Malang Tak Berbau - 1

Start from the beginning
                                    

Rheya melihatnya tajam. "Kenapa pulak you pandai-pandai cut I punya plan?" tanya Rheya, tidak puas hati.

"Kolam ni tak besar mana. Sebiji lampu aje dah tinggi volt dia. Untuk kolam sebesar sepuluh kaki kali dua belas kaki ni, 10 biji lampu you tak rasa terang sangat ke?" Radit mengkritik.

"Ini bukan pasal terang tak terang. Tapi pasal you pandai-pandai tukar plan I, and for your information Encik Radit, tempat ni luas, dan kolam ni centre of the attraction." Terang Rheya, berang. Sudahlah dia memang bencikan lelaki itu, sekarang ditambah pula dengan Radit yang pandai-pandai mengubah plannya.

Radit mendengus. Pantang jika kata-katanya dibahas. "Kan kat tepi-tepi ni pun ada lampu taman lagi. Kecoh kenapa?" balas Radit, tegas.

"Itu lampu laman, voltan setiap lampu tak tinggi. Apahal pulak nak kaitkan lampu laman dengan lampu kolam ni?" sikap Radit memang menjengkelkan.

"Dahlah korang. Macam ni aje. Kita letak dulu lampu ni lima, tapi lubang lampu tu kita tebuk 10. Kita tengok nanti macam mana. Kalau nanti tak terang, kita up lagi lima, kalau dah cukup terang, kita kekalkan lima. Okay tak Rheya, Radit?" Ammar memberikan cadangan sekaligus menamatkan pertengkaran pasangan itu.

Rheya melihat Radit tajam yang memandang Rheya tanpa ekspersi. "Nope. I nak jugak lampu ni 10 biji. I dah ukur ruang dan kedalaman kolam. Semua sesuai dengan 10 lampu tu." Tegas Rheya.

Ammar menggaru-garu kepalanya. Susah kalau dua-dua tak mahu kalah. Akhirnya dia yang tersepit di tengah-tengah.

"Okay. Lagipun semua dah dipersetujui. Kita buat ikut plan asal you. Sorry Rheya." Pinta Ammar.

Bukan salah Ammar pun, yang salah lelaki yang tiba-tiba patung dihadapannya itu. Radit hanya teruskan kerja mengambil gambarnya. Senyap seperti tiada apa yang berlaku.

"It's okay." Ujar Rheya. Dia terus melangkah keluar ke kawasan pantai. Kerja mereka sebenarnya hanya bermula esok. Esok juga jubin yang ditempah Janice akan dihantar.

Perbincangan dengan kontraktor, juga tinjauan kerja-kerja akan memenuhi jadual mereka selama tiga hari ini. Rasanya kalau tiada halangan, projek ini akan mengambil masa empat ke lima bulan. Rheya berharap sangat tiada lagi pertukaran dan sikap pandai-pandai Radit terhadap plannya.

"Kau buat apa ni Dit. Kenapa aku tak tau?" tanya Ammar, kurang berpuas hati.

"Alah, aku sengaja aje nak kacau dia." Radit ketawa sendiri. Kalau tidak begitu, Rheya tidak akan mengendahkannya apatah lagi hendak bercakap dengannya dengan memandang matanya. Hanya membuat gadis itu marah sahaja, Radit akan mendapat perhatian.

Ammar menggeleng-geleng. "Hai, lantak koranglah, jangan sampai projek ni hancur dahlah."

*****************************************

Makan malam diselang-seli dengan latar belakang kerja yang pernah dilakukan. Yang banyak bercerita adalah Ammar dan Janice. Manakala Rheya dan Radit pula hanya menyampuk sesekali apabila perlu.

"Dit you dulu grad mana?" tanya Janice ingin tahu. Mereka telah selesai makan.

Radit menyedut sedikit minumannya. "Ottawa." Jawabnya sepatah.

"Oh, I ingatkan you dengan Rheya study sama. Macam mana you berdua kenal, eh? I tanya Rheya asyik mengelak aje." Tanya Janice mengambil peluang ini untuk mengenali teman-temannya lebih dekat.

Rheya mula tidak senang duduk. Janganlah Radit membuka kisah silam mereka, tambah-tambah kisah dirinya yang penuh dengan kejahilan. Ammar pula mendiamkan diri tidak mahu masuk campur.

"Taklah, Rheya dulu grad dari UK kan?" Rheya hanya mengangguk dengan pertanyaan Radit itu. "Kitorang err..pernah kawan dulu ni. Sekarang pulak tunang atas pilihan keluarga." Ringkas Radit menyimpulkan perihal mereka berdua.

Penipu! Getus Rheya di dalam hatinya.

"I ke tandas kejap." Rheya meminta diri. Janice tersenyum. Faham akan situasi itu. Patutlah Rheya tidak mesra dengan Radit. Malah tidak langsung mengendahkan lelaki itu. Dia menganggap yang keluarga Radit dan Rheya mahu mereka berkahwin dan Rheya sudah tiada apa-apa hubungan dengan Ray.

