BAB 10

24.9K 930 11
                                    

Sudah hampir dua minggu aku bekerja di cafe Encik Nordin itu. Betul apa yang orang kata. Masa awal bekerja, semuanya tunjuk acah-acah rajin tapi lepas seminggu bekerja baru rasa malas itu nak menjelma.

Bila kelibat Encik Nordin ada depan mata, aku baru buat kerja tapi bila dia tak ada, mulalah aku, Mina, Julia dan Vivian buat pakatan membawang kat kaunter. Tak apa, bukannya setiap masa pun kan?

Namun, hari ini aku terlebih letih pula hari ini. Bukannya sebab terlebih membawang, tapi terlebih bekerja. Hari ini, entah kenapa Encik Nordin itu rajin pula nak pantau cafe. Setiap masa dia melihat keadaan cafe. Nak tak nak terpaksalah aku berlakon rajin depan dia. Walaupun tak bersepah tapi tangan aku still rajin pegang penyapu.

Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, aku terus melabuhkan tubuhku di atas katil. Tilam yang selama ini rasa tak empuk tiba-tiba pula berubah empuk. Hmm.. macam nilah kalau badan dah penat sangat. Semua benda bagai menjemput aku untuk terlelap.

Baru sahaja mata aku mahu tutup dibuai mimpi, tak semena-mena deringan telefon ku buatkan aku terus membuntang mata. Mataku yang sudah mulai kabur, aku kecilkan. Huh!! Siapa pula yang berani kacau masa tidur aku ni? Dasar!!

Telefon pintar jenama Samsung yang masih berdering dalam kocek seluar slackku aku seluk lalu aku bawa menghadap wajahku. Jelas terpapar nama 'Aysha a.k.a Adik' pada skrin hadapan. Haih, semak betullah dia ni.

Time aku nak tidur jugalah, dia nak membingit.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku angkat panggilan daripada Aysha. Kot-kot ibu ke yang call. Ibu ni pun kadang tak menentu. Kalau mood dia baik, dia guna phone Aysha, kalau mood tak baik, dia guna phone sendiri untuk berhubung. Pfft.. jangan tanya aku apa puncanya sebab aku pun tak tahu kenapa.

"Kak Sara!!!! Kak Sara!!" baru angkat, suara Aysha sudah melalak.

Terus aku jauhkan speaker phone ku dari telinga. Syukur sempat mengelak, kalau tak sia-sia aje pekak. Hilang terus nikmat pendengaran aku ni. Penting telinga ini untuk dengar gossip mossip murahan Vivian dan Julia nanti.

"Apa ni, Aysha? Salam tak ada. Terus serbu. Ha, mana salam, mana salam??" aku sudah buat teguran sentap jiwa.

"Oopps, sorry. Ehem.. Assalam-mualaikum, Kak Sara." ha, kan bagus gitu. Nampaklah islam nya kat situ.

Sedikit sebanyak aku terasa lucu pula bila kenakan Aysha macam itu. Tiba-tiba pula rasa rindu nak berdebat, bertumbuk dengan dia. Semenjak dewasa ni, semua acah-acah sopan wanita melayu terakhir.

"Waalaikummussalam. Kan bagus gitu. Melalak bukan dapat apa pun kan?" soalku sempat buat teguran di hujung bicara.

Aysha menarik sengih dibalik talian. Harap aje telinganya dengar tapi bak kata pepatah, masuk telinga kanan, keluar telinga kanan juga. Tak ada function.

"Kak, akak ingat tak Jumaat depan hari apa?" soalan berbalas soalan. Nada Aysha sudah berubah teruja.

Aku pula berkerut dahi. Dalam penat, sempat lagi aku menggaru dagu mahu buat tebakan spontan. Semenjak bekerja ni, daya ingatan aku agak terencat sikit. Mungkin sebab selalu dengar gossip murahan kot. Ooopps!

"Hari Cuti Sekolah?" itu aje mampu aku fikirkan ketika ini.

Apa aje yang lebih bahagia daripada cuti sekolah kan? Masa aku jadi pelajar pun, aku selalu gembira kalau cuti menjelma walaupun hakikatnya aku boleh ponteng sekolah untuk dua kali seminggu. Jangan diikut zaman jahiliah aku itu, please..

"Nope. Cuba lagi." Aysha masih mahu panjangkan teka-tekinya itu.

Aku menggaru dagu lagi. Fikiranku masih gigih mahu meneka jawapan yang tepat.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now