BAB 41

24K 909 17
                                    

Hari ini, aku terlebih rajin pula nak pegang penyapu lidi. Satu persatu sudut halaman depan rumah itu aku sapu. Tak cukup depan rumah, aku sapu belakang rumah. Bila dah sapu belakang rumah, aku sapu dengan rumah lagi. Akhirnya, satu senyuman puas hati terukir di birai bibirku. Yurp, hari ini Aysara function terukks!!

Selesai meletakkan sapu lidi di tempatnya, aku mengatur langkah ke arah pokok mangga rendang yang terpacak depan rumah aku. Tadi, waktu membersih halaman rumah, aku adalah juga ternampak tiga empat biji buah mangga. Nampak macam dah masak. Nampak aje.

Pokok mangga itu salah satu pokok kesayangan ibu. Ibu kata dulu arwah ayah aku rajin betul besarkan pokok. Memandangkan ibu ni salah seorang yang sangat sukakan mangga, ayah aku pun trylah cari jalan efektif nak besarkan pokok mangga. Jangan tanya aku macam mana.. Aku pun tak tahu.

Arwah ayah aku memang suka berkebun tapi sayangnya disebab kan hidup kami yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ayah cuma mampu berkbun secara kecil-kecilan aje. Kadang, aku pernah terfikir. Sampai bila lagi aku nak biarkan ibu dan adik aku hidup susah macam ni.

Ibu pun makin lama makin tua, Aysha itu pun tahun ni akan tinggalkan zaman sekolahnya. Kalau aku tak terus mencari ikhtiar lain, aku risau kalau Aysha tak dapat sambung belajar. Kalau boleh memang aku nak tengok adik aku itu sekolah sampai phD. Biarlah aku takat diploma aje asalkan adik aku itu berjaya.

Baguslah kalau aku dah pasang impian tapi masalahnya.. cara nak buat impian aku itu jadi kenyataan itu yang masih tiada. Duit, mana kau duit?

Satu persatu buah mangga yang berselerakan atas tanah aku belek. Bila nampak mangga yang kuning sikit, aku terus capai lalu aku hidu. Kalau ada bau manis-manis itu, aku kutip. Kalau tak ada bau pun aku kutip, mana tahu boleh buat acar mangga ke?

"Lama tak jumpa kan, sayang?" langkahku mati tatkala suara garau itu menyapa halwa telinga ku.

Perlahan-lahan, aku dongakkan wajahku memandang ke arah punca suara tersebut. Nafasku berubah tak teratur bila wajah itu ada depan mata aku. Fi-Firzan?!

"Kau buat apa kat sini, hah?!!!" gertak ku marah. Entah kenapa, aku jadi terbawa emosi.

Mana mungkin aku dapat lupakan wajah celaka yang hampir rosakkan hidup aku? Kalau tak disebabkan dia, mungkin aku takkan ada dalam hidup Ryle. Kalau tak disebabkan dia, aku juga takkan ada trauma buruk fasal malam itu. Jantan tak guna!!!!

Firzan tarik senyum selamba. Setelah apa yang jadi antara aku dengan dia, dia senyum aje? Tak ada rasa takut. Tak ada rasa malu. Huh, hati apa manusia yang seekor ni sebenarnya?!

"Ini kan kampung aku juga. Tak salah nak datang kampung sendiri.Kenapa tak boleh ke?" soalnya sengaja mahu cari fasal dengan aku.

Aku ketap bibir marah. "Memang kau tak boleh. Perogol macam kau tak layak langsung jejakkan kaki dalam kampung ni. Aku akan report pada ayah kau yang kau hampir nak rogol aku!! Bapak kau patut tahu perangai jahat kau ni!!" aku sudah mulai mengugut. Panas hati aku juga seakan makin mengambang setiap kali lihat wajah jantan itu.

Kali ini, tawa Firzan meletus. Nampaknya, ugutan aku tak memancing rasa takutnya. Aku yang ada depannya sudah mulai tergamam. Apa yang kelakarnya, tak guna?!

