PART 27 - Lelaki Dan Janji Mereka

Start from the beginning
                                    

"Hey, Dit, I'm Sandy. Come and dance with me? Please..." Sandy sudah melentok-lentokkan tubuhnya. Radit serba salah. Nak tolak kang bukan anak jantan. Dah orang serah diri, belasah aje lah! Hatinya jahat dirasuk syaitan. Dia sudah bangun.

"Eh! Takpe-takpe, tinggal aje phone you dengan I kat sini." halang Hanna sebaik Radit ingin mencapai telefonnya di atas meja. Radit tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah biasa meninggalkan telefonnya dengan Hanna. Dia terus didorong ke lantai tarian oleh Sandy. Dah macam kucing siam si Sandy. Apa lagi Radit sudah lupa diri, lupa segalanya hanya mengikut hawa nafsunya. Mujur tidak melarat-larat ke bilik tidur itupun hanya kerana dia tidak minum semalam. Allah...Allah...bilalah Radit akan betul-betul berubah?

Radit tersedar dari lamunannya. Patutlah beria benar Hanna menyuruh Radit mengikut Sandy. Pasti Hanna telah mengambil nombor Rheya hanya untuk menghantar gambar-gambar dia sedang menari dengan Sandy. Radit meramas rambutnya, geram.

Dia terus menghubungi Rheya. Panggilannya tidak berangkat. Dia terus menaip mesej kepada tunangnya. Sepuluh minit. Setengah jam. Radit menelefon Rheya sekali lagi. Kali ini Rheya menutup telefonnya. Rheya benar-benar marah. Rosaklah rancangannya yang sedang berjalan lancar itu.

"You ni memang tak guna kan? Sanggup you perangkap I dengan kawan you tu. Berapa you bayar dia?" hambur Radit tanpa bertangguh apabila dia menghubungi Hanna.

Hanna ketawa menyakitkan telinganya apatah lagi hati Radit. Pasti Rheya sudah marahkan Radit. Dia hanya mengatakan yang Radit memang patut menerima balasannya kerana berani meninggalkannya begitu sahaja.

"Eh! Antara kita tak pernah ada apa-apa tau? Yang you nak sentap sangat macam you ni girlfriend I kenapa?"

Tut..tut..tut...Radit merenung telefonnya tidak percaya. Hanna memutuskan panggilannya. Sial! Radit meletakkan telefonnya ke tepi. Esok dia akan memujuk Rheya. Sehingga semalam, hubungan mereka elok-elok sahaja. Hingga Rheya ada mengajaknya makan tengah hari bersama esok dan Radit tidak sabar-sabar hendak berjumpa tunangnya itu kerana kali terakhir dia berjumpa Rheya hanya pada hari dia menghantar Rheya dan keretanya di rumah gadis itu. Masaklah dia hendak memujuk Rheya.

Coklat berkacang hazel lagi?

.

.

.

Kali ini Rheya sudah bersedia dari mental dan fizikal. Dia sudah betah dengan keadaan ini. Rasanya sudah lama dia tidak berasa marah begini. Sementelah Ray seorang lelaki yang baik, bukan kaki clubbing tentunya! Dia boleh menasihatkan Radit jika itulah sebab semuanya terjadi. Mungkin Allah aturkan begini supaya Radit menjadi lebih baik dan melalui Rheya sendiri. Dia tidak merasakan dirinya lebih baik dari Radit, tetapi dia tahu rasanya menjadi liar, tidak tentu arah hidup, hidup hari-hari hanya untuk berseronok. Dan sepatutnya Radit yang menjadi pembimbingnya sebagai suami kelak!

"Cik Rheya, Encik Radit nak jumpa cik." Setiausahanya bersuara melalui butang interkom.

"Suruh dia masuk." jawab Rheya tanpa bertangguh. Dia cuba menenangkan diri. Pintu ditolak perlahan, beberapa saat kemudian, wajah sugul Radit kelihatan.

"Assalamualaikum." Sapa lelaki itu.

"Waalaikumsalam." Jawab Rheya. "Kalau you ada bawak coklat ke, just simpan dalam poket you, I'm not that easy." Perli Rheya. Radit baru sahaja ingin mengeluarkan bar coklatnya.

"You're so bright." Ujar Radit meleretkan senyum.

"Dan I juga tak makan kata pujian."

"Look Rheya, I..." Radit terhenti berkata-kata apabila Rheya menggeleng-geleng.

"No, Dit. I tak nak kata-kata maaf. I dah bosan dengar. I cuba menerima you. Mana effort you untuk berubah? Apa yang I lihat semalam tu bukan perubahan namanya Dit." Ujar Rheya, masih tenang.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now