Bab 38

2.9K 99 2
                                    

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, wajah Fariz Elman masih tidak kelihatan dirumahnya. Ini membuatkan Isha semakin bertambah risau kerana berulang kali dia menelefon suaminya namun tidak dijawab. Tidak pernah suaminya berperangai sebegini sebelum ini. Kalau ke mana sahaja dia pergi, pasti akan diberitahu. Pulang cepat ataupun lambat, pasti dia sudah pesan awal-awal. Jika benar suaminya ada meeting yang penting, takkan sampai ke larut malam macam ni?

"Haih! Mana suami aku ni? Tak pernah-pernah macam ni pun.. " Isha mengeluh perlahan.

Meskipun berjam-jam menunggu, masih tiada tanda-tanda Fariz untuk pulang. Isha tetap setia menanti suaminya, sehingga tertidur diatas sofa yang terletak di ruang tamu.

******

"Sayang.... kenapa tidur kat sini?"

Isha yang masih dalam keadaan mamai, membuka matanya perlahan-lahan. "Ab.. abang... baru balik? Abang pergi mana? Dari tadi Isha tunggu. Isha risau tau tak? Abang dah makan? Nak Isha panaskan lauk?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut isterinya.

Fariz hanya merenung wajah isterinya tanpa menjawab soalan tadi. 'Kesian isteri aku, sampai tertidur sebab tunggu aku. Risaunya dia...'

Fariz mengambil tempat disisi isterinya sambil dia mengenggam erat jari jemari halus milik Isha Damia. "Sayang... abang ada sesuatu nak cakap ni. Tapi sayang jangan terkejut tau...? "

"Apa dia?"

"Abang balik lewat sebab abang pergi hospital..."

"Abang sakit ke? Sakit apa??" Soal Isha dengan nada risau.

"Tak, tak. Abang tak sakit. Abang cuma diminta oleh pihak polis untuk buat pengencaman mayat.. tu je."

"Mayat? Mayat siapa? Tapi kenapa abang?"

"Mula-mula abang langsung tak percaya apa yang abang lihat. Selama ni orang yang kita anggap masih hidup rupanya dah tak ada." kata Fariz sambil menunduk. Dia mengesat air matanya perlahan.

"Abang... cakaplah siapa mayat tu? Isha kenal ke? Kenapa abang menangis?" Soal Isha mendesak.

"Ya, kita berdua kenal sangat dan dia pernah jadi orang yang penting dalam hidup Isha dulu. Abang tak sangka, kawan baik abang dah tak ada, satu-satunya kawan yang paling rapat dengan abang. Secepat tu Izzul tinggalkan abang untuk selamanya..." bergenang air mata Fariz saat mengungkapkan kata-kata itu.

"Izz... Izzul? Dah takde? Innalillah wainnalillah hirajiuun...." terasa sebak dihati Isha dengan perkhabaran duka itu.

"Abang tak sangka ada manusia sanggup buat Izzul sekejam tu!! Abang akan pastikan pembunuh tu ditangkap secepat mungkin! Abang, takkan biarkan dia hidup bebas!!"

"Apa?! Izzul mati kena bunuh? Astagfirullahalazim..." Isha mengucap panjang.

"Ya.. mayat Izzul dah dikebumikan selepas pengencaman dibuat. Pihak hospital tak nak simpan lama-lama, memandangkan mayat sudah mula mereput. Dan kertas siasatan polis buka semula pasal kes hilang dan bunuh Izzul."

Isha hanya diam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Sedikit sebanyak dia juga turut rasa kehilangan Izzul yang juga kawan baik suaminya.

"Sayang... jom tidur. Dah pukul 1.30 pagi ni."

"Tapi saya nak tahu, siapa pembunuh tu?" Isha mula bersuara setelah mendiamkan diri.

"Polis akan siasat semuanya dari setiap sudut. Percayalah semua pasti akan terbongkar. Abang percaya Allah akan tolong kita untuk selesaikan masalah ni... Dah jom..."

******

"Shit!!" Macam mana polis jumpa mayat mamat tu!!" Farah jadi tidak senang duduk apabila dia terdengar perbualan antara ibu saudaranya dan juga Isha. Turut kelihatan disitu, Fariz Elman.

"Macam mana ni? Okey, okey... aku tak boleh mengelabah macam ni. Nanti dorang akan syak apa-apa..."

Kelihatan Farah menuruni anak tangga sambil memicitkan kepalanya. "Mak ngah... Farah nak makan bubur, mak ngah boleh buatkan tak? Eh Isha... Fariz pun ada?"

Sejak kejadian hari tu, Farah mula tinggal bersama ibu saudaranya bagi meneruskan rancangan jahatnya.

"Yalah, mak ngah buatkan. Farah duduklah dulu, bersembang dengan Isha dan fariz ni..." seraya itu Puan Iza melangkah kaki ke dapur.

"Dah lama sampai?" soal Farah cuba beramah mesra.

Isha sekadar mengangguk. Fariz pula tidak menyenangi kehadiran perempuan ini. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada sepupu isterinya tapi dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

"Isha mesti rindu mak ngah kan? Yelah, dah dua bulan lebih kahwin, baru balik sini jenguk mak ngah. Nasib baik, Farah ada.. temankan mak ngah. Takdelah... mak ngah sunyi sangat..." kata Farah sambil senyum meleret.

"Kau buat apa tinggal dekat sini? Kenapa tak duduk dengan mak kau? Dah kena halau ke? Soal Fariz agak kasar.

"Abang..." Isha menegur perlahan.

Wajah Farah bertukar merah padam serta merta. Terasa bengang dengan soalan yang diajukan oleh Fariz.

"Taklah... mama suruh temankan mak ngah kat sini. Lagipun kat sana Fatin dah ada. Jadi apa salahnya kan? Bukan orang lain anak saudara dia jugak..." balas Farah sambil tersenyum namun semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

"Farah tak sihat ya?"

"Ha'ah, demam sikit... Isha nak tidur kat sini ke?"

"Tak lah, balik kejap je. Lagipun kami datang ada berita yang nak disampaikan."

"Berita? Berita apa ni?"

"Pasal kematian Izzul Daniel. Kawan baik abang kena bunuh. Kes disiasat semula..."

"Hah?! Izzul kena bunuh?!" Farah menutup mulutnya seolah-olah terkejut.

"Ya..."

"Habis tu dah tahu dah siapa pembunuh tu? Polis jumpa kat mana?"

"Belum. Ada orang awam yang menjumpai mayat Izzul kat rumah kosong yang terbiar."

"Dah lah sayang... cerita kat dia buat apa. Dia tak perlu tau pun."

'Hish mamat ni!! Nanti lah kau tunggu masa aku balas, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah!!"

"Takpelah Isha, Farah naik atas dulu. Nanti bagitau mak ngah, bawak bubur tu kat bilik tau..." segera kakinya meninggalkan mereka berdua disitu.

"Kau nak makan, pandai-pandailah turun sendiri! Sibuk nak arahkan mak kenapa??"

Farah dengar apa yang dikatakan oleh Fariz, namun dibiarkan saja. Melawankan terbongkar pulak semuanya. Sabar! Sikit masa nanti tahulah kau siapa aku sebenarnya! Hahahahaha!

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now