Bab 33

3.6K 146 2
                                    

Izzul Daniel memandang sayu sekeping gambar yang berada ditangannya. Pandangannya bukan sahaja kelihatan sayu, malah wajahnya begitu kusut dan tidak terurus. Fikirannya mula mengingati Isha Damia, yang dulu pernah menjadi cinta hatinya namun kini gadis itu telah menjadi milik orang lain, dengan erti kata 'tunangan orang'. Dan tunang Isha juga adalah rakan baiknya sendiri. Pada majlis pertunangan Isha dan Fariz pun dia tidak hadir. Bukan apa, dia takut dia akan hilang pertimbangan diri dan memusnahkan majlis yang patut berjalan dengan baik. Tak tergamak pula untuk menghancurkan hati gadis itu, lagi-lagi disaat hari bahagianya.

Izzul berkira-kira mahu ke bilik air tapi tiba-tiba langkahnya terhenti apabila terdengar pintu rumahnya diketuk. Dia membatalkan hasratnya dan terus turun ke bawah.

"Siapa pula yang datang ni?" Soal Izzul sendiri.

Pintu diketuk lagi. Tuk! Tuk! Tuk!

"Kejap!" Pintu dikuak sedikit. Ceh! Kau rupanya! Izzul membuat memek muka menyampah. Namun Fariz pula menganggap itu sudah menjadi kebiasaannya. Jadi dia sedikit pun tidak ambil kisah disebalik memek muka Izzul Daniel tadi. Sedangkan bagi Izzul, sebaliknya. Kau kawan baik aku? Kawan baik takkan rampas awek kawan dialah! Izzul menyumpah dalam hati!!

"Apesal dengan kau ni? Kusut masai aje aku tengok?" Fariz menyoal.

"Aku baru bangun tidolah! Memanglah kusut masai semua. Mana ada orang bangun dari tidak terus cantik, hensem." Balas Izzul agak kasar atau lebih kepada menengking.

"Weh! Rileks lah... aku tanya je kot. Tak payahlah sampai nak tengking- tengking aku."

Izzul hanya diam. Dia juga tidak rasa mahu membalas. Tak pasal-pasal nanti ada yang biji matanya lebam. Terus sahaja langkah kakinya menjejak anak tangga, meninggalkan Fariz Elman yang masih terpinga-pinga.

"Izz! Takkan aku cakap macam tu pun kau nak merajuk kot?!" Namun panggilannya hanya sia-sia. "Tak jantan langsung! Dengan aku pun kau nak merajuk ke?" Fariz membebel. Fariz tidak menyedari kata-katanya tadi didengari oleh Izzul.

Izzul menghempaskan pintu bilik dengan kuat dan mengejutkan Fariz yang berada di bawah. "Woi! Kalau marahkan aku pun, janganlah pintu pulak yang jadi mangsa. Macam budak-budak lah kau ni!!" Fariz menjerit.

Diam. Tiada balasan. Hmm, pagi-pagi dah nak beremosi. Sepatutnya aku yang merajuk sebab dia yang tak datang majlis pertunangan aku! Eh, ni terbalik pulak. Fariz mula mahu meninjau ke arah dapur, manalah tahu dapat buatkan sarapan untuk Izzul ke. Sekurang-kurangnya lega lah sedikit kemarahan sahabatnya itu, walaupun dia sendiri tidak tahu puncanya. Fariz membuka peti ais, ya Allah! Kosong! Habis tu buat apa ada peti ais ni, kalau barang dapur pun tak reti nak beli. Tahulah bujang, at least biasakanlah diri tu masuk dapur. Nanti kahwin takde lah rasa kekok ke apa. Tengok! Dapur pun dah tak macam dapur dah. Memang sahlah ni tak pernah nak jenguk dapur.

"Kau intai apa tu?" Suara Izzul tiba-tiba muncul. Dirinya tadi yang kusut masai, kini bertukar menjadi Izzue Islam. Eh! Tetiba pulak.

"Laa... tahu pulak kau nak masuk dapur. Aku ingatkan kau tak nak jejak dah." Fariz membebel.

"Aku tanya, kau intai apa?" Perlian Fariz tidak dipedulikan.

