Bab 39

2.9K 77 7
                                    

Setelah dua minggu berlalu, pembunuh Izzul Daniel masih belum dapat dikenalpasti kerana segala bukti yang ada belum cukup kukuh untuk menahan siapa pelaku yang sebenar. Namun begitu, pihak polis menyiasat kes ini dari setiap sudut. Tidak ada sedikit pun yang tertinggal. Hasil bedah siasat mendapati Izzul Daniel meninggal sejurus dirinya ditikam kerana kesan luka yang ada pada badannya amat dalam. Mungkin pembunuh menikam mangsa dari jarak yang dekat. Itulah serba sedikit berita yang mereka tahu tentang kematian Izzul Daniel.

"Abang..." tegur Isha perlahan.

Seraya itu Fariz Elman berpaling dan tersenyum nipis. "Ya, sayang..."

"Boleh tak Isha nak ziarah kubur arwah Izzul?" pinta Isha.

Fariz merenung isterinya lama dan mengeluh perlahan. "Hmm... ya boleh, bila Isha nak pergi? Sekarang?"

Isha sekadar mengangguk. Dalam hatinya berharap Fariz tidak tersinggung dengan permintaannya. "Tapi... abang okey kan?" soal Isha mahukan kepastian. Mana tahu kalau Fariz mahu menarik balik kata-katanya tadi.

"Ya sayang, abang okey. Kawan abang, kawan sayang jugak kan. Cerita lama jangan diungkit, lagi-lagi untuk orang yang dah tiada ni. Sayang fikir abang cemburu ya?"

Isha hanya tersenyum. Syukurlah dia okey.

******

"Huh! Meluat aku tengok! Takpe, aku nak tahu jugak sampai bila kau boleh hidup bahagia macam tu! Tunggulah...!"

Farah memerhatikan mereka dari jauh. Hatinya belum cukup puas selagi apa yang dia hajati belum tercapai. Apa yang hebat sangat pasal perempuan tu? Kenapa semua orang sukakan dia? Apa kurangnya aku? Aku pun cantik jugak! Fariz ni buta agaknya suka dekat perempuan lembik macam tu. Apa je yang dia tahu buat selain menangis? Farah tersenyum menyenget. Kalau aku boleh buat Izzul mati, tak mustahil kau pun akan mati Isha. Mati perlahan-lahan. Baru kau tahu seksanya macam mana. Hidup Farah penuh dengan dendam hanya disebabkan kisah lalu. Semua orang yang dia sayang, perempuan itu yang dapat.

Dulu Isha dan Farah sangat rapat walaupun umur mereka tidak sebaya. Hanya jarak dua tahun sahaja. Namun hubungan mereka semakin renggang apabila lelaki yang Farah cinta, Izzul Daniel lebih terpikat pada Isha Damia. Sungguh remuk hatinya apabila mengetahui kebenaran yang sangat menyakitkan. Baginya perempuan itu sudah merampas kebahagiaan yang patut dia kecapi sejak dulu.

"Janji tau pada aku, yang kau takkan sukakan Izzul Daniel sebab dia aku punya. Kau tahu kan aku cintakan dia."

"Ya, aku janji."

"Tapi kalau aku dapat tahu kau dan dia ada apa-apa, aku takkan teragak-agak nak bunuh korang berdua..." kata Farah dengan wajah yang serius.

"Hahahaha.. kau ni! Tak takut masuk penjara ke? Jangan risau aku dan Izzul memang takde apa-apa melainkan berkawan sahaja. Betul..." jelas Isha sambil menahan ketawa.

"Isha... aku tak main-main tau. Kau tahu kan aku jenis berpegang pada janji dan kata-kata." kali ni wajah Farah lebih tegang menunjukkan setiap apa yang diluah adalah benar belaka.

Senyuman Isha mati tiba-tiba. "Ya, Farah... aku tahu. Lagipun aku masih belajar lagi. Takde masa lah nak bercinta ni. Lainlah kau yang dah habis sekolah tu. Haa... mungkin lepas ni kau kahwin dengan Izzul. Kau yang kenal dia dulu, mesti dia pilih kau. Jangan risau, aku akan tepati janji aku. Okey?!"

Mana janji kau Isha? Mana? Dalam diam kau jalinkan hubungan dengan Izzul. Pandai kau berlakon ya? Muka nampak aje baik, tapi hati busuk. Kau tikam belakang aku, kau khianati janji yang kau sendiri lafazkan! Aku takkan bagi muka pada orang macam kau! Bertahun hati aku sakit sebab kau!! Kini giliran aku pulak nak tunaikan apa yang pernah aku katakan dulu. Mungkin kau dah lupa, tapi tidak bagi aku.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now