Bab 4

5.9K 217 0
                                    

Malam itu Fariz Elman tidak dapat melelapkan matanya dek kerana rasa sakit yang masih berdenyut-denyut. Hesy! Apa punya nasib lah aku hari ni? Dia merenung panjang ke arah gelang milik gadis tadi. Cantik ukiran gelang ni. Secantik tuannya! Fariz tersenyum nipis. Aku nak pulangkan gelang dia, boleh pulak dia pijak kaki aku. Sampainya hati mu hu hu. Salah aku jugak kot kejar dia macam penjenayah.

Wait! Muka aku yang handsome ni ada iras-iras muka penjenayah ke? Alahai, takkan lah dia sikit pun tak terpikat dengan kehenseman aku ni? Perempuan kat luar sana bukan main berebut nak jadi awek aku tapi kau? Lain dari yang lain. Dah lah tak sempat tanya nama! Hesy! Rugi rugi. Agak-agak dapat lagi tak aku jumpa dia? Macam mana dengan gelang ni? Takkan dia tak sedar gelang dia dah hilang. Omel Fariz dalam hati.

Akhirnya Fariz menelefon sahabatnya, Izzul. Beberapa saat kemudian panggilan dijawab.

"Ermmm... kau nak apa call aku tengah malam macam ni?" soal Izzul seraya menjawab panggilan kawannya itu.

"He he... aku tak boleh tido lah. Temankan aku... pleaseee..."

"Aku mengantuk lah... esok pagi kerja. Kang terlewat pulak!"

"Alaa... habis tu, takkan aku nak borak sorang-sorang... ermmm.."

Ish! Gediknya kau, Fariz. Geli aku.

"Nampaknya macam tu lah kot... dah lah aku nak tido ni. Malas aku layan kerenah kau yang ntah pape ni... dasar gay... ha ha ha..." habis saja kata-kata itu, Izzul terus menamatkan panggilan. Ketawanya masih bersisa meskipun tidak didengari oleh Fariz. Namun pasti, Fariz memarahinya. Ha ha kau sambung marah esok aje lah, Riz.

"What! Dia kata aku gay! Tak guna punya kawan... aku normal lah. Kau aje lah tempat aku nak mengadu sekarang ni. Tu pun salah ke? Hu hu... Cuma... cuma aku takde girlfriend aje lagi..." ngomel Fariz sendirian. Siap kau esok, Izz!

Takkan lah aku kena ada girlfriend baru orang cop aku normal. Hesy! Kolot betul pemikiran manusia zaman sekarang ni. Sampai kawan aku pun dah terpengaruh. Aku gay? Mintak simpang! Geli!

Akhirnya mata Fariz terpejam sendiri.

******

Okey, semalam aku terlanggar dia dekat sini. Mesti dia bekerja di kawasan ini? Hmm, mungkin. Haraplah aku dapat jumpa dia dan pulangkan semula gelang ni.

Hampir setengah jam dia menunggu, namun kelibat gadis itu belum kelihatan. Nasib baiklah bos aku takde kat ofis hari ni. Boleh lah curi tulang sekejap. He he.

Mana lah dia ni? Dia tak kerja ke hari ni? Atau semalam dia cuma lalu sahaja kat kawasan ni? Aduhai, sampai bila lah aku harus pegang gelang dia? Dia tak cuak ke gelang dia dah hilang? Memang tak kisah eh, gelang hilang. Boleh beli baru, macam tu? Nak kata anak orang kaya tapi cara pemakaian dia tak nampak pun mahal. Biasa-biasa aje. Bertalu-talu soalan yang bermain difikiran Fariz Elman.

Setelah puas menunggu, akhirnya Fariz sudah berputus asa. Gadis itu tidak juga munculkan diri. Dia melangkahkan kakinya menuju ke arah kereta. Bergegas dia memandu menuju ke pejabat.

******

"Okey, baiklah. Saya akan beritahu bos pasal keadaan Isha..." jawab salah satu pekerja di restoran itu. Lalu gagang telefon diletakkan.

Puan Iza risau akan kesihatan anaknya itu. Semalam Isha sihat-sihat saja tapi pagi ni, badan anaknya panas secara mendadak. Sudah puas dia memujuk Isha untuk membawanya ke klinik, namun ditolak mentah-mentah. Dah sakit, degil pula.

Gagang telefon dicapai lagi, lalu Puan Iza mendail nombor milik sepupu Isha iaitu Fatin.

"Assalamualaikum, Fatin..."

"Waalaikumussalam, ye mak ngah.. ada apa call Fatin ni?

"Tolong mak ngah, Fatin..."

"Kenapa ni mak ngah? Mak ngah sakit ke? Kak Isha mana?" soal Fatin agak risau bila mendengar suara mak ngahnya yang seakan mahu menangis.

"Tak... bukan mak ngah tapi Isha..."

"Kak Isha sakit? Ya Allah, okey okey Fatin datang sekarang..!" terus panggilan ditamatkan.

******

"Kau kenapa masuk lambat? Pergi mana?" soal Izzul sebaik sahaja nampak kelibat sahabatnya itu.

Fariz hanya memandang wajah sahabatnya itu. Soalan itu dibiarkan sepi.

"Hmm... takkan pasal semalam kau marah kat aku? Aku gurau aje lah..." pujuk Izzul seraya duduk diatas kerusi dihadapan Fariz.

Diam.

"Ye lah, ye lah... aku mintak maaf sebab kata kau macam tu. Tapi aku cuma pelik je. Kau ada rupa tapi takkan sikit pun tak terpikat dengan gadis-gadis diluar sana? Atau taste kau janda-janda?" Izzul tersengih.

"Hoi, kau nampak ni?!" Fariz mengajukan buku lima ke arah Izzul.

"Weh, rileks lah takkan tu pun nak emo?"

Tahu takut! Omel Fariz dalam hati.

"Bukan taste aku lah janda-janda tu. Aku cari yang masih segar macam...." Fariz tersenyum meleret.

"Macam apa?" soal Izzul agak teruja.

"Ada lah, nanti aku kenalkan dia kat kau... he he..."

"Jadi dalam diam kau dah ada cinta hati? Sampai hati tak beritahu aku!"

"Eh, kau nak emo pulak apasal? Aku dah bagi tahu lah tu."

"Bila?"

"Tadi."

"Okey. Aku pun nak kenalkan kau kat seseorang... heeee..." kali ini Izzul pula tersenyum meleret.

"Beres boh!" jawab Fariz dalam loghat ganu.

Ha ha ha ha.

Perbualan mereka tamat disitu. Izzul kembali ke biliknya untuk meneruskan kerja yang masih tertangguh.

******

"Kak Isha, tak boleh lah macam ni. Demam akak panas sangat ni? Fatin hantar akak pergi klinik, ye?"

"Takpe lah... sikit aje ni... nanti sembuh lah sendiri..." jawan Isha lemah.

"Mana boleh macam tu, kak. Akak tak kesian kat ibu ke? Sedih tau dia tengok akak macam ni? Akak sorang je yang ibu ada sekarang ni..."

Isha memandang ke arah ibunya. Terasa bersalah pula bila melihat ibunya risau. Dia tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu. Kau memang suka menyusahkan orang, Isha!

"Ibu... Fatin... maafkan Isha... " kedengaran suara Isha agak serak.

"Takpe sayang... ibu maafkan. Kita pergi klinik, ye?" pujuk ibunya lagi. Manakala Fatin hanya mengangguk. Sebak pula hatinya melihat keadaan Isha.

Isha sekadar mengangguk.

Puan Iza dan Fatin mengucap syukur dalam hati. Alhamdulillah.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now