PART 28 - Hidayah Tak Kenal Dosa

Start from the beginning
                                    

"Aku seronok tengok kau dah makin berubah." Ujar Ammar tersenyum.

"Taklah berubah apa sangat. Cuma aku ingin jadi yang baik bagi Rheya."

"Baguslah Dit. Aku nak pesan, tetapkan hati kau, berubah kerana Allah. Iman ni ada pasang surut, selalu berubah-rubah. Syaitan pun suka sangat nak menyesatkan manusia. Hati-hati melangkah. Aku sentiasa sokong kau Dit." Ammar menepuk bahu Radit sambil menasihati.

Radit hanya tersenyum mengangguk.

*************************************

Radit pantas mengangkat panggilan. "Ray! Kau kat mana? Aku call dari kelmarin tak dapat-dapat." Terjah Radit, terhenti dari membuat kerja.

"Aduhh..sakit telinga aku. Aku balik kampung kejap." Terdengar ketawa Ray di hujung talian.

"Jauh betul. Kau dah okey ke ni travel jauh-jauh? Kau pergi dengan siapa?" Radit tahu kampung yang dimaksudkan Ray itu. Ray tidak punya kampung lain melainkan tempat kelahiran arwah bapa Ray, di Toronto. Ibu Ray pula sudah tidak punya siapa lagi di kampungnya di Pulau Pinang.

"Dengan Ingrid. Macam biasa la. Tak makin sembuh pun. Aku cuma nak jalan-jalan di tempat ni sementara aku ada lagi ni. So, macam mana kau dengan Rheya?" tanya Ray, tidak mahu bercakap lagi tentang dirinya.

Radit mengeluh berat. "Aku dah buat salah." Radit mula menceritakan semua yang berlaku dari hari Hanna memerangkapnya, hinggalah ke hari dia bertemu Rheya.

Ray di hujung talian mendengar dengan tekun. Habis Radit bercerita, kedua-duanya terdiam.

"Ray, kau masih rasa semua ni berbaloi ke?" tanya Radit setelah beberapa minit berlalu. Dia akan hentikan semuanya jika Ray berubah fikiran. Dia masih merasakan dia tidak layak untuk gadis seperti Rheya. Dia masih boleh berhenti sekarang walaupun hatinya sudah terikat kuat dengan Rheya.

"Ya, Dit. Aku takkan ubah fikiran. Kau kenal aku dah lama kan? Sekali aku buat keputusan itu ajelah sampai last. Aku pasti semua ni akan baik-baik aje. You have changed 'till this point. You are a good person, don't ever give up, Dit. Kau kena jaga Rheya. Kau sayangkan dia, please Dit." Ujar Ray.

'Ray tahu aku boleh jadi baik, aku pulak rasa tak aku ni boleh jadi baik?' Radit berkata di dalam hatinya.

"I'll do my best. So, bila kau nak balik?" tanya Radit. Dia penat otak sebenarnya. Kadang-kala dia suka jadi dirinya yang sekarang, tetapi kadang-kala hatinya meronta-ronta hendak buat jahat. Oh, Tuhan...

"Jangan nak tukar topik. Hantu aku akan datang jumpa kau kalau-kalau kau buat tak elok pada Rheya!" ugut Ray dalam gurauan.

Radit ketawa lepas. Dalam sakit-sakit Ray masih gemar berlawak. "Yalah. Yalah."

"Aku kat sini seminggu aje. Next kimo minggu depan." Rawatan kimoterapinya hanya berbaki lima sesi sahaja. Pemeriksaan tempoh hari menunjukkan kesihatannya semakin merosot. Dan buah pinggangnya sebelah kanan sudah mula menunjukkan tanda-tanda kegagalan berfungsi. Dia berkeputusan untuk menghentikan rawatannya.

"Okay, aku jumpa kau next week. But, please bro. Next time boleh tak cakap ke mana kau nak pergi. Aku risau bila tiba-tiba pergi hospital kau takde kat bilik kau." Pesan Radit.

"Hahaha...I will." Terharu Ray apabila ada yang mengambil berat tentangnya sampai begitu.

"So, hari jadi Rheya kan lusa, apa hadiah kau nak kasi dia?" tanya Ray.

Radit melopong. "Ya ke??" dan Radit menadah telinga mendengar Ray membebel di hujung talian, tentang betapa tidak patutnya Radit lupa hari jadi kekasih mereka itu.

***************************

Radit merenung rak cenderahati di hadapannya. Buntu. Nak bagi apa ni? Bunga dah selalu, dah muak aku tengok bunga. Coklat, kang muntah pula Rheya kerana itu pun dah selalu Radit bagi padanya.

'Frame? Isy, ingat zaman sekolah ke? Teddy bear? Rheya dah dewasa kot. Mug bertulisan ucapan hari lahir? Klise..but still an option.' Kemudian Radit tersentak apabila terpandang kedai barang kemas. Dahinya ditepuk kuat. 'Shit! Bodoh betul.

Rheya perempuan dewasa and grown woman knows how to appreciate diamonds!' Hatinya berkata. Lantas kakinya melangkah masuk ke kedai barang perhiasan itu. Rambang matalah pula. Cincin? Isy...belum masanya. Kan hari tu dah kasi cincin tunang. Radit berkira-kira sendiri.

"Boleh saya bantu encik? Encik nak cari untuk siapa?" sapa wanita jurujual di seberang kaunter.

"Nak cari hadiah birthday untuk tunang saya. Apa yang sesuai eh?" tanya Radit kepada gadis itu.

Jurujual itu tersenyum. "Bangle ni macam mana encik?" jurujual itu membawa Radit ke ruang perhiasan bangle emas.

Hatinya terasa berkenan. Membayangkan bangle itu terlilit di pergelangan tangan Rheya. Cantik! Dia melihat pula tanda harga. Mak aiii...senak perutnya.

"Err...ada diskaun tak?" seumur hidupnya itulah kali pertama dia bertanyakan tentang potongan harga.

Jurujual itu senyum lagi. "Ada, kebetulan sekarang kita tengah buat promosi sempena perayaan. Sekejap ya encik."

Dengan potongan harga pun bangle itu masih lagi mahal, hampir lima angka. Radit pejamkan sahaja hatinya ketika kad debit diberikan kepada jurujual itu. Dia juga meminta bangle itu dibalut. Selesai membeli hadiah Rheya, Radit meninggalkan pusat membeli-belah itu.

Hari jadi Rheya esok, dia sudah merancang untuk memberi kejutan di pejabat Rheya dan membawa gadis itu makan malam. Dan berharap semuanya akan berjalan lancar. Selepas peristiwa tempoh hari, adalah sesekali dia menghubungi Rheya.

to be continued...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now