Bab 28

3.5K 153 20
                                    

3 minggu berlalu....

"Pergi! Aku cakap pergi!!! Jangan ganggu aku....!!"

"Cik Farah... kami datang nak bantu cik. Cik, boleh ceritakan kepada kami apa sebenarnya yang berlaku. Tolong beri kerjasama..." kata Inspektor Haris. Dia juga ditemani rakan sepasukannya demi langkah berjaga-jaga, memandangkan penjenayah masih bebas diluar sana. Dari kes yang dikendalikan, Inspektor Haris mengesyaki penjenayah ini agak licik kerana satu bukti pun tidak dapat dikesan oleh anggota polis.

"Tak! Tak boleh! Nanti dia akan bunuh semua ahli keluarga aku!! Aku kata pergi... pergilah!!" Farah menjerit sekuat hati.

"Cik kenal siapa penculik tu? Adakah dia dikalangan ahli keluarga ni? Atau kenalan rapat? Atau sesiapa sahaja yang cik kenal?" Inspektor Haris tidak menghiraukan jeritan Farah, malah dia terus menyoal siasat.

"Dia... dia..."

Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam. Keadaan menjadi sunyi seketika.

"Eh, kak Isha... abang Fariz... masuklah..."

"Err.. akak salah time ke ni?" Soal Isha tersipu malu apabila tidak menyedari keberadaan anggota polis didalam rumah.

"Tak. Masuklah kak, abang... polis datang nak soal jawab akak Farah je... tapi tu lah..." bisik Fatin perlahan.

Isha melangkah masuk, begitu juga dengan Fariz.

"Dia! Dia yang culik aku!! Dia jugak dah rogol aku....! Dia dah hancurkan hidup aku!! Setan punya jantan!! Apa salah aku, hah?!!" Farah kembali menjerit sebaik sahaja dia melihat wajah Fariz Elman. Dilemparkan pasu hiasan ke arah Fariz, mujur dia sempat mengelak. Kalau tak pasti ada pertumpahan darah yang berlaku.

Fariz Elman yang tidak tahu apa yang berlaku, langsung tidak berkata apa-apa. Dia tiba-tiba sahaja menjadi patung. Tuduhan apakah ini?

******

"Sumpah encik! Sumpah!! Saya tak buat apa-apa pun. Ya, memang saya kenal Farah tu, itupun dia sepupu kepada bakal isteri saya. Tak terlintas langsung saya nak buat benda terkutuk tu...!" Bidas Fariz setelah berkali-kali didesak supaya mengaku dengan pertuduhan itu. Tuduhan yang tak masuk akal!

"Awak jangan nak bermain dengan sumpah! Nanti sumpah tu, akan makan diri sendiri!! Hey! Penjenayah mana yang nak mengaku dia buat salah hah?" Tengking Inspektor Haris. Sudah menjadi kebiasaan dia dalam menangani kes sebegini. Bukan mahu kurang ajar, cuma mahu mengajar pesalah bercakap jujur. Sudah berlembut, tidak diendah pula.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi pada encik. Saya betul-betul tak buat kerja tu. Saya difitnah! Percayalah." Rayu Fariz Elman.

"Ini bukan soal percaya atau tak. Kalau saya berpihak pada awak. Nanti orang kata saya makan rasuah! Jadi tolong beri kerjasama."

"Kenapa encik terus tahan saya? Kenapa tak kumpul bukti dulu? Saya rasa teraniaya sangat. Ini semua fitnah!!"

"Pihak kami dah cuba mengumpul bukti bagi mengaitkan kes ini dengan awak. Mangsa sendiri yang mengatakan awak yang melakukan semua itu. Bukti akan terus dikumpul dan akan dibawa ke muka pengadilan."

"Jadi encik Haris, lebih percayakan dia? Sama saja encik berat sebelah. Terus menahan orang yang tidak bersalah disebabkan satu tuduhan yang tak berasas. Mudahkan kerja polis ni?" Fariz memandang sinis.

