BAB 59

26.8K 977 50
                                    

Aku menguak kelelahan apabila aku rasakan cahaya mentari mulai menerobos masuk melalui celah jendela ku. Perlahan-lahan aku buka mataku. Seperti apa yang aku tebak, cahaya pagi sudah mulai menyinari menandakan hari lain sudah tiba. Kerana masih lagi leka di atas katil, aku terus pusingkan tubuhku membelakangi jendela.

Bantal guling yang berada jauh di hadapanku, aku tarik lalu aku peluk erat. Sewaktu awal masuk dalam bilik ini, tidur bawah air-cond memang rasa tak selesa tapi bila sudah lama, benda itu jadi terbiasa. Sekarang.. baru aku tahu kenapa orang lebih suka tidur bawah air-cond berbanding bawah kipas. Sejuk dan selesa. Yang penting, sejuk.

Mataku yang mahu sahaja terkatup tak semena-mena terbuka kecil apabila mataku terpandangkan sesuatu di atas laci meja ku. Mataku aku gagahkan melihat benda itu dengan lebih jelas. Terus dahiku berkerut. Susu?!

Rasa mengantuk yang tadinya menyelubungi kepala mulai hilang dan kini diganti dengan rasa pelik. Terus aku bangun dari baringku sambil mataku masih tak lepas daripada memandang cawan yang masih penuh dengan susu itu.

"Siapa pula yang tersalah letak susu ni?" soalku sendirian.

Kiri kananku aku pandang namun langsung tidak kelihatan kelibat seseorang menjengah. Perlahan-lahan tanganku mencapai gelas tersebut dan dengan berhati-hati aku angkat. Nota kecil yang terselit di bawah tapak gelas itu juga turut aku capai.

Baca sahaja nota itu, senyuman ku terukir. Pfft.. kenapa lah dia ni? Tiba-tiba baik hati buatkan susu ini untuk aku?

'Aku nak kau minum benda alah ni. Ini susu yang promoter kata baik untuk baby dalam perut. Lepas dah minum itu, basuh cawan sendiri.'-Ryle.

Tersengih aku bila baca notanya itu buat kali kedua. Walaupun nota itu bunyinya macam tak ikhlas tapi entah kenapa aku rasa terharu dengan layanan Ryle yang satu ini. Caring? Tapi emo..

Perutku yang sedikit buncit aku belai. Tak sangka sudah dua bulan lebih usia kandunganku sekarang ini.  Senyumanku terukir bila mengenang kan layanan Ryle pada aku.

Aku ingat dia taknak anak ini. Ya lah, siapa aje yang nakkan anak dengan perempuan macam aku ni. Ryle itu datang dari keluarga kaya raya, aku pula orang kampung yang kerja kuli aje di Kuala Lumpur ini. Perkahwinan kami pula perkahwinan yang langsung tak mendapat restu dari kedua-dua belah pihak. Keluarga Ryle tak tahu fasal aku dan keluarga aku juga tak tahu siapa Ryle pada aku.

"Baby, ibu minta maaf sebab kamu terpaksa hidup macam ini. Ibu tahu kamu mesti nak membesar dengan ayah kamu kan? Hmm.. tak apalah, sekurang-kurangnya kamu boleh gembira sekarang ini sebab ayah kamu jaga kamu. Bertuahnya kamu, sayang." bisikku perlahan.

Susu itu aku hirup sedikit demi sedikit sehinggalah habis. Setelah selesai sahaja menghabis kan susu tersebut, aku terus melangkah ke bilik air pula. Masa untuk kemas diri!!
...
Satu persatu langkah aku turuni dengan berhati-hati. Cawan bekas susu itu aku bawa dalam tangan kananku. Turun sahaja ke ruang tamu, aku lihat ruang itu kosong tak berpenghuni.

Terus aku susun kakiku ke arah dapur pula. Makin mendekat, aku lihat kelibat dua orang manusia yang sangat aku kenali. Ryle yang perasan akan kehadiran aku sekadar mengerling aku sepintas lalu sebelum tangannya masih lagi rajin menyuakan roti putih ke dalam mulut Puan Sri Maimon.

Tergamam aku dibuatnya. Entah kenapa, rasa bersalahku menyerbu. Haih, sepatutnya aku bangun dan buatkan sarapan tapi tiba-tiba pula hari ini aku terlajak tidur. Terus aku menghampiri Ryle yang sudah buat muka dingin.

"Sorry encik Ryle sebab saya terbangun lambat. S-saya akan masakkan sarapan sekarang juga." ujarku sudah mulai diserbu rasa bersalah.

Ryle hanya mengerling aku. Sempat matanya memandang ke arah cawan kosong yang aku pegang sebelum deheman kecilnya, dia berikan.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now