Bab 7

5.2K 197 0
                                    

Setelah selesai memastikan kesihatan pesakit telah pulih sepenuhnya, doktor memberikan kebenaran kepada Isha Damia untuk keluar dari wad. Syukur! Alhamdulillah, selama seminggu lebih menjadi penginap di wad hospital, akhirnya dia kebah dari demam yang tiba-tiba menyerangnya.

"Terima kasih, doktor." ucap Isha, ikhlas sambil menghadiahkan senyuman nipis.

"Sama-sama..." balas doktor itu seraya tersenyum.

Puan Iza membantu anaknya, Isha Damia mengemas baju ke dalam beg pakaian.

"Isha, ibu nak Isha amik cuti kerja dulu dalam dua atau tiga hari ni, okey?"

"Kenapa bu? Kan Isha dah cuti banyak hari... tak nak lah bos cakap apa pulak nanti." balas Isha.

Puan Iza hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak rasa mahu membalas kata-kata anaknya. Tetapi dia tahu, Isha akan menuruti permintaannya itu.

"Hmmm... baiklah, nanti Isha bagi tahu bos.." Hendak bagi alasan apalah pada bosnya nanti.

Puan Iza tersenyum manis. Begitu juga dengan Isha Damia.

******

"Aku ni dah kenapa?! Buat itu tak kena, buat ini tak kena... kau ni dah kenapa, Riz... dah kenapa?!" Fariz Elman merungut sendirian.

"Kenapa kau ni?" soal Izzul yang tiba-tiba sahaja muncul.

"Hah.. yang kau ni dah kenapa tetiba muncul? Dari mana?" soalan dijawab dengan soalan.

"Eh, aku tanya kau? Kau tanya aku pulak?"

"Apesal? Aku dah tak boleh tanya kau soalan ke?"

"Bukanlah macam tu. Sekurang-kurangnya.... kau jawablah soalan aku dulu. Lepas tu kau tanya lah apa yang kau nak tanya..." jawab Izzul senafas.

"Hmm... kau tanya apa tadi?"

"Lain kali bila 'cikgu' tanya, beri tumpuan sepenuhnya..."

"Seriuslah weh... sejak bila kau jadi cikgu ni...?" Fariz mengangkat kedua-dua belah keningnya.

"Ha ha ha! Chill lah bro...". Sambungnya lagi "Kenapa kau ni, Riz? Aku tengok macam tak terurus je kau hari ni?"

"Kau tanya aku kenapa? Aku sendiri pun tak tahu..."

"Macam orang hilang bini je... ha ha"

"Maybe..."

Izzul Daniel memandang tepat ke arah sahabatnya itu.

"Aku tahu aku ni handsome... tapi tak payah lah pandang macam tu... ehem."

Diam. Angin sepoi-sepoi bahasa. Bayu pagi meniup lembut. Kah kah!

"Hoi! Janganlah pandang aku macam tu! Geli lah..." pen yang berada ditangannya, di balingkan ke arah Izzul yang sedari tadi asyik memandang ke arahnya. Dah kenapa pulak mamat sorang ni?

"Hesy... sakitlah! Nasib tak kena mata aku!"

"Lagi bagus kena mata kau. Takde lah kau tengok aku macam tu lagi... naik seram aku..."

"Amboi, jahatnya kau nyah!" Izzul buat gaya ala-ala bapuk gitew.

Ha ha ha ha! Meledak akhirnya ketawa mereka. Kalau sehari tak bergurau, tak sah!

******

Puan Zila terasa mahu termuntah setiap kali anaknya, Fatin menyebut nama Isha Damia!

"Kau kalau sehari tak sebut nama dia tak boleh ke, Aten?" soal Puan Zila.

"Haah, betul cakap mama tu... semak je!" sampuk Farah, kakak kepada Fatin.

