PART 31 - It Feels Right...

Start from the beginning
                                    

"Jagalah Rheya baik-baik ya Dit. Dia tu baik. Mak ingat lagi masa Dit putus dengan dia dulu, walaupun jarang jumpa, tapi mak tahu yang dia tu baik. Tambah sekarang ni. Mak anggap dia tu macam anak mak sendiri. Macam Dit jugak. Mak kecewa kalau kali ni pun tak jadi jugak." Ujar Datin Yasmin penuh harap.

Radit berasa tidak senang. Harapan mak terlalu tinggi terhadapnya. "Sebenarnya mak..." Radit tidak jadi hendak berkata-kata apabila papanya masuk ke ruang makan.

"Haa..baru nak nampak batang hidung?" sapa Datuk Zulkarnain sinis.

"Duduk bang." Datin Yasmin segera menuangkan air ke dalam gelas lalu diletakkan di hadapan suaminya.

"Papa sihat?" balas Radit. Tidak menghiraukan nada sinis Datuk Zulkarnain. Dia sedar dia telah banyak melukakan hati kedua-duanya.

"Hmm...datang dengan apa?" tanya Datuk Zulkarnain lagi. Wajahnya serius.

"Uber." Jawab Radit sepatah.

"Balik karang ambik kunci, bawak balik kereta tu. Tempat letak kereta tu nanti nak letak pasu bunga." Ujar Datuk Zulkarnain seraya bangun meninggalkan ruangan itu. Datin Yasmin tersenyum sahaja. Kelakar melihat telatah suaminya yang hatinya sudah tidak marah kepada anak mereka tetapi tidak pula ingin berlembut.

"Hmm...papa..papa..macam tulah kalau dah cool down tu. Asyik tanya pasal Dit kebelakangan ni." Komen Datin Yasmin menggeleng-geleng. Pasu mana pula yang hendak diletakkan di tempat letak kereta Radit itu? Alasan bukan main...

"Dit, dah jangan nak naikkan semula darah papa. Ikut cakap dia, ambik semula kereta Dit tu. I think you had learn your lesson enough, right?"

Radit tersenyum lebar. Mak takkan tahu apa yang telah dilaluinya sejak dia hidup di luar itu. "Baik mak. Tapi Dit tak nak balik kerja dengan papa. Well, bukan dalam masa terdekat ni." Dia sayang pula mahu meninggalkan kerjanya dengan Ammar. Mereka ada merancang untuk bergabung dan membuka firma arkitek sendiri. Namun, kasihan pula dengan papa. Teringat juga dengan janjinya dengan Rheya tempoh hari.

"Yalah, mak faham." Balas Datin Yasmin. Biarlah mereka mengambil langkah satu-persatu. Dia bersyukur sebenarnya kerana perubahan Radit yang begitu ketara.

Radit membunyikan hon kepada maknya hampir sejam kemudian. Lama benar tidak memandu kereta kesayangannya ini. Nak selfie sikitlah. Kemudian, dia menghantarnya kepada Rheya. Dan Rheya membalasnya dengan emoji terkejut dan thumbs up! Radit tertawa. Dia langsung mengajak Rheya makan malam dengannya.

*********************************

Hanna memandang pasangan di hadapannya ini. Hatinya diselubungi satu rasa. Ada bayi di dalam kendongan si lelaki. Bapa budak itu agaknya.

Serta-merta dia teringat peristiwa lalu. Hanna sedar dia jahat. Dia sudah melakukan perkara jahat. Dia pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang acap kali berkata kepadanya bahawa dia akan mengahwininya suatu hari nanti. Dan setiap kali itu juga Hanna terpujuk dengan rayuan lidah tidak bertulang lelaki itu. Dia pernah mengandungkan anak lelaki itu. Sudah pasti lelaki itu tidak mahu bertanggung jawab dan menawarkan pembiayaan semua kos untuk Hanna gugurkan kandungannya. Oh! Betapa bodohnya dia masa itu.

Teringat wajah umi yang kesedihan. Umi seorang yang alim. Tetapi iman bukanlah diwarisi. Hanna hanyut lagi selepas itu. Terbang bebas dari satu lelaki ke satu lelaki. Radit dikenalinya tidak lama selepas itu dan Hanna sedar Raditlah lelaki yang sesuai denganya. Sedar yang Radit bukanlah lelaki yang baik apatah lagi boleh membimbingnya, namun ada kalanya Hanna berharap Radit akan menganggapnya lebih dari teman biasa. Hanna terlupa, Radit juga manusia biasa.

Tetapi lelaki itu juga sama! Lelaki itu juga turut meninggalkannya untuk berkahwin dengan perempuan lain. Hanna terasa dipermainkan walaupun hakikatnya dia dan Radit tidak pernah jelas hubungan mereka apatah lagi punya rancangan untuk berkahwin! Tetapi Hanna lebih suka punya sesuatu atau seseorang untuk dipersalahkan.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now