Part 1 - Pindah!!??

129 11 0
                                    

Pagi yang hiruk pikuk di Bandar New York ini sudah biasa buat Hyerin menyebabkan dia terjaga.

"Rin, palliwa ireona! Nanti lambat nak pergi sekolah!" jerit omma Hyerin, Puan Kim dari bawah.

Seperti biasa, omma akan mengejutkan Hyerin untuk ke sekolah dengan hanya memanggil Hyerin dari bawah sementara dia menyediakan sarapan.

"Nae omma. Rin nak mandi lah ni." tambah Hyerin dengan nada malas.

Setelah siap mandi, Hyerin membuat rutin skincarenya seperti biasa dan mengenakan baju kemeja birunya bersama seluar jeans. Dia kemudian mengemaskan rambutnya yang hanya paras bahu itu. Dia juga mengenakan sedikit lipbalm berperisa strawberi di bibirnya. Hyerin menggalas beg sandangnya dan turun ke bawah untuk bersarapan.

"Good morning appa, omma, hyung!" sapa Hyerin manja.

"Good morning." balas mereka serentak. Hyerin menikmati sarapannya dengan segera. Takut lewat pula ke sekolah.

Selesai makan, Hyerin mencium pipi ommanya dan menuju ke kereta untuk pergi ke sekolahnya iaitu New York High School bersama appa dan hyungnya.

"Annyeong omma!"

"Annyeong!"

●●●

"Good morning, Tif!" sapa Hyerin kepada rakan baiknya.

"Good morning, Rin!"

Hyerin tersenyum apabila berjumpa dengan rakan karibnya, Tiffany.

Beberapa minit kemudian, cikgu mereka pun masuk. Mereka pun memulakan pembelajaran mereka seperti biasa.

●●●

"Rin nanti lepas makan malam, kamu jangan naik dulu ya. Cakap dengan Cheol sekali."

"Nae omma."

Selepas makan tengah hari tadi, Hyerin pun naik ke atas untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Sebelum itu, dia singgah di bilik hyungnya, Hyecheol untuk menyampaikan pesan ommanya.

●●●

Hyerin menonton televisyen bersama dengan hyungnya memandangkan omma mereka suruh tunggu selepas makan malam.

"Omma, kenapa kitorang kena stay dekat bawah ni?" tanya Hyerin kehairanan.

Tiba-tiba ada suara yang mencelah.

"Ada hal sikit appa nak cakap tapi kita kena tunggu someone dulu."

"Nugu?" tanya Hyerin dan Hyecheol serentak.

"Tunggu saja lah." balas tuan Kim selamba.

"Hmm.. Nae."

Beberapa minit kemudian, bunyi loceng kedengaran dan omma membuka pintu. Tiba-tiba Hyerin dan Hyecheol ternampak susuk tubuh seseorang yang sangat mereka rindui. Hyerin dan Hyecheol menjerit serentak.

"Unnie!"

"Noona!"

Mereka gembira apabila melihat kakak mereka, Kim Hyejin yang sudah lama mereka tidak berjumpa.

"Memandangkan Hyejin pun dah balik, jadi appa nak cakap beberapa perkara. Yang pertama, seperti Jin sendiri dah maklum, Jin akan kerja dengan appa since Jin dah habis study."

Hyejin hanya mengangguk.

"Dan yang kedua, hujung minggu ni kita semua akan berpindah ke Korea dan kita akan tinggal di sana. For good." sambung tuan Kim.

[C] Yeonam Itu Yeochin Aku (Chanyeol EXO)Where stories live. Discover now