Bab 35

3.3K 120 3
                                    

"Kau dah kenapa?!" Farah menengking sambil melontarkan botol yang masih berisi air ke arah Izzul yang sedang jauh termenung.

Tindakan Farah menyebabkan Izzul tersentak. "Kau apehal? Baling-baling botol ni? Period ke?!" Giliran Izzul pula menengking.

"Kau tahu tak Fariz dan Isha dah berkahwin?" Kata Farah perlahan, cuba mengawal emosinya yang tidak stabil.

"Tahu..." balas Izzul selamba, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Habis tu? Kenapa kau biarkan perkahwinan tu diteruskan? Kenapa kau tak cuba halang Isha? Kau kata kau cintakan Isha? Mana pergi cinta sejati kau tu??" Soal Farah bertalu-talu.

"Perlu ke aku halang dia? Kalau dengan perkahwinan itu saja yang boleh bahagiakan dia. Lagipun aku dah lepaskan dia ditangan orang yang betul. Ya... memang aku cintakan dia... sangat-sangat cintakan dia tapi dia tak cintakan aku. Jadi buat apa aku nak paksa dia? Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ni. Aku tak nak sakitkan hati dia lagi." Kata Izzul bersahaja.

Farah mencebik. "Ceh! Kau ingat ni dalam drama ke? Kalau betul kau cintakan dia, kau kena berusaha untuk dapatkan dia balik. Bukan ini ke yang kau nak selama ni??"

"Ya, memang itu yang aku nak!! Tapi kalau dulu kau tak perangkap aku... dah lama aku dapat memiliki Isha Damia!! Semua ni sebab kau!! Kau yang terlalu tamak dan cemburu terhadap sepupu kau sendiri!! Sampaikan aku yang terpaksa menanggung malu disebabkan tindakkan bodoh kau tu!! Manusia jenis apa kau ni?! Tak berhati perut!! Selfish!!

"Habis, kau nak salahkan aku lah?!"

"Hanya orang yang munafik je, tak mengaku salah sendiri."

"Yang kau beria culik aku dulu kenapa? Kau  sendiri yang rancang semua ni kan? Takkan semudah tu je kau nak menyerah?" Farah cuba mahu memujuk Izzul agar tidak mengalah dengan rancangan jahatnya.

"Aku yang rancang, jadi biarlah aku yang hentikan semua ni..."

"Tak! Kau tak boleh menyerah!! Kau harus dapatkan Isha!!"

"Dapatkan Isha atas kepentingan diri kau sendiri?! Macam tu? Agar mudah untuk kau memikat Fariz Elman? Kau ingat taste Fariz ada pada kau ke?" Izzul segera bangun dan  meninggalkan Farah yang masih terkejut dengan perubahan drastik lelaki dihadapannya itu.

"Kau nak pergi mana tu?"

"Aku nak bongkarkan semuanya... aku rela masuk penjara dari terus bersekongkol dengan kau...!"

"Setapak kau melangkah, nyawa Isha akan menjadi taruhan!!" Farah mula mengugut sambil memegang sebilah pisau lipat yang disimpan didalam poketnya.

"Sekali kau sentuh dia, nyawa kau yang akan aku korbankan!! Izzul pula membalas. Dengan segera Izzul melangkah pergi.

Namun secara tiba-tiba Farah menyentuh bahunya dan serentak dia berpaling. Pisau yang berada ditangan Farah telah menusuk ke dalam badan Izzul menyebabkan cecair merah mengalir keluar. Izzul mula menahan kesakitan. "Sam...sampai... haa..ti... kau...!!"

"Maafkan aku Izzul. Aku tak nak buat semua ni... tapi bila kau berubah fikiran, aku juga ubah fikiran untuk bunuh kau terlebih dahulu... lepas tu barulah aku akan bunuh Isha!!" Kata Farah nekad.

Izzul tidak dapat berkata apa-apa lagi selain hanya mampu menahan kesakitan yang teramat sangat.

"Sampai nanti jumpa Isha disyurga tau. Sabar eh, sikit aje lagi..." Farah berbisik dengan nada sinis.

"Kau..." kata-kata Izzul terhenti sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.

"Mampus kau!!" Dia sempat memijak dan menyepak Izzul yang sudah tidak bergerak sebelum segera meninggalkan tempat itu. Dia yakin tiada siapa akan menemui Izzul disini. Biar dia terus mereput seorang diri. "Baru puas hati aku!!

******

"Abang... macam mana? Polis dah jumpa Izzul?"

Fariz hanya menjawab dengan gelengan. Fikirannya sekarang ini sangat kusut. Puas dia berfikir, ke mana hilangnya sahabat baiknya itu? Takkan sampai macam ni sekali dia merajuk bawa diri. Diam tanpa khabar. Kau pergi mana, Izz? Omel Fariz dalam hati.

"Abang..."

"Ya..?"

"Ada mesej dari Izzul..." Isha menghulurkan telefon bimbit kepada suaminya.

"Hah?" Fariz terus mencapai tanpa banyak soal.

"Kau jangan risau pasal aku. Aku baik-baik saja. Aku cuma pergi sekejap, tak lama pun. Hanya untuk tenangkan fikiran dan cuba untuk menerima semuanya dengan redha. Aku tahu sekarang ni polis mesti tengah cari aku kan? Riz, aku bukan kena culik pun, apalagi hilang. Aku cuma pergi sekejap. Nanti aku datang jumpa kau."

Fariz segera membalas.

"Izz! Kau pergi mana? Puas aku cari kau! Kau tak pernah macam nie. Bukan sehari dua tau tapi dah dua minggu, mana aku tak risau."

Selesai menaip, Fariz menekan butang 'send'. Fariz menunggu balasan dari Izzul, namun tiada satu pun mesej yang diterimanya selepas itu.

Fariz cuba mendail nombor milik Izzul tapi tidak boleh kerana nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan dalam talian lagi.

"Macam mana? Dapat?"

"Tak. Izzul dah tak guna nombor ni. Mungkin dia dah patahkan simkad tu. Tak nak kita detect dan tahu dia ada kat mana..."

"Isha rasa tak sedap hati lah..."

"Kenapa ni sayang...?" Fariz mulai risau apabila melihat wajah isterinya itu. Bukan Isha saja merasai seperti itu, dia juga rasakan hal yang sama.

KERANA CINTAWhere stories live. Discover now