PART 32 - It's In The Corner

Začít od začátku
                                    

Alin menekup mulutnya membaca perbualan antara Sarah dan Julia. Ada antaranya menyebut tentang kimoterapi yang dijalani Ray yang tidak menunjukkan peningkatan. Kimoterapi tu untuk sakit kanser kan? Ray ada kanser? Oh Tuhan!

"Ya..ya...Alang boleh balik. Tapi esok datang awal, tau." Suara Julia kedengaran di luar pejabat. Alin cepat-cepat menutup kembali dan menyumbat telefon itu ke bawah longgokan fail. Dia pantas duduk di kerusi di tepi dinding.

Pintu dibuka. Julia agak terkejut melihat Alin di dalam pejabatnya. Walaupun para pekerja dibenarnya masuk untuk berehat dalam masa rehat.

"Alin? Buat apa kat dalam ni?" tanya Julia kerana sekarang bukan masa rehat. Dia menyelak fail dan mengambil telefonnya. Mesej dari Sarah dibaca.

Alin membuang gugup. Dia berharap Julia tidak perasan telefon itu berubah dari tempat asalnya. "Pening sikit. Itu yang masuk sini. Okeylah kak. Nak keluar dulu." Pinta Alin lekas-lekas bangun.

"Kejap Lin." Tahan Julia. Dia membuka beg tangannya. Dalam perjalanan pulang ke sini tadi Julia mengeluarkan wang untuk diberikan kepada Alin.

"Ini, advance. Tapi Puan Sarah luluskan RM200.00 je." Ujar Julia.

Wajah Alin serta-merta ceria. Dia mengambil sampul itu. "Terima kasih kak!"

Julia mengangguk. Langkah Alin dilihat sahaja keluar dari situ. Dia membuka lacinya. Nah! Memang di agak. Alin pasti menyelongkar lacinya. Dia mesti menyiasat kenapa Alin seperti sedang tercari-cari sesuatu. Duitkah? Dia mula mengesyaki Alin dari semasa Alin bertanya-tanya tentang keberadaan Ray.

********************************

"So, manager kau akan ke hospital hantar makanan pada Ray? Ray sakit apa?" tanya Hanna.

"Ya. Tak tau pulak aku sakit apa. Kanser kot kalau dah sebut pasal kimoterapi, kan? Got to go. Dia keluar kejap lagi." Beritahu Alin pantas memutuskan talian apabila Alang sedang menuju ke arahnya.

"Oi. Mana boleh guna telefon masa kerja." Tegur Alang yang mengepit helmet di tangannya.

Alin mencebik. "Sibuklah. Blah cepat sikit." Rengus Alin sebelum menuju ke bahagian depan restoran.

****************************************

Bagaikan spy, Hanna menunggu di dalam keretanya. Dia memerhati kereta Viva berwarna silver seperti yang Alin beritahunya tadi. Sudah lebih setengah jam dia menunggu. Hatinya sudah hilang sabar. Mana pulak? Tak jadi pergi ke? Belum sempat dia menghubungi Alin untuk bertanya, Hanna melihat kelibat Julia keluar dari pintu belakang restoran dan menuju ke keretanya. Kereta itu kemudian bergerak. Pantas Hanna mengekori kereta Julia.

****************************************

Hanna memberhentikan keretanya tidak jauh dari Julia. Mujur juga Julia tidak mengenalinya.

Hanna mengekori langkah Julia. Dia turut sama menaiki lif yang dimasuki Julia. Julia tidak perasan dia diekori hanya tersenyum kepada Hanna.

Mereka keluar di tingkat yang sama. Hanna ke kiri sementara Julia ke kanan. Tetapi apabila Julia sudah agak ke depan, Hanna berpatah semula mengekori Julia yang sudah memasuki satu bilik persendirian. Hanna melihat nama di pintu. Ya. Ray Harris. Hanna mengintai di cermin di pintu. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sangkanya Ray hanya bermain-main tempoh hari. Tetapi dia sungguh bodoh kerana mengambil ringan perkara itu. Jantungnya seakan-akan luruh. Ray sememangnya terbaring di katil.

"Cari siapa?" sapaan itu mengejutkan Hanna yang pantas berpaling. Tidak sedar air matanya mengalir. Hanna pantas mengelap wajahnya.

Jururawat itu memandang Hanna yang terhendap-hendap, hairan. "Err... nurse, pesakit di dalam ni sakit apa ya?"

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRKde žijí příběhy. Začni objevovat