"Apa yang cuba awak sampaikan encik Fariz Elman?"

Fariz Elman hanya mendiamkan diri. Langsung tidak menghiraukan soalan dari inspektor Haris. Fikirannya kini bercelaru, sekejap dia memikirkan mama dan papa, sekejap Isha Damia dan juga si keparat itu. Dasar perempuan tak guna!! Jari jemarinya digenggam kuat. Mahu saja dia menghentam meja itu sehingga hancur. Aku akan pastikan, pelaku sebenar akan segera diberkas! Aku bukan bodoh untuk orang pijak-pijakkan aku!

"Raju... bawak dia masuk lokap! Dia akan ditahan selagi tiada penjamin."

Fariz hanya mengikut, tangannya digari kebelakang. Tidak pula hendak dimembantah. Sekarang dia hanya memerlukan pertolongan dari Yang Maha Esa untuk membuka kebenaran yang berpihak padanya. Dia tahu dia tidak bersalah, buat apa dia nak takut. Lambat laun penjenayah itu akan tertangkap juga. Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

******

"Aku dah agak lama dah. Si budak Fariz tu ada aje yang tak kena. Dari dulu aku langsung tak berkenan dengan dia! Tengok sekarang apa yang dah jadi?" Bebel puan Zila.

"Mama... kita belum tahu hal yang sebenarnya. Jangan lah buat spekulasi macam tu..." balas Fatin.

"Kakak kamu sendiri dah mengaku dia tu penjenayah!! Itulah jangan tengok rupa aje hensem tapi hati belum tentu bersih!"

"Akak... cakap lah betul-betul, siapa penjenayah tu sebenarnya? Aten tak percaya ini semua kerja abang Fariz..."

"Betul Aten... betul itu semua kerja dia. Nampak aje baik, tapi sebenarnya dia tu jahat. Syaitan bertopengkan manusia!! Dia dah hancurkan hidup akak!! Dia ugut akak supaya jangan beritahu sesiapa, kalau tak dia nak bunuh mama dan Fatin, tak terkecuali juga Isha dan mak ngah." Jelas Farah teresak-esak menahan tangisan. Sambungnya lagi "Lagipun tak pelik ke tiba-tiba saja nak melamar Isha, sedangkan kita bukan kenal dia sangat pun. Akak tahu, dulu akak tak sukakan Isha tapi kalau dah melibatkan bunuh membunuh ni... siapa tak takut! Akak tak nak Isha jadi mangsa seterusnya. Isha... tolong kali ni aje, percayalah cakap Farah. Kali ni Farah benar-benar jujur!! Fariz bukan lelaki yang baik..."

Isha Damia memandang wajah Farah yang berlinangan dengan airmata. Terasa sayu pula dengan apa yang berlaku terhadap sepupunya itu. Dia hanya lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin terkejut dengan apa yang terjadi. Atau mungkin tidak dapat menerima hakikat bahawa bakal suaminya adalah seorang penjenayah.

"Mak long... Isha balik dulu. Fatin boleh tolong hantarkan akak tak?"

"Ye lah, kejap Aten ambik kunci kereta..."

"Isha... percayalah cakap Farah ni... tolonglah jangan terpedaya dengan tipu helah jantan tu. Farah tak nak Isha jadi mangsa dia!" Suara Farah kedengaran serak.

"Akak rehatlah ya, nanti Isha datang lagi. Assalamualaikum..." Isha langsung tidak menghiraukan kata-kata sepupunya itu. Bukan mudah untuk dia terus percayakan semua itu. Kali ini dia begitu kecewa setelah apa yang berlaku. Adakah bahagia akan muncul dalam hidupnya lagi? Ya Allah, Kau tunjukkanlah kebenarannya. Segala ujian yang Kau berikan buatku, aku terima dengan redha.



#siapa setan sebenarnya? Farah atau Fariz? Kesian Isha kan? Betul ke apa yang dikatakan Farah tu? Atau itu cuma satu lakonan? Kalau macam tu baca episod seterusnya, okey? :P

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now