PART 23 - Baby Step

Start from the beginning
                                    

"Manusia boleh berubah." Ujar Rheya. Dia tahu perubahannya memang akan membuatkan siapa yang kenal dia enam tahun dulu bertemu dengannya hari ini pasti tidak akan mengenali dirinya. Syukur pada Allah SWT yang masih memberikan dia peluang untuk berubah.

"Mestilah." akui Radit.

"You bawa apa tu?" tanya Rheya memuncungkan bibirnya ke arah beg kertas kecil di sisi Radit.

"Oh, lupa pulak. Untuk you." Lantas Radit menyerahkan beg kertas itu kepada Rheya.

"Thanks." Rheya mengeluarkan barang di dalam beg kertas itu. Coklat Cadbury hazelnut. "Mana you tau I suka coklat ni?" dah lama dia nak tanya Radit mana dia tahu tentang coklat ini.

Memang tidaklah Radit hendak memberitahu Rheya tentang itu. "Adalah. Cepatlah keluarkan satu lagi." Gesa Radit. Dia mahu melihat reaksi Rheya.

Rheya mencapai satu lagi. Gameboy. Rheya ketawa spontan. Radit terpegun sejenak. Dia baru sahaja membuat Rheya ketawa. "You bawak game purba ni untuk I?" ujar Rheya menekan 'on' di alat permainan yang sudah hampir 10 tahun dia tidak lihat.

"Lama tak pernah nampak Gameboy kan? I jumpa kat Perak hari tu masa keluar dengan Ammar." Beritahu Radit. "You ingat tak dulu I ada belikan you game ni...err..." Radit memikir-mikir, "..masa birthday you kot. Atau event apa entah. I dah lupa." Ujar Radit. Ingatannya tentang peristiwa itu hanya samar-samar. Diperahnya otak untuk mengingatinya.

"I pun tak ingat." Bohong Rheya. Malah dia ingat dengan baik setiap peristiwa yang melibatkan kenangannya dengan Radit. Mereka menyertai satu ekspidisi dengan kawan-kawan mereka. Memandangkan perjalanan mengambil masa hampir empat jam, Radit telah membelikannya permainan ini untuk Rheya yang kebosanan.

"Ah! I dah ingat. Masa kita nak ke Gunung Tahan kan." Seru Radit. Mula mengingati peristiwa itu samar-samar.

"Yalah kot." Banyak kenangannya bersama Radit di situ. Tanpa kerelaan Rheya, satu-persatu memori mereka di Gunung Tahan kembali terlayar di fikirannya. Gelak tawa, gurauan mereka, segala-galanya. Waktu itu juga adalah kemuncak kasih Rheya terhadap Radit hanya dengan sifatnya yang suka melindungi.

Rheya masih ingat dengan baik semasa dia kepenatan dan kakinya luka melecet yang agak teruk semasa mereka meredah hutan dan Radit dengan rela hati membiarkan Rheya untuk 'piggyback' lelaki itu di sepanjang jalan. Habis mereka diketawakan teman-teman tetapi Rheya dan Radit tidak mempedulikan usikan-usikan nakal itu.

"You main sepanjang jalan game tu sampai bateri habis." Lamunan Rheya terhenti apabila mendengar ketawa Radit. Dia hanya mendengar Radit berkata-kata sambil merenung Radit tanpa sedar. Hatinya terusik sedikit. Macam-macam juga yang Radit lakukan untuk membuktikan bahawa dia telah berubah selama mereka bertemu kembali.

Dan mendengar dari Jenice, lelaki itu juga yang bertungkus lumus mengangkat kayu-kayu yang menimpanya dan risau separuh nyawa melihat keadaan Rheya yang tidak sedarkan diri. Kenapa pula dia terasa aneh? Adakah dia sedang menilai semula tindakan Radit dan mempertimbangkan kata-kata Ray supaya memberi peluang kepada Radit.

"Rheya?" panggil Radit sambil melayang-layangkan tangannya di hadapan Rheya yang kelihatan ralit.

"What?" Rheya tersentak.

"You berangan apa?" tanya Radit tersengih.

"Rheya? Eh, Radit pun ada? Marilah masuk boleh makan tengah hari sekali. Rheya, ajak Radit masuk." Suara mama mencelah tiba-tiba. Mama kembali masuk ke dalam.

Rheya bangun perlahan. Mana mungkin dia hendak memberi peluang semudah itu kepada Radit. Atau mungkinkah peluang kedua itu wujud untuk bekas teman lelakinya itu. Hatinya menyebut satu perkataan. Tunang. Lelaki ini bukan sekadar bekas teman lelaki tetapi kini adalah tunangnya.

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now