Bab 31

3.6K 171 6
                                    

Fariz Elman membawa Isha Damia ke suatu tempat yang belum pernah dia kunjungi. Kalau dilihat ia seperti taman bunga yang dilengkapi air terjun yang mengalir deras namun tenang apabila dipandang. Mungkin dek kerana airnya yang jernih sehingga boleh melihat ke dasarnya. Udara disitu nyaman sekali dan agak jauh dari pelusuk kota. Perjalanan ke sana pun sudah mengambil masa selama tiga jam setengah. Eh sempat pulak dia menghitung waktu? Hehe. Bayangkan betapa kekoknya Isha sewaktu didalam kereta. Mana tidaknya, wajahnya asyik menunduk dan langsung tidak berubah posisi. Suasana didalam kereta tadi pun sunyi tanpa bicara, hanya ditemani celoteh dj radio dan lagu yang diputarkan sahaja. Entah kenapa situasi sebegini tidak disukai Fariz Elman. Kebiasaannya apabila mereka berjumpa, ada saja topik yang hendak dibahaskan sehingga tercetusnya pergaduhan. Dia lebih suka begitu dari situasi sekarang ini.

"Cantik tak tempat ni?" Fariz memulakan perbualan.

Isha Damia tidak sedar akan soalan dari Fariz Elman dan dia telah hanyut dibuai angan sehingga terlupa Fariz yang berada tidak jauh darinya. Dia sungguh asyik memandang bunga-bunga disekelilingnya, dengan warnanya yang ceria dan diikuti pula bunyi deruan air terjun. Dia juga sangat kagum dan bangga dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.. Kalau aku tinggal kat sini, mesti aman hidup aku. Takde orang kacau, takde musuh!

"Hmm..." Isha mengeluh perlahan.

"Kenapa? Tak suka ke?" Soal Fariz lagi.

Isha mencari arah suara itu dan dia melihat Fariz Elman berjalan menghampirinya. Dahinya berkerut seribu. Eh! Alamak! Aku lupa yang aku datang sini dengan dia.

"Tak suka apa?" Isha menjawab dengan soalan pula.

"Berangan lah tu sampai tak dengar apa yang saya cakap..." Fariz berpura-pura merajuk. Namun rajuknya sia-sia, Isha langsung tidak menghiraukan dirinya.

"Ermm... kita kat sini bukan berdua tau tapi bertiga..." Fariz bersuara kembali setelah diam beberapa minit. Isha masih lagi khayal dengan dunianya namun dia tetap mendengar kata-kata dari Fariz.

"Bertiga? Siapa? Setan ke?" Isha memerli.

Kata-kata Isha membuatkan Fariz Elman ketawa berdekah-dekah. Ha ha ha ha!

"Ape pulak setannya? Nadia lah. Saya ajak dia sekali untuk temankan kita. Tak elokkan berdua-duaan macam ni? Nanti tak pasal-pasal kita kena tangkap basah, lepas tu kahwin free... awak nak ke?" Fariz berseloroh.

"Kahwin free ke, kahwin berbayar ke... sampai bila-bila pun saya tak akan kahwin dengan orang yang bernama Fariz Elman Bin Shukri!!"

"Isha, awak kena kahwin jugak dengan Fariz..." tiba-tiba sahaja suara Nadia muncul.

"Nadia... bila awak sampai?" Soal Isha yang masih lagi terkejut dengan kehadiran Nadia yang tiba-tiba itu.

"Baru aje. Isha, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?"

"Dengar tapi saya tak..."

"Tak apa? Tak boleh ke awak percaya cakap Fariz? Ya, saya tahu awak baru aje mengenali dia. Pasti awak rasa binggung kan dengan siapa awak harus percaya?" Tebak Nadia. Lagaknya macam seorang peguam sedang membela anak guamnya didalam makhamah. Hu hu!

"Saya tak tahu!! Kalau boleh saya tak nak percaya semua ni!! Tapi Farah tu sepupu saya, walau sejahat manapun dia terhadap saya... saya tak tergamak nak tengok dia menderita!!" Isha pula kini cuba membela sepupunya itu.

"Isha!! Awak tak sedar ke ini semua rancangan dia yang nak hancurkan awak? Awak tak sedar ke semua ni? Atau awak nak tutup kesalahan sepupu awak tu dengan menganiaya Fariz?!"

"Tak! Saya takde niat pun nak buat macam tu. Saya cuma..." Isha tidak tergamak untuk bersuara lagi, air matanya pula sudah bertakung. Tunggu masa sahaja hendak mengalir laju bak air terjun yang berada dibelakangnya.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now