"Ada ke orang nak percayakan kau? Kau itu siapa nak tuduh aku macam- macam?! Kau ada bukti ke aku yang rogol kau malam itu? Tak ada kan.. so, bercakap itu guna otaklah, sayang." kata-kata Firzan berjaya mematahkan bicaraku.

Yurp, aku tak ada bukti yang dia lakukan semua itu. Macam mana aku nak berkas dia, kalau sehelai rambut dia pun aku tak dapat jadikan bukti kukuh. Aku cuma ada saksi aje, iaitu Ryle. Tapi.. masalahnya, nak ke dia tolong aku?!

Apabila melihat aku seperti hilang punca untuk melawan bicaranya. Senyuman penuh makna Firzan terukir. Sempat dia membelek tubuh ku yang berpakaian T-shirt lengan panjang dan bertracksuit putih. Sehinggalah, matanya terpandang kan cincin rotan yang terselit di jari manis ku. Kali ini, senyum sinis nya makin melebar.

"Kelakarlah kau ni, Sara. Masih lagi cari cara nak buktikan aku bersalah? Hmm. apa kata kau cari cara macam mana nak selindungkan perkahwinan rahsia kau itu daripada orang tahu." bicara Firzan itu berjaya buatkan aku tergamam.

Terkejut gamakny aku bila dengar apa yang dia katakan sebentar tadi. Firzan tahu?

"A-apa yang kau merepek kan ni? Kahwin ?!" aku masih berpura-pura tidak tahu.

Firzan tersengih. "Nampaknya kau pun nak cuba bakat berlakon macam suami kau juga kan? Haha.. seronok dapat jadi isteri artis terkenal? Jadi, apa yang aku buat malam itu tak adalah jahat mana. Ada kebaikannya juga kan?!" ujar Firzan dalam nada perli.

Aku sudah mengacip gigi menahan geram. Penumbukku sudah aku genggam erat. Apa yang lelaki tak guna ni cuba nak sampaikan? Kebaikan?!!! Mana datang nya kebaikan?! Huh, kalaulah dunia ni tidak ada undang-undang, sudah lama aku gantung dia atas pokok mangga ni. Puas hati aku!!!

"Apa yang kau merepek kan ni, tak guna?! Kebaikan?! Kau jangan jadi celaka sangat boleh tak?!" tak fasal-fasal aku tercarut. Rasa marah aku yang makin membuak-buak ni buat kan segala dosa yang aku buat pada Firzan sekarang ni adalah halal.

"Kebaikan lah. Kau dapat kahwin dengan erm.. aku lupalah nama pelakon itu.. pfft, yurp Ryle. Kau ingat aku tak tahu apa jadi pada kau dengan dia malam itu. Huh, sepatut nya, aku yang jadi suami kau malam itu, bukannya dia."

Kali ini, ekor mataku tajam menikam wajah Firzan. S*alnya perangai!!! Tak cukup musnahkan hidup aku, sekarang ni dia cakap apa yang dia buat tu datangkan kebaikan? Nampaknya, Firzan ni adalah iblis dunia yang aku lihat sekarang. Sekutu Syaitan!!!

Kerana tidak mahu tercetusnya pertelingkahan antara aku dengan Firzan, aku pilih jalan mengundur diri. Kalau boleh memang aku nak sepak terajang dia tapi.. aku takut dia akan terlepas cakap fasal hal itu! Kalau orang tahu, pasti diorang fikir aku ni perempuan yang jijik.

Kahwin lepas kena tangkap khalwat? Suci ke kalau orang tahu? Walaupun, tak ada pun kesalahan yang kami berdua buat malam itu.

"Aku nak kau suruh dia ceraikan kau kalau kau taknak aku bagitahu benda ni pada ibu kau." kata-katanya itu berjaya buatkan langkahku mati.

Terus aku pusingkan badan ku menghadapnya. "Maksud kau?"

"Satu bulan aje aku bagi tempoh. Kau faham sendiri kan adat kampung kita ni macam mana. Kalau orang tahu kau kena tangkap basah, bukan setakat kau aje yang kena halau tapi.. ibu dan adik kau pun sama."jijik!!! Mukanya yang nampak tak bersalah itu makin buatkan aku rasa nak ludah mukanya itu.
...



Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin