BAB 51

25K 868 33
                                    

Pintu bilik aku yang tertutup rapat tak semena-mena dibuka dari luar oleh gerangan seseorang. Aku yang tadinya sibuk melipat kain terus menoleh ke arah gerangan si empunya badan. Wajah kelat Mina itu aku pandang dengan senyuman tipis.

"Kau yakin ke?" soal Mina sudah datang mendekati aku yang sedang sibuk mengemas pakaian dan barang aku untuk pulang semula ke kampung halaman aku.

Sudah dua hari berlalu semenjak Encik Ilham berhentikan aku kerja. Sedih? Marah? Kecewa? Semuanya aku rasakan bergumpal dan sebati menjadi satu kata sahaja iaitu redha. Yurp, aku dah redha dengan apa yang menimpa hidup aku sekarang ini.

Pertama sekali, masalah dengan Firzan dan tak habis lepas itu berkahwin dengan Ryle. Tak cukup dengan itu, aku dikejutkan dengan berita kehamilan aku dan sekarang.. aku dipecat daripada kerja aku. Bila kira-kira semula, semuanya berlaku hanya dalam dua bulan aku berada di Kuala Lumpur. Sadis.

"Saya benar-benar minta maaf atas apa yang pekerja saya buat. Cik Kuza tolong maafkan dia. Keputusan untuk pecat dia itu agak tak profesional bagi saya." ujar Ilham cuba untuk memujuk Kuza dihadapannya.

Kuza sudah menggelengkan kepala. Tanpa perasaan bersalah, wajah aku dipandangnya. "Yang salah tetap kena hukum. I give you two choice, right? Fired her or I saman your business?" tegas Kuza masih dengan keputusan nya.

"Apa ni, cik Kuza?!! Kenapa Sara yang kena pecat sedangkan benda itu salah cik Kuza?!" Mina masih berdiri di pihak aku.

Terus dia berjalan menghampiri Ilham yang sudah mulai buntu. Lengan sasa Ilham yang berbalut digoyangnya beberapa kali. Kuza yang melihat kan itu sudah pandang menyampah. Hmm.. pleaselah.

"Bukan Sara yang salah. Cik Kuza yang bersalah dalam hal ini!!!" berkali- kali Mina ulang ayat yang sama.

Kuza sudah tayang muka bengisnya. " You ni kenapa?!!! Tuduh I yang buat?! Heiy, you nak I suruh Ilham pecat you juga ke, hah?! Tuduh I tanpa bukti!"Kuza sudah membentak geram.

Mina yang sudah menahan marah sedari tadi terus berdepan ke arah Kuza. Namun, pantas Ilham menarik lengan Kuza yang berlapik ke sisi nya semula. Dia tak mahu, keadaan makin tegang pula kalau Mina sudah start mulakan kecoh.

"Fine. I will choose one of your choice." ujar Ilham sedikit lemah.

Kuza sudah tarik sengih. Sempat mata nya melirik ke arah aku yang sudah buat muka cuak. Pandangan kami saling berganti.

"So, what's your choice? Fired her?" soal Kuza sudah mulai buat tebakan perli.

Ilham tidak menganggukkan kepala mahupun menggelengkan kepala. Terus tubuhnya dipusingkan ke arah aku lalu dengan wajah serba salah, matanya disuakan memandang ke arah ku.

"Sara, this is your last day. After this, I don't want to see you work at here again."spontan ayat itu menyapa halwa telingaku.

Tergamam aku bila dengar keputusan Ilham itu. Terus mataku melirik ke arah Ilham yang berjalan masuk ke dalam pejabatnya semula.

Kuza sudah menarik sengih kemenangan. "Now, I puas hati." ujar nya sebelum mengatur langkah keluar daripada cafe. Senyumannya melebar.

What I want I get back..

"Aku yakinlah. Lagipun buat apa aku duduk lama-lama kat Kuala Lumpur ni. Aku dah tak kerja lagi kat sini. Hmm... apa aku nak bayar kat kau kalau duit nak bayar sewa pun tak ada." ujarku masih ralit melipat kain dan masukkannya ke dalam beg pakaian.

"Kau taknak try cari kerja lain ke?" soal Mina.

Aku mengeluh perlahan. Wajah Mina aku pandang. Aku faham apa yang Mina rasa. Dia pun mesti taknak aku pergi tapi memandangkan sekarang ni, aku perlu pergi. Jadi, aku kena pergi untuk tenangkan hati dan fikiran.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now