"Err..I dah ngantuklah. I naik dulu." Janice meminta diri. Dia mencapai beg tangannya seraya bangun.

"Eh, tak nak tunggu Rheya ke?" tanya Ammar.

"Encik Radit kan ada. You boleh kan teman Rheya naik nanti?" tanya Janice tersengih. Dia sebenarnya ingin memberi peluang kepada Radit mendekati Rheya. Janice bukan tidak tahu. Sekali pandang sahaja sudah tahu bahawa hubungan Rheya dan Radit dalam masalah. Mungkin mereka dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Atau mungkin ada masalah yang lebih besar berlaku antara mereka.

"Haa..elok juga tu. Jom Janice I hantarkan you ke tingkat you. You, Encik Radit, tunggu tunang you okay. Jangan nak menggatal pula, terus hantar ke bilik." Gurau Ammar memberi amaran turut sama ber 'you', 'I'. Janice ketawa mendengarnya.

"Yalah. I will." Jawab Radit, tersengih. Dia berterima kasih dengan Janice dan Ammar.

Beberapa minit selepas itu, Rheya kembali ke meja mereka. "Janice dengan Ammar mana?" tanya Rheya tanpa melihat Radit.

"Diorang naik dulu. You nak apa-apa lagi ke?" tanya Radit prihatin, kalau-kalau Rheya hendak makan pencuci mulut sekali lagi.

"No. I naik dulu." Rheya bersuara dingin. Dia terus mencapai beg tangannya.

Radit bingkas bangun. "Jom I temankan you." Pelawa Radit.

"Tak payah. I boleh naik sendiri." Rheya menolak dan terus meninggalkan Radit.

Radit tetap mengekorinya. Mereka naik lif bersama. "You kenyang tak?" Radit hampir habis ideanya hendak berbual dengan Rheya.

"Hmm..." jawab Rheya. Lambatnya lif ni! Rengus Rheya. Lif yang sempit dan berdua pula dengan Radit menyesakkan nafasnya. Rheya cuba menenangkan dirinya.

"You ni dah bertambah cantik ke, Rheya?" Radit memuji. Rheya yang memakai jeans dan blaus putih serta bertudung biru laut bercorak abstrak direnung lunak. Rheya memang cantik. Susuk tubuh kecil Rheya tersembunyi rapi dari pandangan Radit atau sesiapa sahaja dalam pakaiannya yang longgar.

Rheya tidak bereaksi. Malah memandang ke arah dinding. Radit tersengih.

"Kenapa you tak boleh berbual biasa dengan I? You takut jatuh hati pada I semula ke?" provok Radit berani.

Rheya memandangnya tajam. "Jangan nak perasan sangat boleh tak? I tak suka bercakap dengan orang yang I tak suka. Kalau you tak buat apa yang you buat pada I, mungkin kita boleh berbual macam biasa. Tapi memang taklah." Kata-kata Radit memang menyakitkan hatinya. Berlagak bagus!

Radit tersengih. "I tahu hati you, Rheya. I cinta pertama you. Ofcourse the sparks are still there, I just have to find the way to light it up again." Ujar Radit santai. Tangannya diletakkan di dalam poket depan jaket hitamnya. Sangat memeluatkan machonya. Dia merenung sisi wajah Rheya. Rasa di hatinya ini mula bercambah. Dia mahu jatuh cinta pada Rheya semula. Sampai bila juga dia mahu bujang dan tak ada arah tujuan?

"Selalu sangat dengan sikap angkuh you tu, tak penat ke?" balas Rheya. Ting! Akhirnya setelah beberapa minit, sampai juga mereka di tingkat tiga. Terasa seperti berjam-jam.

"Tak akan pernah penat nak mengejar you." Balas Radit.

"Whatever!" Rheya lekas-lekas keluar dari ruang yang menyesakkan itu.

Radit turut melangkah keluar dari lif. Mengekori Rheya. "You tak perlu nak jadi gentleman nak hantar I sampai pintu. I boleh balik bilik I sendiri." Ujar Rheya berjalan pantas. Tetapi apalah sangat langkahnya hendak meninggalkan langkah kaki Radit yang panjang itu.

"I jaga anak orang, bakal isteri I pulak tu. Mama you pesan suruh I jaga you." Gurau Radit.

"Tak payah dengar. Buat tak tau je." Jawab Rheya. Menonong ke arah pintu biliknya. Kad kunci di scan sebelum pintu ditolak terbuka.

"Eh, mana boleh mesti kena dengar cakap mentua." Sakat Radit. Rheya tidak lagi mempedulikannya.

"Tak nak ajak I masuk?" Radit menyakat lagi sambil menyandar di dinding tepi pintu.

Dum! Pintu bilik dihempas kuat. "Hai, liar betul merpati ni." Keluh Radit kembali ke lif.

To be continued...

NOVEL : RINDU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now