"Ma, kenapa ma bencikan sangat kak Isha tu? Apa salah dia? Besar sangat ke kesalahan dia sampai sebut nama dia pun tak boleh? Dia tu anak saudara mama tau?" Balas Fatin menyedarkan sikap mamanya yang semakin hari semakin membenci kakak sepupunya itu.

"Yang kau nak bela dia sangat tu, kenapa?" soal Farah lagi.

"Aten bukan bela dia tapi betul kan apa yang Aten cakap tadi tu?"

"Ada sebab lah kenapa mama bencikan si Isha tu..!"

"Sebab apa?" soal Fatin, hairan.

"Aten tak perlu tahu..." jawab Puan Zila selamba sambil memberi isyarat pada Farah. Farah hanya mengangguk.

Fatin tidak dapat menangkap isyarat apakah yang diberi mama tadi kepada kakaknya itu.

"Mama ada sorokkan sesuatu dari Aten ke?"

"Kau tak faham bahasa ke apa? Mama dah cakap tadi kan, kau tak perlu tahu!" marah Farah.

"Aten perlu tahu jugak ma... Aten pun anak mama!" Dia tidak menghiraukan kata-kata kakaknya itu.

Puan Zila memandang tajam ke arah Fatin. Haish! Entah apalah dua beranak tu hasutkan anak aku sampai jadi macam ni? Degil!

"Aten!" Kau pekak ke apa?"

"Kau ni dah kenapa kak?! Aku tahu kau cemburu dengan kak Isha kan sebab dia lagi cantik dari kau..! Semua yang ada pada kak Isha , tak ada pada diri kau sebab tu kau cemburu bila semua orang sayangkan dia. Entah-entah majlis kahwin kak Isha yang tak jadi tu pun kau yang rancangkan?" tebak Fatin.

Muka Farah menjadi merah padam. Tiba-tiba dia menjadi patung. Tak bergerak walaupun seinci. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat.

"Apesal diam! Betulkan apa yang aku cakap ni?"

"Aten!" tengking Puan Zila.

Pang!

Berpinar mata Fatin, pipinya terasa pedih sekali akibat ditampar oleh mamanya sendiri. Air mata yang bertakung di tubir mata, menitis laju tanpa henti. Dia mengosok perlahan pipinya yang sakit itu.

Tidak ada sedikit pun riak wajah Puan Liza menyesal dengan tindakannya. Farah pula tersenyum tanda kemenangan.

Akhirnya Fatin mengalah dan meninggalkan mereka berdua di situ. Kunci kereta dicapai lalu tombol pintu dipulas dan dihempas kuat tanda protes! Kereta yang dipandu dipecut laju. Tidak tahu kemana hala tuju. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia keluar dari rumah itu. Namun bila difikirkan semula, dia tidak mahu menjadi anak derhaka.

Semoga suatu hari nanti mamanya sedar dengan apa yang dia lakukan. Begitu juga dengan kakaknya itu. Doanya dalam hati.

******

"Termenungkan apa tu, Riz?" tegur Puan Sharifah dari belakang.

"Eh, mama. Takde pape lah. Saja tengok keindahan alam ni." Fariz tersenyum nipis menyembunyikan rasa gelisah dihati.

"Ye ke ni? Atau Riz teringatkan buah hati? Siapa yang bertuah tu? Bawaklah dia datang rumah... jumpa mama dan papa." Puan Sharifah cuba menduga atau lebih kepada mengorek rahsia anaknya itu.

"Hesy, mama ni... ke situ pulak."

"Takkanlah anak mama yang handsome ni takde buah hati? Tak percayalah..."

"Betul lah tu ma... Riz memang handsome pun. Ermm... calon tu dah ada cuma..."

"Haa... kalau dah ada calon tu cepat-cepatkan lah. Mama dah tak sabar nak timang cucu ni.."

Ha ha ha!

"Mama ni... over lebih lah..." Fariz tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Malu!

"Apa salahnya kan?"

"Tak cakap pun salah. Ha ha!"

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now