik sahaja sampai dipondok telefon awam, Isha memasukkan sejumlah duit syiling dan mendail nombor telefon rumahnya. Beberapa minit kemudian, panggilan disambungkan.

"Ibu, Isha... Isha sesat ni..."

"Hah? Macam mana boleh sesat? Isha kat mana sekarang ni?"

"Isha tak tahu..." Isha menahan dirinya dari menangis walaupun air matanya sudah bertakung, hanya tunggu masa nak banjir aje ni. Hu hu!

"Isha... jangan buat ibu risau, sayang..." kedengaran nada suara Puan Iza kerisauan.

"Ibu, jangan risau okey. Isha cuba cari teksi..." ucap Isha menenangkan ibunya yang risau akan dirinya. Walhal, dirinya juga tidak setenang air di kali. Eh?

"Macam mana ibu tak...."

Tut! Tut! Tut!

"Isha... Isha... hello..."

"Ibu... ibuu....!"

Patutlah bunyi tut tut, duit dah habis kena telan. Isha cuba mencari baki duit syiling yang tinggal. Alamak! Takde dah. Ya Allah, tolonglah aku.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now