"Aku intai awek... kau nak join?" Fariz berbasa-basi.

"Kalau kau intai, lauk ke apa... memang takde. Sebab kalau aku beli pun takde sape nak masak. Lagipun aku duduk sorang-sorang aje. Dari membazir baik makan kat luar. Jom, kita breakfast kat kedai Mak Ton depan sana tu? Orang kata nasi lemak dia best. Nak cuba tak?" Izzul mempelawa.

"Haa... boleh juga. Aku pun dah lapar ni..." kata Fariz sambil menggosok perutnya yang meminta-minta untuk diisi.

******

"Betul ke awak tak nak kerja dah dekat restoran papa?"

"Ya, saya nak rehat pulak. Lagipun dah lima tahun saya kerja dengan papa awak." Dan lima tahun jugak lah peristiwa itu berlalu. Katanya lagi dalam hati.

"Hmm... dalam masa lima tahun tu kan, kenapa sekalipun saya tak pernah jumpa awak? Padahal restoran papa, tak lah jauh sangat dengan office saya. Lagi satu, saya selalu kot lunch kat situ."

"Mungkin bukan takdir kita lagi untuk bertemu saat itu. Tapi akhirnya kita tetap bersatu jugakkan, walaupun baru dalam ikatan pertunangan." Isha menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya.

"Ya, takdir bahawa yang kita berdua ni ada jodoh." Fariz Elman tersenyum manis.

Isha Damia turut tersenyum dan membalasnya dengan anggukkan kepala. "Ermm... boleh tak kita pergi ziarah kubur arwah abah saya kejap?" Pinta Isha.

"Boleh aje." Fariz tersenyum.

******

Selesai saja membaca surah Yassin, Isha menyiram pusara arwah abahnya dengan air mawar. Airmatanya menitis tatkala memegang batu nisan yang masih tegak berdiri. Dirinya membayangkan saat itu, dia sedang memegang tangan seorang insan yang bergelar ayah yang telah membesarkannya dari kecil dengan penuh kasih sayang. Meskipun kini semuanya berubah, namun kasih sayang yang pernah dicurahkan terhadapnya dahulu masih lagi kekal dalam dirinya.

"Isha, jom. Dah jangan menangis, sedih arwah nanti." Pesan Fariz.

"Okey." Isha mengangguk seraya mengesat sisa airmatanya yang masih bertakung. Nanti Isha melawat abah lagi ya. Kata Isha dalam hati.

******

Setelah memboloskan diri dalam kereta , Fariz mula bersuara. "Lepas ni kita pergi ukur baju pengantin eh."

"Err... pergi esok boleh tak? Sebab saya dah janji dengan ibu nak balik awal. Lagipun dah petang. Tak manis orang pandang."

Nah! Setepek kau kena! Itulah dah tak sabar sangat. Sampai lupa sekarang dah hampir senja. Hu hu hu! "Ha ha, okey okey.." Fariz menahan malu.

"Jadi nak terus balik lah ni? Tak nak berhenti kat mana-mana kedai ke?" Fariz menyoal.

Pertanyaan Fariz dijawab dengan gelengan. 'Alahai, malu-malu pulak dia ni...' omel Fariz. Fariz sekadar tersenyum melihat gelagat Isha.

******

"Ya Allah, Isha! Kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang? Dah angau ke apa?" Isha menampar pipinya tapi tidak terlalu kuat. "Tahulah hensem tapi tak payahlah tunjuk hensem sangat. Ingat hensem sangat ke?" Isha mula membebel. Sekejap dia senyum, sekejap dia menampar pipinya. Kalau dilihat persis orang gila. Kejap? Aku gila? Oh tolonglah! Aku tak! Kalau dia? Ya, sangat! Isha masih menafikan yang dia sudah mula tergilakan Fariz Elman. Dia juga tidak percaya bahawa dia telah menjadi tunang kepada lelaki yang pernah dilabelkan 'gila'. "He he he he." Isha menekup mulutnya. Kali ini dia rasa benar-benar bahagia. Semoga nanti kebahagian yang dia idamkan, akan menjadi miliknya. In Sha Allah.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now